ISTIMEWA ADAM DAN TURUNAN DENGAN ILMU
(Fikrah Bangi: 391).
BBB: 7 R. Awwal 1441H. = 4 November 2019M.
(Isnin).
Adam dan turunannya adalah lebih istimewa
dari malaikat. Antara keistimewaannya, bahawa manusia dapat meningkatkan diri
dan prestasi dengan ilmu pengetahuan. Allah menguji Adam dan malaikat dan
ternyata, bahawa Adam melebihi dari malaikat kjerana kemampuamya menerima Ilmu.
Kewujudan adalah ilmu dan kebenaran. Tetapi
ilmu dan kebenaran tidak dapat dicapai melainkan dengan mempelajarinya.
Bayangkan pada peringkat permulaam Adam dan Hawa menghuni dunia. Mereka
memulakan di dunia tradisi berkomunikasi. Ianya merupakan permulaan pembinaan
bahasa di kalangan mereka berdua. Keliling mereka sebenarnya ilmu. Tetapi
masalahnya bagaimana membina ilmu. Antaranya ialah dengan membina kata dan
istilah bagi benda-benda. Bagi benda-benda terutama yang dekat dengan
penghidupan ialah dengan memberi istilah kepada benda-benda sama ada yang hidup
atau yang tidak hidup. Bagi yang hidup misalnya dengan memberi istilah kepada
seperti ayam, kucing, kambing dan sebagainya bagi membezakan antara satu sama
lain. Bagi yang tidak hidup seperti tanah, bukit dan paya. Bagi pokok-pokok
pula dibezakan antara pokok kurma, zaiton, kelapa dan sebagainya.
Selain daripada memberi nama bagi
benda-benda sama ada yang hidup atau tidak hidup, bagi perkembangan bahasa dan
kepentingan komunikasi dikenalpasti mengenai tindak laku sesuatu atau yang
lebih dikenali dengan perbuatan Misalnya
makan, minum, berjalan, duduk dan sebagainya. Adalah menjadi sesuatu yang
mistri dan tandatanya bagi kita, bagaimana sebutan awal yang diberi bagi benda
dan perbuatan ini. Apakah bahasa yang dapat dinamakan. Tetapi tentulah
berasaskan kepada perkembangan linguistik awal bagi moyang manusia terawal ini.
Kata-kata yang diberi oleh moyang dan
turunan adalah sebenarnya sebagai tanda bagi benda-benda bagi membezakannya
antara satu sama lain. Kata-kata ini adalah sebagai arkif yang menyimpan maklumat
yang diwarisi oleh turunan. Sudah tentulah pada peringkat permulaan
perkembangan bahasa adalah terhad dan kemudian makin berkembang dengan
perkembanbgan turunan Adam dan Haqa dan pengalaman yang terdedah bagi mereka
semakin luas.
Pengenalan bahasa dan pertambahan kata dan
pengalaman yang dilalui adalah merupakan pertambahan ilmu yang dapat dicapai
oleh manusia.
Kemampuan manusia dari segi kemampuan
mendapat ilmu, bukan sahaja mengistimewakan manusia dengan malaikat, tetapi
juga membezakannya dengan makhluk yang lain. Segala makhluk yang lain meskipun
ada berlaku perubahan dan perkembangan, tetapi tidak berlaku keistimewaan di
dalam kejadian yang lain. Perubahan dan peningkatan hanya berlaku di dalam
kalangan manusia.
Sesungguhnya alam dan segala ciptaan
sebenarnya disediakan kepada manusia. Sebagaimana disebut ianya melalui proses
panjang bagi pemantapan. Selepas kemantapannya, barulah dikirim manusia bermula
dari Adam dan Hawa. Penerokaan terhadap wujud yang merupakan sumber ilmu
mengambil masa yang panjang, tetapi manusia mempunyai masa yang terhad dari
segi umur, sebab itu perlu kepada tradisi penyimpanan maklumat untuk diwarisi.
Proses ini terus berlaku bagi pewarisan generasi mendatang. Dengan pewarisan
ini sebenarnya menjadikan manusia makin bertambah ilmu dan makin menyerlahkan
manusia berbanding dengan kejadian yang lain.
Sekian.
No comments:
Post a Comment