February 14, 2021

 

SENAT0R  AMERIKA  YANG  BERWIBAWA

(Fikrah Bangi: 862),

BBB: 02 Rejab 1442H. = 14 Februari 2021M. (Ahad).

Tatkala Donald Trump dari Republican dilantik menggantikan Barack Obama dari Democrat yang telah menamatkan dua penggal presidentnya (2008-2018), kita merasa keciwa membandingkan watak Obama yang begitu energetik, petah berucap dan begitu teratur menyusun fikirannya. Dia pemimpin yang amat berwibawa berbanding dengan Donald Trump yang baru dilantik yang wataknya begitu lembab dengan ucapan yang tidak begitu jelas dan tidak teratur. Dalam fikiran terlintas, ``Mengapa sebuah negara besar – Amerika, memilih presiden yang tidak begitu berwibawa.``

Jelas semasa trump memerintah imej Amerika menurun. Biasnya terhadap Israil begitu nyata. Dia berkonfrontasi dengan China dan Iran dan dia tidak sepatutnya melayan Presiden Korea Utara yang kecil yang secara tidak langsung menaikkan wibawanya di mata dunia.

Semasa Covid-19 menyerang dunia,termasuk Amerika, Trump tidak begitu memberi perhatian terhadap wabak yang mengancam nyawa ini, menyebabkan Amerika menjadi negara yang paling teruk mengalami wabak Covid-19. Lebih daripada 27 juta  kes wabak berlaku di USA dengan kematian hampir setengah juta. Dalam pilihanraya mendepani Joy Biden, Trump kalah. Yang agak lucu dia bermati-matian cuba mempertahankan kedudukannya dengan mengatakan, bahawa berlaku penipuan dalam pilihanraya. Dia melantik peguam-peguam bagi membuktikan penipuan berlaku dalam pilihanraya, tetapi di dalam semua kes dia kalah.

Dalam proses transisi bagi melantik Presiden Ameriaka yang baru Joy Biden, Trump menyokong pengikut-pengikutnya membuat kacau dengan menyerbu Capitol Hill pada 6 Januari 2021 dan merosakkan peralatan dan persidangan senator terpaksa dipindah. Lima orang, termasuk seorang polis terbunuh. Trump dipersalah, kerana mengapi-apikan pengikutnya menyerang dan merosakkan Capitol Hill berkenaan.

Apa yang hendak dibangkitkan di sini, bahawa senator yang dilantik di Amerika adalah kalangan mereka yang berwibawa, bukan sebagai senator di negara kita yang sering dicop sebagai ``rubber stamp`  sahaja`. Mereka yang dilantik dilihat sebagai membalas jasa dan wibawa mereka sering dipersoal.

Berlainan dengan senator di Amerika, mereka adalah dari kalangan mereka yang berwibawa.Mereka berkuasa membawa Bekas Presiden Amerika Trump ke muka pengadilan. Trump dianggap berpihak kepada penunujuk-penunjuk perasaan yang membuat kacau di Capitol Hill.

Trump dari Republican dibawa ke pengadilan dan diadili. Peguam-peguam Trump mempertahankan Trump  sebagai tidak terlibat dan tidak bersalah, manakala pihak lawannya – peguam-peguam bagi senator dari Democrat  menghujahkan bahawa trump adalah bersalah. Ini adalah merupkan pendakwaan pertama terhadap Presiden di Amerika dan memperlihatkan bahawa kalangan senator adalah berwibawa dan mempunyai kuasa mengheret seorang Presiden ke muka pengadilan.

Keputusan guaman berakhir semalam menunjukkan bahawa 57 undi menyalahkan Trump, sedangkan yang mempertahankannya hanya mendapat 47 undi. Trump tidak dihukum lantaran suara majoriti tidak sampai dua pertiga, tetapi jelas, walaupun hukuman tidak dijatuhkan sebagai bersalah, tetapi jumlah undi yang menyifatkannya sebagai bersalah sebagai kekalahan moral bagi Trump yang menyifatkan  proses mahkamah yang dihadapinya sebagai mainan kalangan senator dari Democrat. Tuduhan kedua bagi trump digugurkan. Walau bagaimana dapat dipelajari bahawa kalangan senator berwibawa dan berkuasa.  Kita pernah menyuarakan bahawa kedudukan politik di negara kita perlu diubah. Antara yang pernah kita cadangkan:

1)    Kurangkan jumlah parti politik di negara kita kepada tidak lebih dari tiga parti politik. Nama parti politik tidak berbau perkauman. Contoh Parti Maju, Parti Sejahtera dan Parti Prihatin.

2)    Dalam Dewan Rakyat perlu dilantik sebahagian . Contoh satu perempat dari kalangan luar dari politik,  mereka adalah kalangan professional. Ini bagi mengimbangi kuasa orang politik.

3)    Dewan Negara hendaklah dilantik dari kalangan politik, professional dan wakil-wakil negeri. Mereka berkuasa dan boleh mengambil tindakan terhadap  orang-orang politik yang menyeleweng seperti melaporkan kepada SPRM dan menjalani proses perundangan.

4)    Seorang Perdana Menteri dilantik tidak lebih dari dua penggal.

5)    Seorang wakil rakyat dihadkan tidak boleh bertanding lebih dari tiga penggal.

Beberapa perkara yang lain dapat ditambah. Dengan demikian politik negara adalah segar dan berwibawa. Seorang pemimpin tidak terlampau lama hingga mendominasi pimpinan sehingga 40 tahun atau lebih menyebabkan tiada pembaharuan dan tidak berlegar dengan idea dan pendekatan yang sama yang memual dan menjemukan.

Kita mau politik dan pimpinan negara kita segar, dinamik,kreatif dan inovatif dan tidak didominasi oleh orang yang sama yang tidak lagi cergas dan ketinggalan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment