PERMULAAN
DALAM KEPAYAHAN BAGI PEMULIHAN
(Fikrah
Bangi: 866),
BBB:
06 Rejab 1442H. = 18 Februari 2021M. (Khamis).
Suasana
kini dapat dirumuskan sebagai `Dalam
Kesusahan`. Kesusahan dari segi kesihatan,
kesusahan dari segi ekonomi, kesusahan di dalam bidang pendidikan, kesusahan di
dalam kemasyarakatan, bahkan kesusahan di dalam bidang rekreasi dan sukan dan
banyak lagi kesusahan yang dihadapi.
Untuk
bangkit dan untuk berdikari memerlukan tahap pemulihan.
Kesusahan
yang ketara dan masih terus dialami, bahawa kita warganegara dan juga dunia
masih dalam pergulatan, walaupun di sana sudah memperlihatkan cahaya. Buka saja
apa saluran maklumat, baik dari CNN, BBC, Al-Jazirah, bahkan semua saluran
maklumat di negara kita, maka berita yang diperkatakan tentang Covid-19 yang
berlaku di seluruh dunia. Semuanya mengharapkan vaksin, bahkan aduan datang
dari negara-negara miskin bahawa mereka didiskriminasikan oleh negara-negara
kaya dengan memonopoli vaksin. Permintaan tinggi adalah terhadap Pfizer, Astra
Zenica Offord, Sinovak, Sputnik dan terbaru Johnson & Johnson. Kita
sebenarnya tidak ketinggalan apabila melihat Jepun sebuah negara maju masih
pada peringkat permulaan bagi menggunakan vaksin. Penggunaan vaksin tidak dapat
disamakan dengan menyimpan stok bahan ekonomi yang dapat meninggikan pulangan,
kerana wabak yang dihadapi dunia ini kiranya tidak dapat dibasmikan secara total,
maka baki yang tidak berpeluang menggunakan vaksin berpotensi memperkembangkan
wabak dan tiada selamat bagi sebahagian tanpa selamat semuanya. Wabak dan
penyakit ancaman ketara bagi kesejahteraan manusia. Ketara usaha WHO memberi perhatian kepada semua peringkat amat
memberi manfaat. Kita sekarang baru melalui peringkat pemulihan. Pemulihan
sebenarnya tidak boleh dilakukan sendiri-sendiri, sebaliknya perlu kerajasama
semua pihak.
Kini
kita melihat status sebagai negara kaya dan berkuasa menghilang dan kita
mengharapkan kerjasama secara global diteruskan bagi kebaikan semua. Sebenarnya
di dalam membasmikan wabak, tiada batas sempadan negara, bangsa dan warna
kulit.Wabak menuntut semua bekerjasama.
Semua
menyedari betapa semua negara terjejas dari segi ekonoi. Semua berperang dengan
musuh tidak kelihatan. Pengasingan, penjarakan, penutupan dan berbagai-bagai
sekatan dilakukan. Dengan berbagai sekatan
memudaratkan dari segi ekonomi.Gedung-gedung perniagaan ditutup, ,
pergerakan manusia terhad dan terhenti. Pesawat
tidak melakukan penerbangan, kenderaan pelancung terhenti. Ramai yang
diberhenikan kerja dan terpaksa bekerja secara kecil-kecilan dengan mendapat
bantuan dari kerajaan. Sektor ekonomi adalah salah satu sektor yang memerlukan
pemulihan, agar kehidupan kembali bergerak sehingga ekonomi kembali lancar. Kepeluan
kepada kaedah-kaedah pemulihan diharapkan mendapat cadangan dan bimbingan dari
pakar-pakar ekonomi.
Semua
sedar, satu darip[ada sektor yang terjejas ialah di dalam bidang pendidikan. Kampus
universiti terpaksa ditutup. Pelajar-pelajar yang mau menghadapi peperiksaan
begitu sukar dalam usaha membuat persediaan yang waktu peperiksaan hanya
beberapa hari lagi. Sebahagian besar belajar melalui talian dan ternyata tidak
memuaskan dan kerajaan terpaksa menyediakan saluran pendidikan melalu tv
Pendidikan. Tiada zaman menghadapi pelajaran sesukar yang dihadapi sekarang.
Jika pun pulih, maka pemulihan di dalam bidang pelajaran tidak akan kembali
seperti zaman lama, tetapi berlaku pengubahsuaian. Ini memerlukan masa
pemulihan termasuk dari segi kurikulum, kaedah pengajaran dan penggunaan
peralatan. Kaedah pemulihan memerlukan kepakaran.
Perhubungan
kemasyarakatan adalah renggang. Komunikasi lebih menggunakan talian. Ziarah
menziarah berkurangan. Kemesraan kehidupan berkurangan. Hujung-hujung minggu,
kalau dulu dipenuhi dengan jemputan perkahwinan, kini dilakukan dalam jumlah
terhad dan silatul rahim dan kemesraan berkurangan.
Oleh kerana terlalu tersekat dan berkurung banyak yang mengalami kemurungan dan
sakit jiwa.
Kehidupan
sosial mungkin dilihat kecil, tetapi penting dari segi pemupukan ukhuwwah dan
kejiranan. Usaha membuka tempat-tempat rekreasi wajar dilakukan, biarpun diikat
dengan norma-norma baharu. Masyarakat
memerlukan kesihatan fizikal dan mental. Kegiatan-kegiatan sukan perlu
dihidupkan. Tempat-tempat perhimpunan yang menghidupkan pertemuan dan
pertukaran fikiran seperti tempat ibadat dan pengajaran wajar dihidupkan.
Sesungguhnya
insan masyarakat sosial, jika terlampau banyak sekatan memudaratkan mereka dan
juga masyarakat.
Pemulihan
perlu dilakukan di dalam berbagai bidang meskipun terpaksa menghadapi
kepayahan. Ianya adalah sebagai agenda penting sebelum dapat digerakkan
agenda-agenda kemajuan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment