TUBUH
BADAN DAN JANTUNG HATI MELAYU
(Fikrah
Bangi: 855),
BBB: 25 Jamadil-Akhir 1442H. = 07 Februari 2021M.
(Ahad).
Jika
diibaratkan Alam Melayu sebuah badan, maka anggotanya meluas di kawasan di
baratnya dari Madagascar ke timur hingga ke Hawai, Easter dan Solomon, utaranya
dari Funan, Taiwan, Champa dan Selatan
Thailand-Burma (Langkasuka – diTeluk Siam), manakala ke Selatannya ialah New
Zealand, Papua New Guine, bahkan ke Australia. Walaupun kewujudan mereka di
berbagai tempat, tetapi disatukan oleh bahasa, DNA dan budaya. Mereka bersifat
minoriti oleh dominasi penduduk setempat.
Sebagai
negara bangsa, kalau kewujudan negara-negara di atas sebagai anggota, maka
tempat utama sebagai jantung hati-nurani
bagi Melayu, maka sebagai hati ialah bertempat di Sumatera. Kerajaan Melayu
terawal ialah Sriwijaya yang dikesan wujud pada 441M. (Adanya tentulebih awal) dalam
mana pelayar Melayu Sriwijaya telah
membuat hubungan diplomatik dengan China sejak tahun tersebut. Pada masa
tersebut juga wujud Melayu di Teluk Siam yang merangkumi Kedah Tua yang
memerintah hingga ke Segenting Kra, sebagaimana wujudnya Champa di bawah kerajaan Cambodia. Kerajaan
Sriwijaya memerintah hingga abad ke abad 12. Pada pertengahan abad ke 7 terdapat
catatan mengenai Mo-lo-yeo, yang merujuk kepada Melayu sebagai satu pecahan turunan
bertempat di Jambi.
Pada
abad ke 7 ini banyak bukti tentang Melayu ini, khususnya dari segi inskripsi
yang diketemui di Kedukan Bukit, Karang Brahe, Batang Hari dan Kota Kapor.
Pusat bagi Melayu ini bertempat di Bukit Seguntang. Bahkan dikatakan mulai 23
April 682 pemerintah dari Palembang ini membuat expedisi membuka
Seriwijaya yang telah diketahui wujud sejak 441M itu.
Kerajaan
Sriwijaya meningkat maju dengan terbukanya jalan laut dan kehadiran ramai
peniaga dari China, India, Parsi dan
Arab. Menurut catatan I tsing yang
melawat Palimbang pada tahun 671 Sriwijaya sebagai pusat perdagangan ianya
menjadi tempat persinggahan pelajar-pelajar termasuk diri beliau sendiri
belajar dan menterjemah kitab Buddha di Sumatera sebelum menyambung pengajian
di Nalanda di India.
Pada
zaman kegemilangan Sriwijaya, mulai bangkit kerajaan di Jawa - Kerajaan Airlangga. Kerajaan ini diserang
oleh Sriwijaya pada 1019 yang walaupun
tidak kalah, tetapi telah melemahkan kerajaan Sriwijaya.
Pada
zaman kemerosotan Sriwijaya ini berlaku penghijrahan Raja bernama Sang Nila Utama Ke Temasik
(Singapura kini) dan memerintah di sana pertengah abad ke 13. Sang Nila Utama tidak lama
memerintah di Singapura, sebaliknya terus mencari tempat yang sesuai menjadi pusat
pemerintahan yang membawa rombongan ke
Johor dan akhirnya membuat pilihan terakhir di Melaka. Mulai abad ke 13 Melaka
berkembang pesat sebagai Pusat Perdagangan utama, mengambil alih pemerintahan
dari Kerajaan Sriwijaya. Melaka sendiri menjadi pelabuhan yang didatangi oleh
peniaga-peniaga Islam yang Islam telah sampai ke Pasai pada 1297 melalui Raja
Malikul Salih dan dari Pasai Islam berkembang di Melaka dan raja Melaka Sultan
Muhammad (Muzaffar ?) telah menerima Islam. Dari Melaka pedagang-pedagang Islam
telah menyebarkan Islam ke Jawa dan kepulauan Melayu. Bahasa bagi Melayu –
telah berkembang sebagai bahasa dakwah dan perniagaan di Kepulauan Melayu dan
tulisan jawi yang diperkenalkan pada awal abad ke 13 sebagaimana terbukti di
Batu Bersurat Terengganu,menjadi bahasa
dakwah dan perniagaan.
Kalau
diibratkan Kerajaan Sriwijaya sebagai hati bagi Kerajaan Melayu, maka Melaka
diibaratkan sebagai jantung bagi diri Melayu yang dikenalpasti sejak dari awal tahun
Masihi itu.
Perluasan
Melayu dalam erti kata yang luas berlaku dengan perluasan agama Islam yang
menggunakan bahasa Melayu kepada Kerajaan Airlangga (abad 12), Kediri (13), Singasari (13) dan Majapahit (1293-1520).
Majapahit adalah kerajaan basar di Jawa dan sezaman dengan kerajaan Melaka.
Antara tokoh besar dari kerajaan Majapahit ialah Pateh Gajah Mada. Hang Tuah
berinteraksi dengan tokoh ini ketika melawat Jawa. Raja Melaka dikatakan
berkahwin dengan puteri Raja Majapahit. Terdapat personaliti terkenal dari Jawa di
Melaka seperti Pateh Kermawijaya dan sebagainya. Pada masa ini berlaku
perkembangan agama Islam di Jawa terutama melalui dakwah Wali Songo yang
bergiat mengembangkan agama Islam di sana.
Dilihat
dari perkembangan bahasa Melayu dan agama Islam yang menjadi identiti dan jati
diri bagi Melayu, maka Jawa menjadi paksi ketiga (jiwa-nurani) bagi mengukuhkan
identiti dan jati diri Melayu.
Apa
yang hendak ditegaskan bahawa dalam mengenali Melayu secara meluas, adalah
menjadi harapan tinggi bagi
memperkukuhkan identiti Melayu dan bahasa Melayu adalah bergantung kepada
Melayu di Malaysia dan Indonesia. Lantaran itu perlu diusahakan bersama agar hidup dan
berkembangnya bahasa dan budaya di negara-negara di mana dapat dijejaki
warisan, bahasa dan budaya di
negera-negara berkenaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment