TEORI KELAPA – PERGERAKAN MELAYU NUSANTARA
(fikrah Bangi: 405),
BBB: 28 R. Awwal 1441H. = 25 November
2019M. (Isnin).
Bandingan yang tepat yang dapat diambil
dari`nature alam yang rapat dengan
suasana di kawasan Nusantara yang menjadi kawasan miritim Melayu terbesar,
bahawa pergerakan dan penyebaran Melayu
terjadi adalah sebagai penyebaran kelapa ke serata kepulauan Nusantara. Kelapa
adalah tumbuhan palma yang dominan di dalam kawasan tersebut. Di mana saja
daratan, di kepulauan, bahkan di pesisiran
kawasan tersebut, maka didapati di sana tumbuhan kelapa.
Cara berlaku penyebaran, bahawa kelapa
adalah tumbuhan yang subur tumbuh di tanah berpasir dan sesuai di kawasan yang
masin sebagai kesan dari air laut. Kelapa dapat dikatakan sedia wujud dan
tumbuh sebaik dan selayak bumi di kawasan tersebut sedia menerima tumbuhan dan
tumbuhan yang awal ini ialah kelapa. Sebagaimana dikehendaki Tuhan kepada
nature di Nusantara ini diwuudkan tumbuhan ini berada di pinggir pantai. Biji
awal tersadai di tepi salah satu pantai di pesisir pantai dan tumbuh d i tepi
pantai sebagai sebuah tumbuhan palma yang mempunyai daun di pelepah dari
batang. Pelepah ini mengelilingi batang yang meningkat tinggi. Pada celah-celah
pelepah ini lahirnya mayang-mayang yang padanya membesar buah-buah kelapa pada
mayang berkenaan. Buah ini membesar pada tandannya, hingga tua. Dari batang
kelapa yang meninggi ini gugurnya kelapa-kelapa berkenaan. Antaranya tumbuh di
sekitaran pokok tersebut, tetapoi sebahagian dibawa turun oleh ombak air laut yang
melempah ke atas dan membawa turun biji-bijio benih kelapa ini di dalam
laut.. Kelapa-kelapa seumpama ini dan yang seumpama yang lain dihanyutkan oleh
ombak dan terdampar di perpantaian pulau-pulau di mana saja di Nusantara dan
mengakibatkan dalam tempoh yang lama pohon kelapa ini tumbuh di mana saja
kawasan perpantaian pulau-pulau dan tumbuh menjadi penampan angin dan ombak, di
samping menyebarkan keturunan dari benih-benih yang memang subur di kawasan
Nusantara dan menjadi tanaman yang identik bagi kawasan-kawasan berkenaan.
Adalah dijangka Melayu awal sejak ratus
ribuan tahun yang lain mempunyai induknya dari tanah peseisiran. Dalam tempoh
tersebut berlaku pergerakan dan perpindahan ke pulau-pulau di kawasan Pasifik,
lebih khusus dikenali dengan wilayah Nusantara. Sebagaimana biji benih kelapa
mendarat di perpantaian pulau-pulau, di bawa ombak, maka manusia Melaytu awal
ini juga bergerak dengan menggunakan
berbagai jenis perahu yang direka cipta sesuai dengan keparluan masa mereka dan
teknologi permulaan yang ada membuat mereka mampu bergerak dan berpindah dari
satu pulau ke pulau yang lain yang bertabur meluas di laut antara Laut Pasifik
ke sempada Benua Afrika ke Selatan hingga k Australia dan New Zealand dan ke
utara hingga ke Taiwan.
Bagi manusia Melayu purba ini, perbandingan
antara Melayu dengan teori kelapa ini, bukan sekadar perbandingan, tetapi
tumbuhan kelapa ini ini mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan dan
budaya manusia Melayu purba ini. Bagi manusia Melayu purba ini kelapa adalah
menjadi keperluan makanan dan semua bahagian dari kelapa adalah berguna bagi
keperluan masyarakat Melayu itu, bahkan hingga kini. Batang kelapa dapat
dijadikan tiang rumah yang dibangunkan di tepi laut. Sebahagian daripadanya dijadikan kasau , Daun
dijahit pada batang kecil dan dapat dijadikan atap bagi rumah yang didirikan,
bahkan dapat dijadikan dinding. Pelepah kelapajuga dijadikan penampang bagi angin dan ribut dari pantai.
Buah sebagaimana maklum dimakan isinya pada masa masih lembut tau dikeluarkan
santan daripadanya untuk dimasak dengan ikan yang ditangkap atau sayur yang
ditanam. Bahkan daripadanya dapat dikeluarkan minyak yang berbagai guna sama
ada untuk makan dan sebagainya. Sabut bagi kelapa untuk sumber tali dan juga
bahan bakar, Demikian juga dengan
tempurung sebagai peralatan dan
sebagainya.
Pendek kata kelapa adalah sumber bagi
kehidupan Melayu purba, bahkan sehingga kini. Ianya masih menjadi tumbuhan
tradisi dan kini. Demikian dengan Melayu yang tersebar di Nusantara adalah
persis sebagai penyebaran kelapa di kawasan Nusantara tersebut.
Kelapa dan Melayu purba hingga kini menjadi identiti Melayu Nusantara.
Sekian.
No comments:
Post a Comment