KEWARGANEGARAAN DAN
KEWIBAWAAN
(Fikrah
Bangi: 860),
BBB: 30 Jamadil-Akhir 1442H. = 12 Februari 2021M.
(Juma`at).
Kewarganegaraan
adalah rakyat yang mempunyai hak sebagai warga bagi sesebuah negara. Ini
disebabkan melalui kelahiran seseorang di negara berkenaan atau melalui proses
atau keistimewaan tertentu yang melayakkannya menjadi warga negara. Warganegara
bererti kependudukan di dalam sesebuah negara yang biasanya di dalam jumlah
yang ramai yang dikenali juga sebagai rakyat bagi sesebuah negara berkenaan.
Jadi
sesebuah negara mempunyai warganegara. Warganegara yang berada di dalam satu
kawasan berkependudukan yang luas yang
rakyat atau warganegaranya mempunyai jumlah yang ramai yang sesuai ianya
sebagai warganegara. Misalnya negara kita Malaysia mempunyai sejumlah 32 juta
penduduk dan Indonesia misalnya mempunyai lebih dari 300 juta penduduk dan
sebagainya.
Sesebuah
negara seharusnya mempunyai wibawa dengan identiti dan jatidiri sendiri. Misalnya
Jepun terkenal sebagai negara maju yang kreatif dan inovatif. Biarpun negara Jepun
tidak mempunyai tanah yang subur dan tiada di dalam perut buminya hasil minyak,
tetapi kerana rakyatnya bijaksana, rajin, kreatif dan inovatif, maka dengan
banyaknya keluaran industrinya yang bermutu seperti motokar, alat komunikasi
dan berbagai lagi, maka negara berkenaan dikenali sebagai negara maju.
Seperti
negara Jepun yang telah kalah di dalam Peperangan Dunia Kedua, demikian juga dengan
German, tetapi kerana rakyatnya bijaksana, rajin, berdaya kreatif dan inovatif,
misalnya dengan keluaran kenderaan yang terkenal seperti mercedes dan berbagai jenis
keluaran yang lain, maka negara yang pernah runtuh ini bangkit dengan
berbagai-bagai hasil teknologi, maka ianya juga adalah terkenal sebagai sebuah
negera terkenal di Eropah, bahkan memimpin negara-negara Kesatuan Eropah.
Wibaya
dan kebangkitan sesebuah negara selain dari mutu rakyatnya, ada
pemimpin-pemimpin berwibawa yang memimpin negara-negara berkenaan ke arah
kemajuan dan kecemerlangan. Jepun misalnya kelihatan hebat di awah pimpinan Obe
yang terus diwarisi oleh kepimpinan kini. German adalah hebat di bawah Angela
Markel yang menjadi Chanselor German yang terkenal sebagai `Iron Lady of German`,
sebagaimana England hebat pada masa pemerintahan Margeret Thather yang terkenal
sebagai `Iron Lady of England`. Demikian
America dilihat berwibawa semasa di bawah pimpinan John of Kennedy dan Barrack
Obama. Kemajuan yang dicapai oleh pimpinan-pimpinan berkenaan tentulah dengan
segala prasarana yang memperkukuh kedudukan negaranegera yang di bawah pimpinan
tokoh-tokoh yang dibicarakan. Misalnya rakyat yang rajin dan berpelajaran,
ekonomi yang baik dan berdaya kreatif dan inovatif. Selain dari itu
negera-negara berkenaan hendaklah hebat dari kekuasaan dan pertahanan.
Bagi
yang rajin berusaha dan mempunyai kekuatan tentulah mengatasi rakyat yang tidak
bijaksana dan ketinggalan. Bayangkan pada abad ke 14, apabila negara-negara
Barat celik dari kejahilan – mereka disedarkan oleh penguasaan Islam yang lebih
bijak dari mereka pada zaman itu sehingga
Spanyol, , Portugal dan sebahagian dari kekuasaan Perancis dikuasai oleh
Islam dan apabila mereka berjaya membebaskan negara mereka, maka mereka
berlumba-berlumba ke berbagai pelusuk dunia menguasai kawasan-kawasan yang pada
masa itu relatifnya ketinggalan berbanding dengan Barat yang mulai celik
keilmuan hasil dari Islam, maka kita lihat benua India yang begitu besar dan
ramai penduduk, tetapi tidak lebih cerdik dari barat, maka pada abad ke 17
dikuasai British yang lebih cerdi, walaupun tidak ramai kehadiran mereka,
tetapi mempunyai teknologi yang lebih canggih dari rakyat tempatan dan kerajaan
yang lemah. Dengan kerajinan dan kesungguhan mereka menguasai seperti Burma, Malaya, sebahagian dari Borneo, bahkan dapat menguasai
sebuah benua yang dikenali dengan Australia dan juga New Zealand.
Portugis
yang pernah dikuasai Islam dan mendapat kebebasan, mereka belayar ke Timur dan
menguasai sepert Goa di India, Melaka, dan Timur Timor dan Macao.. Spanyol yang
negara mereka pernah dikuasai Islam dan kembali menguasai tanah air mereka,
mereka mengembara ke timur dan menguasai seperti Filipina. Tak kurang juga
hasil dari celikminda Belanda, walaupun seuah negara kecil, datang ke timur dan
menguasai seperti Indonesia sebuah negara yang besar yang pada masa itu masih
lagi ketinggalan.
Kita
dapat melihat negera yang mempunyai rakyat yang rajin dan pemimpin yang
berwibawa dan bijaksana dapat mengangkat imej, identiti dan jatidiri bagi negera berkenaan. Menyorot secara lebih jauh,
betapa kawasan-kawasan yang rakyatnya masih mundur dan lemah dapat dikalah dan
dijajah oleh negara-negara yang mempunyai kesedaran lebih awal dan pimpinan
yang lebih cerdek dan mempunyai kekuatan yang lebih canggih.
Rakyat
yang lebih cerdek dan berpengetahuan dengan mempunyai pemimpin yang berwibawa dapat
merendah dan melemahkan negara yang lebih besar, tetapi rakyatnya masih jahil,
tiada kepimpinan berwibawa dan lemah dari segi teknologi dan kekuatan.
Kewarganegaraan
yang bermutu dan pemimpin yang berwibawa dapat mengangkatkan martabat sesebuah negara
sebagai negara yang maju, beridebntiti
dan berjati diri.
Sekian.
No comments:
Post a Comment