KEWARGANEGARAAN
(Fikrah
Bangi: 859),
BBB: 29 Jamadil-Akhir 1442H. = 11 Februari 2021M.
(Khamis).
Kenegaraan
adalah sesuatu yang berhubung dengan
sesebuah negara, misalnya dari segi fizikal dan ciri struktural dan knsepsi di negara itu seperti sejarah, pemerintahan, kemajuan, budaya masyarakat dan
sebagainya. Kita telah membicarakan soal kenegraan ini lebih dari segi fizikal
dan sejarahnya.
Kewarganegaraan
pula adalah lebih kepada penduduk bagi sesebuah negara itu. Misalnya apakah
status bagi penduduk, apakah ianya berkelahiran di negara sebagai rakyat asli
dan jati di negara berkenaan atau ianya rakyat dari luar yang mendapat
kerakyatan menjadi rakyat dengan permohonan dan cukup syarat-syarat atau dengan
keistimewaan tertentu yang ada pada seseorang, maka ianya ditawarkan mendapat
kerakyatan yang untuk mendapatnya memang sukar. Selain daripada itu mereka yang
berada di negara ini dibenarkan berada di negara ini dalam tempoh terhad, misalnya
pegawai-pegawai diplomatik, kalangan expatriate,pengunjung sebagai pelancong
dan mereka yang mempunyai permit bekerja atau menetap dalam tempoh yang terhad.
Selain daripada itu ada yang masuk ke negara secara haram dan dikenali sebagai pendatang
haram, pati, pelarian untuk mendapat perlindungan dan sebagainya.
Kewarganegaraan
adalah keistimiwaan bagi mereka yang berketurunan dan dilahirkan di sini.
Terlalu banyak bila menyebut keistimewaan, bahawa bagi seorang rakyat
berkelahiran dari ibu bapa yang berasal dari negara ini, bahawa dia berhak
mendapat khidmat kesihatan yang disediakan kerajaan, berhak mendapat peluang
belajar dari peringkat rendah kepada peringkat tertinggi menurut kemampuan dan
kelayakan, berhak mendapat pekerjaan yang sesuai menurut kebolehan, berhak
mendapat peluang memiliki kediaman menurut kemampuan, berhak memiliki harta
secara halal, berhak untuk berkeluarga, berhak bergerak secara bebas selagi
tidak mengganggu ketenteraman orang lain, berhak mengeluarkan pendapat selagi
tidak bercanggah dengan undang-undang dan kepentingan awam, berhak
berkriativiti dan berinovasi menurut bakat dan kebolehan yang ada, berhak untuk
berpolitik dan menjadi pemimpin jika berkelayakan dan dipilih oleh orang ramai.
Sebaliknya jika melakukan kesalahan, misalnya melakukan rasuah dan menipu,maka
ianya tidak boleh lari dari hukuman,jika disabitkan dengan kesalahan.
Seterusnya seorang warganegara berhak menganut sesuatu ugama dan
mengamalkannya.
Ketara
perbedaan antara kenegaraan dan kewarganegaraan. Kenegaraan kelihatan dari segi fizikalnya sebagai sesuatu yang
statik dan kenegaraan juga bererti
memahami segala konsepsi yang membina kenegaraan, misalnya konsep politik-pemerintahan
negara berkenaan, struktur kemasyarakatan, peraturan dan undang-undang, ekonomi
dan kehidupan, bahkan kebebasan dan undang-undang.
Kewarganegaraan
dapat diibaratkan seseorang yang berdiri dan berdepan dengan segala yang ada
pada kenegaraan dari segi fizikal, budaya dan nilai yang dituntut dari
kewargeneraan. Apa yang disebut sebagai keistimewaan tidak memberi apa-apa, jika warganegara
tersebut statik. Bayangkan seorang
warganegara yang bodoh tidak mampu menjana segala peluang dan kedudukan
yang dia berhak jika berkelayakan. Sebaliknya dia tidak saja tidak mencapai
peluang yang dia seharusnya berhak, sebaliknya akan menjadi beban - beban
kepada keluarga, beban kepada masyarakat, bahkan beban kepada kerajaan dan
negara.
Sebaliknya
negara bagi kenegaraan yang maju adalah disebabkan oleh kewarganegaraan yang
aktif dan dinamik. Lantaran itu syarat bagi kewarganegaraan yang maju hendaklah setiap unit, perseorangan itu
adalah individu yang aktif dan dinamik. Syarat bagi individu yang aktif dan
dinamik ini hendaklah dari awal dipupuk dengan baik oleh keluarga dan
pemerintah dengan menyediakan peluang
pelajaran yang saksama dan bermutu, bermotivasi tinggi dan melahirkan kemampuan
dari segi kreativiti dan inovasi serta bergerak dalam satu ruang dan jaringan
yang menyempurna dan melengkapkan antara satu sama lain.
Contoh
dinamika berlaku di dalam gerak-kerja warga kota. Ada beratus ribu sektor di
dalam kegiatan sebuah kota yang di dalamnya ada manusia-manusia terpilih yang
menggerakkan dinamika kota. Mereka terdiri dari ketua pentadbir,
pegawai-pegawai, mereka yang bertugas di dalam bidang komunikasi, pengangkutan,
peniaga-peniaga, pekerja-pekerja di dalam sektor kewangan, polis, buruh,
pencuci, guru, pelajar dan berbagai-bagai sektor lagi. Mereka semua bergerak di
dalam sektor masing-masing sebagai bahagian dari enjin yang menggerakkan.
Kewarganegaraan
pada dasarnya sama dari segi pentingnya, misalnya seorang pentadbir penting
bagi melicinkan pentadbiran, seorang pegawai kewangan penting dari segi
pengurusan kewangan, seorang peniaga penting dari segi menyediakan bahan keperluan,
bahkan seorang boroh pencuci juga penting bagi menjaga kebersihan. Tiap
bahagian memainkan peranan sempurna menyempurnakan.
Setiap
kewarganegaraan hendaklah dari awal
mempersiapkan diri dan mengenalpasti potensi diri dan seharusnya berada pada
tempat yang sesuai dan seharusnya dinamik dan aktif menurut rentak keseluruhan.
Kerosakan sebahagian perlu segera dibaiki, sebelum melibatkan kerosakan
keseluruhan. Antara satu sama lain adalah bergantungan dan berkaitan.
Kewarganegaraan
yang dinamik dan prolifik menjagikan negara maju dan aktif.
Sekian.
No comments:
Post a Comment