November 1, 2019

KONSEP KHALIFAH


KONSEP KHALIFAH
(Fikrah Bangi: 389),
BBB: 04 Rabi`ul-Awwal 1441H. = 01 November 2019M. (Juma`at).
Salah satu status manusia diberi pengiktirafan Allah, bahawa manusia adalah Khalifah Allah di bumi ini. Berhubung dengan pengiktirafan ini berlaku dialog antara Allah dengan malaikat, apabila Allah memaklumkan kepada malaikat, bahawa Dia melantik manusia menjadi khalifah di bumi ini (Al-Baqarah: 30). Malaokt mempersoalkan tentang pemilihan ini dengan menghujahkan tentang kelemahan manusia. Antaranya:
·         Manusia adalah perosak bumi
·         Manusia adalah mereka yang suka bersengkita dengan menumpahkan darah di bumi ini.
Sedangkan malaikat mendakwa bahawa mereka adalah:
·         Kami sentiasa bertasbih kepada Allah dengan sentiasa memujiNya
·         Kami juga sentiasa mentaqdis Allah.
Dalam dialog itu Allah menjawab bahawa, ``Kami lebih tahu daripada apa yang  kamu tidak mengetahui.`` (Al-Baqarah: 30).
Allah menguji keilmuan malaikat yang ternyata tidak mampu menandingi manusia. Dalam erti kata lain, manusia unggul dari segi, bahawa mereka mampu berilmu yang dengan ilmu berkenaan mereka mapu memperbaiki diri dan memakmurkan muka bumi imi, walaupun mereka ini dalam waktu-waktu  sering bersengkita dan berperang dan menmpahkan darah. Mereka juga boleh dididik dengan nilai-nilai peradaban yang benar-benar memanusiakan mereka.
Untuk menjadi khalifah bagi muka bumi, maka faktor-faltor berikut adalah menjadi perkiraan.
·         Mnusia adalah ciptaan Allah yang paling sempurna di muka bumi ini. Mereka adalah mendominasi kehidupan di muka bumi ini. Bagi memilih khalifah, maka wajar dipilih mengetuai manus9a adalah dari kalangan manusia itu sendiri.
·         Manusia mampu mempertingkatkan diri dengan keilmuan. Mereka mampu mengkaji dan memperkembangkan ilmu bagi kepentingan diri manuisia dan perkembangan dan kemajuan semua pihak yang boleh membawa mereka kepada kemajuan dan kemakmuran.
·         Manusia berpotensi memimpin bagi kalangan manusia dan seluruh kejadian di alam ini.
·         Manusia mampu dididik seperti sifat amanah di dalam kepimpinan dan dipercayai oleh mereka yang dipimpin.
·         Manusia juga mampu bertanggungjawab dan menanggung resiko dari segi kepimpinan
·         Sekiranya berlakui penyelewengan manusia mampu menyingkir kepimpinan yang tidak jujur dan menggantikannya dengan yang lain.
·         Kaedah yang digunakan di dalam pimpinan ialah kaedah syura. Dengan syura dapat diperbaiki sekiranya berlaku kelemahan di kalangan mereka.
·         Manusia boleh meningkat kepada bijaksanaan yang diperlukan di dalam kepimpinan.
·         Manusia mampu menjalankan keadilan di dalam kepimpinan dan pemerintahan.
·         Kepimpinan adalah jawatan yang diwarisi secara bertukar ganti kepada generasi--genarasi mereka menurut  keperluan dan kelayakan.
Bagi generasi awal yang memikul kepimpinan ini ialah Adam. Dia adalah menjadi khalifah pertama di dalam Islam dan diteruskan oleh generasi-generasi pelanjutnya.
Sekian.

No comments:

Post a Comment