February 5, 2021

 

MENJEJAKI  PENEMPATAN  MELAYU  SEJAK  SILAM

(Fikrah Bangi: 853),

BBB:  23 Jamadil-Akhir 1442H. = 05 Februari 2021M. (Juma`at).

Dari berbagai perbincangan, didapati  ramai pengkaji bersetuju, khususnya dengan pendapat Oppenheimer, bahawa asal usul Melayu adalah dari kawasan yang luas bermula dari sejarah penempatan silamnya dari kawasan rusuk benua di Selat Sunda yang telah tenggelam dan tinggalan darinya yang masih timbul ialah kepulauan Melayu kini. Kemungkinan tenggelam kali ketiga  dibimbangi berlaku dari cairan bungkah air batu di selatan yang terus berlaku. Kebimbangan ini membuat pemerintah Indonesia kini mengambil keputusan memindah pusat pentadbiran negara itu ke Kalimantan, kawasan yang lebih luas dan tinggi dan lebih selamat dari Pulau Jawa kini dan sekitarnya dari tenggelam.

Penduduk Melayu selepas karamnya negara kota utamanya  di Selat Sunda berada  bertabur di dalam kawasan  2/3  dari kawasan selatan Hemisphere. Kajian yang dibuat sejak abad ke 19 yang mengikat kawasan tersebut sebagai satu turunan - Melayu, ialah dari segi bahasa  di kawasan yang meliputi:

·        Kawasan di barat ialah Madagaskar, Selatan dari Sri Lanka Candy dan berdekatan dengannya.

·        Kawasan  Malaysia dan Indonesia kini.

·        Kawasan ke timur seperti Hawai,  Bismarck, Easter dan Solomon.

·        Kawasan  selatan  Papua New Guinea, New Zealand, bahkan Australia.

·        Kawasan ke utara dari Thailand, Burma, Cambodia, Champa, Selatan Vietnam , Filipina ke Taiwan.

Dari kawasan ini dikesan penggunaan bahasa dari rumpun Melayu. Terdapat sejumlah antara  800 hingga 1,200 dialek dan jenis bahasa yang mempunyai pertalian yang menunjukkan ianya adalah dari rumpun Melayu.

Dari penyebaran penempatan  asal usul Melayu dapat dikatakan bangsa Melayu tersebut sebagai Bangsa Pelaut dan  Pesisir.

Maksud  Bangsa Pelaut, ialah bangsa yang tinggal di pulau-pulau yang dikelilingi laut seperti pulau-pulau di bawah Indonesia. Pulau-pulau yang lain seperti Madagaskar, Sri Lanka,  Borneo, Papua New Guinea, New Zealand, Rhodus,  Bismarck, Easter, Solomon, Hawai, Filipina dan Taiwan.

Manakala pesisiran ialah seperti Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjng), Kawasan Melayu di Thailand, khususnya Selatan, Burma - perpantaian di selatan di utara Semenanjung, Cambodia, Lous, Champa dan selatan Vietnam.

Berbanding antara keduanya ciri kelautan adalah lebih luas dari ciri pesisiran. Kebanyakan yang berada di pesisiran adalah kecil dari penduduk negara yang dominan, manakala pulau adalah sifat bagi kependudukan bagi pulau berkenaan. Lantaran  ciri pelautnya bagi Melayu berkenaan, maka mereka adalah  cekal dan kuat mendepani angin ribut dan gelombang laut. Bagi kawasan pulau di lautan ini pula sering berlaku gempa gunung berapi yang menambahkan cekalnya mereka itu.

Selain daripada bahasa, ialah budaya hidup mengikat mereka sebagai kepundudukan di kawasan yang luas.  Menurut pendapat pengkaji, menanam padi  adalah dari budaya tani masyrakat Melayu berkenaan, ia jauh mendahului China dari budaya mengeluarkan makanan utama itu. Selain daripada itu makanan utama yang lain ialah taro, ubi, keladi, pisang, sagu, tebu, kelapa dan ikan. Manakala binatang peliharaan seperti ayam, babi, anjing, lembu dan kerbau.

Alat berburu seperti `blow pipe` dikatakan bermula penggunaannya di Borneo dan tidak kedapatan di  Taiwan.  Pakaian pula adalah dibuat daripada kulit kayu yang dilembutkan, manakala rumah ada kesamaan dari berbagai tempat, iaitu dibina dari kayu-kayu yang tumbuh setempat dengan batangnya bagi tiang dan lantai, manakala daun dari setengah tumbuhan adalah dijadikan atap. Mereka sering mendirikan rumah sama ada di tepi sungai atau di tepian laut sebagai tempat-tempat yang mudah mendapat makanan. Mereka juga antara yang terawal menggunakan perahu bagi menangkap ikan, pergerakan antara pulau dari kuala ke kuala dan sebagainya bagi perhubungan dan mendapat sumber makanan.

Apa yang perlu, terutama bagi kerajaan kita di Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Indonesia dan juga Flipina perlu mewujudkan projek `Menjejaki Penempatan Rumpun Melayu` yang luas itu sebagai bidang kajian ilimiah antara negera-negara utama di atas dengan kerjasama kerajaan-kerajaan yang mempunyai jejak sejarah Melayu bagi meluaskan dapatan dan keilmuan berkenaan dengan Orang Melayu dari zaman silam.

Projek ini wajar dimulai oleh Pusat-Pusat Pengajian Tinggi di negara ini termasuk Dewan Bahasa dan Pustaka. Projek ini wajar juga di letak di bawah Kementerian Luar Malaysia dan Asean yang dengannya  memudahkan mendapat kerjasama dari negara-negara yang terlibat.

Dengan  kajian yang memerlukan tenaga pakar memerlukan peruntukan dan masa yang sebenarnya boleh bersifat berterusan yang boleh merapatkan kerjasama antara negara-negara berkenaan. Bahan yang ditemui boleh dijadikan sebagai bahan penyelidikan lanjut dan pengajaran di negara-negara berkaitan, khususnya di Malaysia, Indonesia dan Filipina dan negera-negara yang lain yang berkenaan.

Dengan penemuan-penemuan terbaru akan menyerlahkan lagi tentang asal usul, tradisi dan budaya Melayu yang mengukuhkan identiti dan jati diri Melayu itu sendiri di negara yang kita cintai.

Sekian.

No comments:

Post a Comment