February 10, 2021

 

KENEGARAAN, CINTA DAN PERTAHAN KELUHURAN

(Fikrah Bangi:  858),

BBB:  28 Jamadil-Akhir 1442H. = 10 Februari 2021M. (Rabu).

Tiap kita ditakdirkan di dalam sejarah dilahirkan dalam kawasan dan batas sempadan yang dikenali dengan negara. Negara pula melalui sejarah yang mungkin berubah, kita berada di dalam sesebuah negara berkenaan. Misalnya melalui penjajahan dan situasi politik zaman , kita berada di negara Malaysia Merdeka, selepas melalui ketentuan sejarah negara kita dijajah oleh British dan untuk memantapkan kedudukan kita disatukan dengan Sabah dan Sarawak berada di dalam negara Malaysia Merdeka.

Batas sempadan secara fizikal menjadikan kita berada di dalam sebuah negara yang kita kenali dan hayati keluhurannya, bahawa negara kita berada di dalam suatu kawasan yang strategik bersempadan dengan Selat Melaka di barat,  bnersempadankan Laut Malaysia dengan Filipina di bahagian Utara dan Selatan dengan Indonesia, maka inilah batas sempadan dijaga, dikawal dan dipelihara dari penyusupan dan pecerubuhan dari luar. Secara bersendirian dan kerjasama pertahanan dengan pihak yang kita mempunyai kerjasama pertahanan.

Cinta dan kasih sayang kita terpupuk dengan laluan di Selat Melaka yang sebok, tetapi damai dan tenang. Kita menghayati dengan sejarah silam Kedah Tua yang mempunyai kaitan sejarah  pada satu masa dulu  meluas ke Segenting Kra. Kita menghayati  sejarah dan keindahan Pulau Langkawi yang menjadi aset penting bagi pelancungan. Negeri Perlis sungguhpun kecil tidak kurang dari  gua-gua batu kapur yang menarik pelancungan.

Kita  mengkagumi sejarah negeri Perak yang menyimpan artifek tertua  di negara ini seperti di Lenggung dan penemuan dengan `Perak Man` yang mencerminkan ketuaan negara ini dari segi kependudukan. Perak juga mempunyai bukti sejarah pendidikan British seperti Kolej Melayu, Kuala Kangsar dan  Maktab Perguruan Tanjung Malim yang kini dinaik taraf kepada Universiti Pendidikan Tanjung Malim.

Selangor adalah negeri yang maju dan terkedepan menjadi pusat pentadbiran negara, maju dengan perniagaan, kayu dengan industri dan penghasilan dan banyak dengan pusat-pusat pengajian tinggi dan menjadi tumpuan bagi penghijrahan.

Negeri Sembilan lebih dikenali sebagai Negeri Adat dan Warisan, terpancar dari pemimpin adat teromba, petitih dan hikmat ungkapan dan kini membangun limpahan dari perkembangan perluasan Lembah Kelang. Manakala Pahang adalah negeri terbesar di Semenanjung, kaya dengan hasil hutan, sungai Pahang mengeluarkan  ikan patin terkenal enak. Manakala Terengganu terkenal dengan perpantaian yang menarik menggamit pelancung datang seperti ke Pulau Kapas, Tinggol dan beberapa pulau yang lain. Selain dari pandangan pantai dan pulau yang menarik ialah Kedai Payang pusat perniagaan, manakala di Hulu Terengganu sebagai Tapak Batu Bersurat terkenal dengan  Tasik Buatan mengundang pelancung datang.

Kelantan pula terkenal sebagai negeri budaya dan agama dengan loghat bahasa yang berbeza. Kota Bharu disifakan sebagaiBandar Islam dan juga mempunyai Pasar Siti Khadijah yang unik yang kebanyakan peniaganya ialah orang perempuan.

Kembali ke pantai Barat Semenanjung ialah Melaka, negeri bersejarah, negeri yang mempunyai pemerintahan beraja Melayu pertama yang diasaskan  oleh Sultan Muzaffar Shah atau dikenali dengan Sultan Muhammad. Negeri ini mempunyai tinggalan  penjajah Portugis dan Belanda. Warna sejarah menarik pelancung datang menziarah. Johor adalah negeri paling selatan di Semenanjung. Bahasa Johor adalah dialek yang diguna sebagai bahasa Malaysia standard.

Menyeberang ke Malaysia Timur, adalah Sabah adalah negeri yang tegak dibuminya gunung tertinggi di Malaysia, iaitu Gunung Kinabalu. Pandangan alamnya adalah tercantik di Malaysia. Sumber pelancungan negara utama di Malaysia dan kaya dengan hasil laut. Sabah mempunyai sempadan laut terbuka serta  terluas dan mudah diceroboh oleh pihak luar. Kekuatan pertahanan negara banyak diberi tumpuan perhatian di sini.

Manakala Sarawak adalah negeri yang mempunyai kawasan terluas di Malaysia. Negeri yang mempunyai berbagai etnik dan budaya yang masyarakatnya hidup dalam aman dan sentosa. Antara land mark bagi negeri ini ialah Gua Mulo dan Muzium Sarawak.  Sungai Sarawak  merupakan sungai terpanjang di Malaysia. Muka bumi Sarawak yang luas itu mempunyai kekayaan dari hasil hutan di samping buminya kaya dengan hasil petrol.

Dengan semua keistimewaan dan keindahan yang berbagai-bagai sebagaimana disebutkan menjadikan setiap rakyat di negara ini cinta dan kasih terhadap negera Malaysia. Harapan seluruh rakayat Malaysia, rakyat bersatu dan negara terus maju dan makmur.

Sekian.

No comments:

Post a Comment