RASULULLAH SEBAGAI CONTOH USWAH HASANAH
(Fikrah Bangi{ 398),
BBB: 15 R. Awwal 1441H. = 12 November 2019M. (Selasa).
Sempena dengan sambutan Maulid al-Rasul di
Masjid Al-Umm pada Sabtu 12 Rabi`ul
Awwal 1441 bersaamaan 9 November 2019 yang juga sempena dua tahun penggunaan
Masjid Al-Umm, maka pada malamnya –
selepas solat Maghrib hingga Isya` diadakan Kuliah Perdana yang disampaikan
oleh Prof. Datuk Dr. Halim Tamuri Rektor KUIS. Dari kuliahnya dapat diambil
intisari yang disampaikan adalah Rasulullah adalah sebagai Uswah Hasanah bagi
ummah.
Pada permulaan beliau bertolak dari
persoalan apakah manfaatnya kita mengadakan sambutan Maulid al-Rasul pada
setiap tahun ? Tentulah bukan tujuuan festa-festaan semata-mata dengan
mengadakan perarakan, kuliah dan sebagainya. Sebagai pakar di dalam bidang
pendidikan, beliau melihat Rasulullah sewajibnya menjadi contoh teladan dan
ikutan bagi seluruh umat, sebagai firman Allah bermaksud:
``Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah
itu menjadi contoh teladan ikutan yang baik.`
( (al-Ahzab; 33).
Peribadi Rasulullah adalah model utama bagi
umat. Peribadi Baginda dapat dicontohgi bukan saja selepas Bagina menjadi
Rasul, tetapi sejak Baginda sebelum dilantik menjadi Rasul. Sebagai contoh
Baginda digelar `Al-Amin` yang dipercayai. Baginda diberi amanah mencadangkan meletakkan
kembali `Hajarul Aswad` selepas pembaikan Ka`bah ke tempatnya secara ail. Iaitu
dengan meletakkan Hajarul Aswad di atas sehelai kain dan setiap kabilah
memegang punca kain dan sama menempatkan kembali Hajarul Aswad pada tempatnya.
Tindakan Baginda memberi puashati kepada semua pihak.
Prof. Dr. Halim seterusnya menekankan
tentang pendidikan keluarga yang Baginda menjadi contoh yang baik. Contoh yang
baik dari keluarga, ibu bapa adalah model bagi anak-anak. Ibu bapa
hendaklah menjadi contoh yang baik dengan mempunyai peribadi yang baik yang
dapat diikuti oleh anak-anak. Ibu bapa hendaklah bersifat kasih sayang terhadap
anak-anak dan tidak menunjukkan tauladan yang tidak baik kepada anak-anak..
Jika ibu bapa gagal mendidik anak-anak, maka anak-anak akan lebih terdorong mengikut
tabiat kawan-kawan mereka yang antara mereka boleh merosakkan.
Rasulullah adalah Ketua Keluarga yang baik
yang dapat memupuk kasih sayang antara isteri-isterinya dan mengasihi mereka
dan mewujudkan suasana kehidupan yang
bahagia.
Rasulullah adalah menjadi contoh tauladan
yang baik terhadap para sahabat Baginda. Baginda tidak saja menyuruh, tetapi
melakukan perbuatan yang dapat diikuti para sahabat. Misalnya dari segi ibadat
solat, Baginda meminta mereka solat sebagaimana Baginda bersolat.
Kebijaksanaan Baginda hingga dapat
menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar apabila Baginda dan sahabat-sahabat
berhijrah dari Makkah ke Madinah. Kaum Ansar yang terdiri dari kaum Aus dan
Khazraj yang sebelum berlaku hijrah sering bermusuhan, tetapi dengan Hijrah
al-Rasul mereka disatukan sebagai kaum Ansar dan bekerjasama dengan kaum
Muhajirin. Dengan penyatuan, Rasulullah dapat menegakkan Negara Madinah sebagai
Negara Islam Pertama. Dan dengan tegaknya Negara Madinah, Baginda mennyusun
pentadbiran., menghapuskan musuh-musuh Islam dengan diplomasi dan perang. Dan
kaum Quraisy yang dulunya memerangi Madinah, kemudiannya tunduk, khususnya
selepas pembukaan Makkah.
Rasulullah adalah watak yang mempunyai
sifat sidik, amanah, tabligh dan fatanah dan berjaya menegakkan negara dan
agama Islam. Sesungguhnya Al-Qur`an menegaskan, bermaksud:
``Dan tidaklah Kami utuskan engkau (Wahai
Muhammad), melainkan sebagai rahmat
kepada seluruh alam.`` (Al-Anbiya` : 107).
Sekian.
No comments:
Post a Comment