REKONSTRUKSI UNGGUL MELAYU
(Fikrah Bangi: 399),
BBB: 16 R. Awwal 1441H. = 13 November
2019M. (Rabu).
Asal usul Melayu bergerak dari rusuk benua
Asia dengan kelompok-kelompok yang lain dan bertapak di pesisir-pesisir pantai,
lantaran di kawasan-kawasan berkenaan memberi peluang mereka mendapat sumber
penghidupan di darat dan juga di laut. Dari semasa ke semasa mereka makin
berani mencabar lautan. Mereka membina perahu yang digunakan untuk lebih jauh
ke laut bagi mendapat lebih sumber rezeki.
Kawasan `Dua Alam` yang menjadi tempat penghidupan mereka seperti perpantaian di Kemboja membawa ke
Segenting Kra dan lebih ke Selatan seperti Patani, Kelantan, Terengganu dan
Johor (nama-nama ini sudah tentulah belum lahir pada peringkat awal). Pada bahagian
barat Melayu asal bergerak dari pesisir Arakan ke bawah
di kawasan-kawasan Negeri Melayu seperti Stol, Narathiwat, Yala , Reman,
Kedah dan ke Selatan.
Sejak beratus ribu tahun yang lalu,kerana
desakan jiwa meneroka dan tekanan hidup di darat dari kumpulan-kumpulan yang
lain yang menguasai tanah di Selatan dan Tenggara Asia itu, antaranya bergerak dari Kemboja seperto
orang Champa merentasi Lautan ke pulau-pulau sekeitar Filipina. Mereka ini
bergerak ke utara seperti ke Taiwan dan ke selatan seperti Borneo dan Sulawesi.
Yang turun ke selatan selain dari menduduki
Tanah Semenanjung sebagai orang asal di kawasan tersebut sebahagian dari mereka
turun hingga ke Pulau Tumasik (Singapura) dan turun bergerak ke pulau-pulau
Riau, lantas ke Jawa dan turun jauh ke Australia dan New Zealand. Manakala
saebahagian dai pantai barat Semenanjung mulai dari Utara dan Kedah serta
bahagian bawah antara mereka menyeberang ke Sunmatera dan setengah mereka
hingga ke Madagaskar.
Kelompok besar yang merentas lautan ke
pulau-pulau ini pada awalnya mereka dikenali dengan `Bangsa Pelaut`. Meskipun
mereka dipisahkan oleh laut, tapi mereka disatukan oleh berbagai-bagai faktor.
Antaranya:
Mereka menggunakan bahasa yang digunakan
pada masa mereka bertempat di pesisir, bahasa Mereka adal;ah menjadi asal usul
bahasa Melayu.. Asal usul ini dapat dibuktikan dari segi linguistik. Bahasa ini
menjadi lingua-franca bagi penduduk maritim sejak ratus ribuan tahun dahulu.
Bahasa ini menjadi bahasa komunikasi bagi bangsa pelaut berkenaan. Nama Melayu dikenali dari asal bahasa berkenaan
Cara hidup berdasarkan pulau dan laut
menyatukan cara kehidupan dan kaedah mendapat sumber makanan baik dari laut dan
tanah di pulau-pulau. Dari kawasan hidup yang sama membentuk rupa paras bangsa
pelaut ini sebagai bangsa yang mempunyai bentuk badan yang kuat. Contoh orang
Maori dan sebagainya. Warna kulit mereka sawo matang dengan rambut lurus dan
hitam. Tempat lindungan mereka mempunyai ciri-ciri persamaan. Jika di tepi
pantai lebih banyak menggunakan batang kelapa, pelepah dan daun-daun bagi
membina rumah lindungan. Jika di tengah darat, mereka lebih banyak menggunakan
batang-batang pokok bagi mendirikan pondok dan rumah.. Makanan mereka adalah
beras yang tradisi ini dibawa dari tanah di rusuk Benua dan bahan-baahan lain seperti ubi, keledek,
jagung dan bahan-bahan tanaman yang lain
Makanan dari laut adalah menjadi sebahagian dari minu makanan mereka. Mereka
juga menternak binatang di samping memburu bagi yang liar. Pakaian mereka pada peringkat permulaan adalah
dari kulit-kulit kayu dan bahan-bahan yang dianyamkan.
Bangsa pelaut ini mahir dari segi kedudukan
bintang-bintang bagi penduanb pergerakan mereka
dan mahit juga dengan musim-musin yang menjadi perkiraan bagi kehidupan
mereka. Dari segi kepercayaan adalah bersifat alamiah yang dilihat mempunyai kuasa
dan hubungan yang rapat dengan kehidupan dan harapan mereka.
Bangsa Pesisir dan Pelaut ini mempunyai
bahasa dan budaya tersendiri yang menjadi induk bagi Bangsa Melayu Nusantara.
Sekian.
No comments:
Post a Comment