November 16, 2019

ARI INI PENENTUAN CALON DI TANJUNG PIAI


HARI INI PENENTUAN CALON DI TANJUNG PIAI
(Fikrah Bangi: 402),
BBB:19 R. Awwal 1441H. = 16 November 2019M. (Sabtu).
Hari ini pengundi di Tanjung Piai keluar mengundi bagi memilih Wakil Rakyat mereka menggantikan  yang telah meninggal. Suasana politik pada kali ini adalah berlainan dari PRK-PRK yang lalu di Cameron Hingland, Semenyih dan Rantau. Dalam pilihanraya berkenaan sentimen terhadap Melayu dan Agama Islam adalah tinggi, kerana mereka tidak menyenangi pembawaan Kerajaan PH yang dilihat tidak membela Melayu dan agama Islam. Dalam pilihanraya berkenaan bermulanya kerjasama antara Umno dan Pas yang membawa kemenangan bagi BN dalam ketiga-rtiga PRK berkenaan. Selepas itu PH cuba memperbaiki imej PH di kalangan rakyat dan menuduh Umno dan Pas bersifat perkauman. Kali ini tuduhan sedemikian dinafikan oleh BN dengan menunjukkan kerjasama BN bukan saja antara Umno dengan Pas, tetapi dengan MCA.
Pada asalnya dijangka Umno akan meletakkan calonnya, kerana 57% dari pengundi yang berjumlah 52,698 adalah terdiri dari kaum Melayu, tetapi secara kompromi dan menghormati kerusi itu telah ditandingi oleh MCA, maka calon dari MCA Wee Jek Seng dipilih mewakili BN bertanding melawan wakil dari PH iaitu  Hj Karmine dari PH.
Dengan calon BN dari MCA menyepikan tuduhan perkauman dan rasis terhadap Umno dan Pas. Kebimbangan PH terhadap pilihan rakyat di Tanjung Piai membuat Perdana Menteri Tun Mahathir turun padang berkempen di Tanjung Piai. Beberapa isu penting memerangkap PH yang dibawa oleh MCA ialah seperti sikap PH yang menganaktirikan dari segi bantuan terhadap Universiti Tunku Abdul Rahman yang nampaknya sukar dijawab oleh PH.  Isu-isu lain ialah harga kelapa sawit yang terus merudum, para nelayan yang tidak terbela, di samping janji-janji PH di dalam pilihanraya ke 14 yang lepas belum ditunaikan.
 Isu mutakhir yang menguntungkan BN ialah sekatan dan keperluan mereka yang berkempen ke rumah-rumah dikehendaki mendapat permit polis, sedang syarat sedemikian tidak wujud di dalam PRK-PRK yang lepas. Sekatan ini ditujukan kepada Polis dan SPR. Penjelasan oleh Peguam Negara bahawa, sekatan berkenaan adalah bercanggah dengan kebebnasan berkempen memberi kemenangan moral kepada pihak pembangkang.
Pihak PH menghujahkan bahawa pihak PH adalah pihak pemerintah, jika kemenangan diberi kepada PH akan memudahkan bantuan dan pembangunan akan disampaikan kepada Parlimen Tanjung Piai. Pihak PH juga menekankan bahawa PH juga akan menyambung usaha-usaha pembangunan yang telah dilakukan ahli Patrlimen dahulu – Dr. Farid.
Pilihanraya Tanjung Piai adalah disifatkan lebih menarik, kerana selepas PH memerintah  hampir setahun setengah akan dinilai oleh pihak rakyat, sejauh mana pengaruh PH  di dalam pemerintahan. Apakah pembaharuan yang diulang-ulanmg sebenarnya berlaku. Apa yang dilihat banyak berlaklu U-Turn di dalam polisi-polisi kerajaan. Tidak jelas apa yang dikatakan pembaharuan , kecuali di dalam hal memerangi rasuah. Yang ketara rakyat makin terhimpit dengan kenaikan kos hidup. Pengangguran makin meningkat, khususnya dari kalangan siswazah. Kerajaan makin kekurangan kewangan sehingga banyak projek tidak dapat dilaksanakan, bahkan pemotongan peruntukan banyak dilakukan. GST tidak dapat digantikan dengan SST.
Walau apapun keputusan akan dibuat oleh pengundi di Tanjung Piai sama ada mandat akan terus diberi kepada calon PH, yang jiika menang menandakan rakyat masih memberi kepercayaan kepada PH, tetapi jika sebaliknya maka  masa depan PH akan muram.
Sekian.

No comments:

Post a Comment