NEGARA-NEGARA PESISIR DAN PULAU PERINGKAT AWAL
(Fikrah
Bangi: 854),
BBB: 24 Jamadil-Akhir 1442H. = 05 Februari 2021M.
(Sabtu).
Antara
negara pesisir yang ada hubungannya dengan Melayu pada peringkat awal
ialah Negara Funan yang diketahui wujud sejak awal abad
Masihi. Tempatnya di Selatan China, iaitu pada bahagian selatan antara Burma dan Kemboja. Dikatakan Rajanya berasal sama ada
dari China, bahkan dikatakan dari Semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan Funan
berkekalan hingga abad ke 6, tetapi sejarahnya hilang mulai abad ke 7.
Dalam
masa kerajaan Funan ini memerinah lahir pada abad ke 2, ialah kerajaan Champa
yang bertempat di pesisir laut, berhampiran dengan Kemboja. Campa mempunyai
pertalian rapat dengan Melayu, bahkan ianya dikenali dengan Melayu Champa. Pada pertengahan abad ke 4M. tulisan-tulisan
yang berasaskan Sanskrit mula didapati di Champa, di Borneo, bahkan di
Semenanjung bertempat di Kedah seperti di Ceruk To Kun. Champa sebagai sebuah
kerajaan berkembang terutama antara 592-686,iaitu sebelum zaman Angkur di
Cambodia (635-850). Champa selain dari menghasilkan hasil pertanian, rakyatnya
terkenal dari segi anyaman dan tenunan. Pengaruh dari segi anyaman dan tenunan
ini sampai ke pantai timur Semenanjung seperti Terengganu yang negeri tersebut
mewarisi tradisi tenunan dan anyaman secara halus dari Melayu Champa.
Paul
Wheatly menyebut bahawa antara 530 dan
535 pada masa tersebut negara yang dikenali dengan Tan Tan menghantar ufti emas
kepada kerajaan China. Dimaksudkan dengan Tan Tan ini ialah negeri Terengganu.
Ini bererti hubungan tidak saja berlaku dengan Champa bahkan jauh ke utara,
iaitu Negeri China. Hubungan ini berterusan sehingga ke zaman menjelangnya
penemuan Batu Bersurat Terengganu pada awal abad ke 14M.
Maklumat
tentang Indonesia, antaranbya disebut tempat Ho Ling yang dikatakan di Jawa,
iaitu pada 452M., namun ada yang berpendapat tempat dimaksudkan merujuk kepada
kawasan Melayu terawal, iaitu di Sumatera.
Identiti
Melayu lebih menyerlah, ialah dengan penemuan beberapa prasasti Batu Bersurat
yang merupakan tulisan terawal dan
Tertua bahasa Melayu, iaitu dengan penemuan Batu- Batu Bersurat antara
683-686M. seperti di Palembang, Karang Brahe, Batang Hari, Kota Kapur, Jambi dan Bangka.
Pada
Batu Bersurat di Kedukan Bukit di Bukit Seguntang
bertarikh 23 April 682 menyebut Raja pada masa itu melakukan expedisi bagi membina Ibu Negara Sriwijaya yang dikatakan expedisi
ini bermula dari Bukit Segunang (684) dan yang berpendapat ianya berasal dari
Semenanjung. Ini bererti Negeri Melayu pertama diasas di Bukit Seguntang
pada 28 Februari 686 berdasarkan
prasasti Kedukan Bukit.
Pemerintahan Melayu di Bukit
Seguntang merupakan sebagai pendirian Negara Bangsa yang pertama dan menjadi
asas kepada perkembangan Negara Bangsa Melayu bertempat di Sriwijaya yang
bermula dari abad 7 dan berterusan hingga abad ke 12M.
Ini bermakna
induk bagi negara yang dikenali dengan Melayu adalah berlaku di Bukit
Seguntang, Sumatera dan juga menjadi induk bagi negara Sriwijaya. Negara
Sriwijaya ini mendahului negeri Melayu Langkasuka. Sriwijaya sebagai sebuah
kerajaan adalah berlaku pada abad ke 7M. Melayu Langkasuka juga bangkit dalam
tempoh yang sama tetapi bertempat di Semenanjung. Tentang negara ini Mas`udi, pelayar Islam menyebut pada 995 Masihi bahawa Kedah yang
disebut sebagai negeri Zabaq bertapak di Kedah yang kerajaannya pada masa itu
sehingga ke Segenting Kra. Dijangka kerajaan dimaksudkan ialah Langkasuka.
Dapat
difahami, bahawa sekitar abad pertama Masihi kedapatan negeri-negeri Melayu Kepulauan
yang masing-masing memerintah secara bebas dan tidak berlaku peperangan dan
penjajahan secara ketara. Negeri-negeri pesisir yang ada hubungan dengan
Melayu, tidak berdiri sebagainegara Melayu, sebaliknya berada di sebalik
nama-nama, kerajaan Funan, Khemer, Champa berhampiran Cambodia. Satu yang
mengikat masyarakat Melayu tradisi yang juga baik dengan pemerintah dengan
wujudnya pegangan nilai pada masa itu, iaitu Nilai Hindu-Budha yang disifatkan oleh
Coedes kawasan di Asia Tenggara pada masa itu sebagai The Indianized States of Souteast Asia yang
menjadi judul bagi bukunya (1964). Negara-negara berkenaan berada di dalam keadaan
tenang dengan kesatuan pegangan dan kepercayaan pada masa itu. Keharmonian
pegangan ini bukan saja di Asia Tenggara, tetapi melangkaui negeri China hingga
ke India.
Sekian.
No comments:
Post a Comment