November 11, 2019

AGENDA SAMBUTAN MAULID AL-RASUL DI MASJID AL-UMM


AGENDA SAMBUTAN MAULID AL-RASUL DI MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi: 397).
BBB: 14 R.Awwal 1441H. = 11 November 2019M. (Isnin).
Majlis Sambutan Maulid al-Rasul di Masjid al-Umm pada Sabtu 12 R. Awwal 1441H. bersamaan 9 November 2019 adalah bermula dari jam 9.00 pagi dengan kehadiran para jempitan. Tidak ramai yang hadir dari kalangan VIP, kerana ramai daripada mereka terlibat dengan sambutan pada peringkat kebangsaan dan pada peringkat negeri. Yang awal hadir antaranya Sub Inspektor Zubir dan pengiring Ketua Balai Polis Bandar Baru Bangi, Ketua-Ketua Surau di bawah Masjid al-Umm. Majlis sebenarnya di meriahkan oleh para jama`ah, khususnya dari ibu bapa dan keluarga yang menjalankan akikah. Mereka memenuhi ruang (kanan bagi llelaki) dan kiri bagi perempuan. Manakala pada bahagian tengah ialah tersusun bekas-bekas bunga telur, rehal-rehal barzanji dan peralatan tahnik di kawasan ruang utama solat.




Majlis bermula dengan bacaan do`a yang dibaca oleh Imam Masjid Imam Rahmat diikuti dengan bacaan Al-Qur`an  oleh Qari jemputan Qari Faris dari Institut Pengajian Guru Bangi , kemudian Shafiq selaku juruacara menjumput Nazir menyampaikan kata-kata alu-aluan. Selepas mengucapkan terima kasih kepada hadirin, beliau menyebut sambutan Maulid al-0Rasul pada hari ini adalah bersamaan genap dua tahun Masjid Al-Umm digunakan yang mana masjid ini mula digunakan pada hari Sabtu seperti hari ini pada Maulid al-Rasul 1439H. yang lepas, sebab itu katanya bersama dengan sambutabn Maulid al-Rasul diadakan Pameran Sempena Dua Tahun Masjid Al-Umm digunakan. Pada hari ini juga diadakah pertandingan menulis khat dan pertandingan mewarna yang amat mendapat sambutan kalangan kanak-kanak. Nazir menyebut banyak ayat Qur`an dan Hadith yang menyebut tentang cinta dan kasih terhadap Nabi.  Beliau menyebut beberapa darinya tetapi katanya, bukti kasih dan sayang terhadap Baginda ialah dengan mengikut apa yang dibawa oleh Nabi. Beliau menyebut amalan ibadat yang menandakan cinta kita terhadap Allah dan Rasul hendaklah mengikut ajaran yang betul. Bagi memperbaiki prestasi kita di dalam ibadah agar amalan betul, Masjid Al-Umm menganjurkan berbagai-bagai pengajaran yang dapat diikuti oleh jamaah. Beliau menyeru agar para hadirin turut sama menghadiri pengajian dan kegiatan yang dianjurkan oleh Masjid Al-Umm. Pengajian juga melibatkan anak-anak seperti kelas pengajian Al-Qur`an dan tarannum.  Beliau melahirkan kesyukuran kerana Masjid Al-Umm yang berada di kawasan ilmu, maka ramai guru berkualiti dapat dijemput menyampaikan pengajaran. Mereka dari Fakulti Islam, UKM dari KUIS dan juga USIM. Beliau akhirnya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi tenaga dan kerjasama bagi menjayakan Majlis Sambutan Maulid pada hari tersebut.



Berikut dari itu para hadirin berdiri bersalawat kepada Rasulullah secara beramai-ramai disampaikan oleh Kumpulan Solawat Masjid dengan kerjasama Kumpulan (5 orang) dari Institut Pengajian Guru Bang. Kemudian kumpulan berkenaan membaca Rawi Barzanji dan diikuti kembali dengan solawat. Semasa itu  5 anak yang diakikahkan dibawa keliling jamaah yang sedang bersolawat,  anak-anak berkenaan ditahnikkan oleh Imam Rahmat dan Ustazah Mu`minah bt. Yusoff. Semasa bertahnik dan bersolawat bunga-bunga telur diedarkan kepada semua hadirin yang mencerminkan kemeriahan dan kesyukuran m,ajlis.
Selepas itu do`a di dalam rawi Barzanji dibaca oleh pembaca dari kumpulan Nasyid dan Maktab  Perguruan Guru  Bangi.
Program  seterusnya acara pengumuman pemenang-pemenang peserta anak-anak yang mengambil bahagian di dalam pertandingan penulisan khat dan mewarnakan, tetapi tidak dapat dilakkukan. Kerana peserta yang mengambil bahagian terlampau ramai. Mereka memenuhi tiga bilik kuliah dan seminar. Pengumuman ditangguh kepada masa jamuan di Dewan Serbaguna  aras bawah tanah Masjid al-Umm beserta penyampaian hadiah oleh Nazir.
Jam 11.30 para hadirin dijemput ke jamuan 7 ekor kambing di samping menu yang lain. 5 ekor untukl jamuanm tengahari dan dua ekor untuk jamuan malam. Pada masa jamuan para hadirin dihibur dengan lagu-lagu qasidah memuji Nabi.
Bersyukur Majlis Sambutan Maulid al-Rasul pada sebelah siangnya berjalan dengan baik. Pada sebelah malamnya diadakah Ceramah Perdana Maulid al-Rasul.
Sekian.

No comments:

Post a Comment