MANUSIA PENUMPAH DARAH PERLU ADAB DAN
PERATURAN
(Fikrah Bangi: 392),
BBB: 08 R. Awwal 1441H. = 05 November
2019M. (Selasa).
Kata-kata malaikat, bahawa manusia adalah
bersifat menumpah darah, suka bersengkita dan melakukan kemusnahan pada muka
bumi, sebagai respon terhadap Allah yang mau melantik manusia menjadi khalifah
di muka bumi adalah ternyata benar.
Ini adalah berpunca dari kelemahanm yang
ada pada diri manusia, iaitu sifat nafsu yang ada pada manusia, sering
dikalahkan oleh pertimbangan yang wajar. Ia ditambah dengan fak tor luaran seperti elemen iblis dan syaitan yang sering
menggoda manusia kepada melakukan kejahatan.
Ujian utama yang berat dihadapi Adam dan
Hawa, apabila berlaku ujian sengketa kekeluargaan. Adam dan Hawa dikatakan
melahirkan anak-anak secara berpasangan, iaitu setiap kali melahirkan anak
kembar yang terdiri dari seorang lelaki dan perempuan. Dari segi syariat pada
peringkat permulaan, bahawa pasangan kembar yang dilahirkan bersama tidak
dibenarkan berkahwin dengan adik beradik kembarnya. Anak lelaki dan perempuan
dari satu pasangan hanya dibenarkan berkahwin dengan pasangan yang lain.
Sengkita manusia kerana berebut perempuan
pasangan nampaknya menjadi isu terawal yang mencetuskan persengkitaan di dalam
keluarga Adam. Ianya nampaknya lebih awal dari sengkita merebut harta benda
yang sering berlaku di kalangan manusia.
Anak lelaki Adam, iaitu Qabil, telah
membunuh saudaranya Habil. Kerana terhalang
dari memiliki adik perempuan yang tidak mau dibenarkan oleh Habil. Maka bagi
mengatasi kemahuan nafsu jahat, terjadilah pembunuhan pertama di dalam sejarah
manusia, iaitu Qabil telah membunuh Habil (Al-Ma`idah: 30).
Dari
pembunuhan ini membawa beberapa impliokasi.
·
Perlu
ditegakkan hukum akibat dari pembunuhan ini bagi mengawal agar perbuatan keji
sedemikian dari terus berlaku. Dapat difahami bahawa antara hukum syarak pada
masa itu, antaranya melarang berkahwin dengan adik beradik kembar. Mereka
dibenarkan berkahwin dengan pasangan kembar yang lain.
·
Konsep
kekhalifahan Adam tercabar, kerana ia tidak dapat mengekang anaknya Qabil dari
melakukan kesalahan besar. Iaitu membunuh. Tidakl;ah diketahui apakah hukuman
yang dikenakan terhadap Qabil. Yang pasti perlu dikenakan terhadap kesalahan
yang berat, iaitu bagi mencegah dari perbuatan sedemikian kembali berlaku.
Habil juga turut bersalah kerana keengganannya membenarkan adiknya dikahwini
oleh saudaranya yang lain.
·
Sejak dari
awal lagi manusia berdepan dengan seteru tradisinya, iaitu iblis dan syaitan
dan nafsu di dalam dirinya yang tidak terkawal. Isu ini nampaknya terus menjadi
gejala perosak manusia hingga ke hari ini.
·
Perundangan
mesti ditegakkan sesuai dengan kesalahan yang berlaku bagi bersifat pencegahan
·
Prsoalan
pendidikan kejiwaan perlu diberi perhatian utama di samping tumpuan kepada ilmu
sebagaimana tel;ah dibicarakan.
·
Pendidiukan
akhlak dan adab sebenarnya perlu dilakukan terhadap anak-anak dan masyarakat
keseluruhannya, agar mereka tidak bersifat dengan sifat-sifat keji yang
merosakkan diri dan masyarakat.
·
Sejak dari
awal dikennalpasti manusia harus dididik
dengan ilmu dan peradaban yang dapat memandu mereka mengenal kebenaran
dan bernilai adab bagi menyempurnaka kehidupam dan masyarakat.
·
Persoalan
ilmu dan adab dua bidang besar yang seharusnya menjadi keutamaan di dalam
pendidikan. Pendekatan bagi pendidikan
ini seharusnya diteruskan dan dikembangkan sesuai dengan perkembangan manusia
dan kehidupan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment