UJIAN
MENSEMPADANKAN PERGOLAKAN
(Fikrah
Bangi: 876),
BBB:
16 Rejab 1442H. = 28 Februari 2021M. (Ahad).
Hari ini pada tahun lepas adalah merupakan garis sempadan
bagi pergolakan dan perubahan politik yang unik yang belum pernah berlaku di
dalam sejarah politik Malaysia. Garis sempadan dimaksudkan memisahkan antara
dua entiti pemerintahan. Kedua-duanya unik dan belum terjadi sebelumnya.
Entiti
pertama mengubah sejarah yang sebelumnya didominasi oleh BN. Pada pilihanraya
ke 14 berlaku tsunami rakyat dalam mana dalam pilihanraya (10 Mei 2018) tersebut pihak Pakatan Harapan telah memenangi majoriti kerusi parlimen
mengalahkan Barisan Nasional. Kemenangan merupakan satu kejutan besar membawakepada
beberapa kejutan.
Tun
Dr. Mahathir yang memimpin Parti Bersatu dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong menjadi Perdana Menteri Malaysia bagi
kali. Sesuatu yang di luar jangkaan dan
beliau masih sihat dari segi fizikal dan mental.
Hasil
dari kemenangan ini membawa ke gelanggang
rival politik Dr. Mahathir yang kelak menjadikan beliau tidak senang di
dalam mengemudikan politik pemerintahan negara. Dimaksudkan bahawa di dalam PH,
PKR adalah parti dominan di dalam PH yang sekian lama memperjuangkan Anwar
Ibrahim supaya dibebaskan dari tahanan yang sedang dialaminya dari zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri kali
pertama. Dengan kemenangan PH, pendukung PKR dan rakyat mendesak Anwar
dibebaskan, iaitu tuntutan yang tidak dapat disangkalkan. Satu sambutan
besar-besaran telah dilakukan menyambut kepulangan Anwar dari penjara.
Pembebasan dilakukan pada 16 Mei 2018, iaitu seminggu selepas kemenangan PH
(The Star, 17 Mei 2018: 1). Dan Anwar diampun oleh Yang Di Pertuan Agong.
Suara
terutama dari PKR mendesak dari Perdana Menteri membuat penentuan supaya Anwar
dilantik menjadi Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun (tempoh ini
berubah-rubah). Anwar perlu bertanding satu kerusi parlimen yang melayakkannya
untuk dilantik menjadi Perdana Menteri. Kerusi parlimen Port Dickson dikosongkan
yang memberi ruang beliau bertandang dan beliau menang kerusi PD pada 13
Oktober 2018. Dengan kemenangannya desakan makin kuat agar Anwar dilantik
menjadi Perdana Menteri.
Kerajaan
PH tidak menunjukkan prestasi pemerintahan yang baik dan kalah beberapa
pilihanraya berturut-turut seperti di Cameron Highland, Semenyih, Rantau, Slim
dan yang lain-lain.
Pergolakan
berlaku di PH yang membawa kepada episod mistri politik yang dikenali sebagai
Langkah Sheraton pada 23 Februari 2020 yang membawa kepada tindakan anih Dr.
Mahathir meletakkan jawatan Perdana Menteri.
Garis
sempadan politik negara yang sejarahnya belum pernah berlaku, bahawa pemilihan
pengganti Dr. Mahathir dilakukan secara interview oleh Yang Di Pertuan Agong
Al-Sultabn Abdullah terhadap ahli-ahli parlimen tentang calon Perdana Menteri.
Nama Anwar termasuk sebagai calon.
Pada
01 Mac 2020, menurut perkara 40 Perlembagaan Negara Malaysia, Yang Di Pertuan
Agong melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Satu
yang di luar dari jangkaan, bahawa kepimpinan dalam PH dari Bersatu memerintah
Negara, beralih kepada Bersatu juga berubah
kepada Pakatan Nasional. Ini membawa
dakwaan Dr. Mahathir bahawa beliau masih pemimpin Bersatu, walaupun beliau
tidak lagi menjadi Pengerusi sebagaimana disahkan oleh ROS. Tan Sri Muhyiddin
yang memangku Jawatan Pengerusi dilantik
oleh Bersatu memegang jawatan Presiden Bersatu dan jawatan Pengerusi
dihapuskan.
Tan
Sri Muhyiddin sebaik menerima jawatan sebagai Perdana Menteri menerima beberapa
ujian getir.
Ujian
paling besar, bahawa beberapa minggu selepas beliau menjawat jawatan Perdana
Menteri,negara dan dunia diserang wabak pandemik Covid-19. Malaysia mengisytiharkannya
pada 18 Mac 2020. Beliau dan kabinet
terutama dari Kementerian Kesihatan, Pendidikan, Keselamatan Negara dan
frontliners berjuang secara bertungkus lumus menentang Covid 19 yang sehingga
kini masih tidak berakhir.
Dalam
masa memerintah, Tan Sri Muhyiddin dan kabinetnya berdepan dengan undi tidak
percaya dari pembangkang dan terselamat. Bagi mempastikan tumpuan dapat diberi terhadap
memerangi wabak Covid-19, darurat diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong sehingga
Ogos 2021 yang dapat meredakan tekanan politik dari pembangkang dan tumupan
dapat diberi kepada memerangi pandemik Covid-19.
Kini
di tengah perkembangan wabak dengan meningkatnya mangsa, termasuk kematian di
negara ini melebihi seribu dan di dunia melebihi 2 juta ada sinar baru dengan terhasilnya
beberapa vaksin seperti Pfizer Biontech oleh Amerika dan German, Astra Zanica Oxford,
Sinovek China, Sputnik 5 Rusia dan Johnson & Johnson Amerika, maka negera
Malaysia turut mendapat vaksin seperti Pfizer sejak dari 21 Februari 2021 dan
Cinovak dari China pada 24 Februari 2021. Dijangka 80% dari penduduk negara ini
akan divaksinkan dan diharap wabak dapat dihapuskan.
Setahun
pemerintahan PN di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin dan masih berjuang bagi
mengekalkan kesihatan rakyat, bertahan dari segi ekonomi, bahkan bertahan bagi
survival politik.
Episod
politik yang dilalui negara selepas pilihanraya ke 14 adalah satu pergolakan
yang melibatkan kesihatan, ekonomi dan pelajaran rakyat yang tiada tandingnya.
Daripada ujian sebenarnya dapat melahirkan kepimpinan.
Sekian.