KESEDARAN
KEILMUAN MELALUI JABATAN - RASUAH
(Fikrah
Bangi: 850),
BBB: 20 Jamadil-Akhir 1442H. = 02 Februari 2021M.
(Selasa).
Salah
satu mekanisme menyampaikan ilmu, ialah melalui jabatan-jabatan. Banyak
jabatan di dalam pentadbiran kerajaan.
Jabatan dari yang tertinggi ialah Jabatan Perdana Menteri, diikuti jabatan-jabatan
di bawah menteri-menteri, jabatan pada peringkat negeri dan jajahan-jajahan.
Selain
dari taklimat mengenai tugas ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan berbagai
kategori pekerja, perkara yang penting disampaikan ialah tanggungjawab dan
amanah di dalam menjalankan pekerjaan.
Ketua-ketua
dan pegawai-pegawai di jabatan-jabatan kerajaan yang berurusan dengan berbagai
lapisan rakyat yang ingin mendapat berbagai-bagai kemudahan seperti tender,
kontrak kadang-kadang mencari jalan
mudah bagi mendapat kelulusan ialah dengan menggunakan kaedah rasuah kepada
ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai. Bagi yang tidak amanah dan bagi
mendapat habuan mudah mereka terjebak dengan perlakuan rasuah.
Sememangnya
rasuah banyak berlaku di kalangan penjawat awam. Statistik rasuah yang menjadi kes SPRM, bahawa yang terlibat
adalah 47.5% dari kalangan
penjawat awam. Ini adalah merupkan kes sejak
6 tahun yang lepas yang berjumlah
sebanyak 5,652 kes (Sinar, 31.1.2021: 1). Terima kasih kepada akhbar Sinar Harian
yang kini menjalankan penyedaran dan kempen anti rasuah bagi mengurangkan
rasuah yang terus berleluasa di negara ini.
Rasuah
sudah tentulah merosakkan imej perkhidmatan awam dan meruntuhkan integriti
mereka. Menyedarkan tentang tanggungjawab dan amanah dapat dilakukan, bukan
saja taklimat mingguan atau awal bulanan yang disampaikan kepada pegawai,
tetapi perlu ada modul Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam yang disampaikan
melalui kursus bulanan yang disampaikan oleh pihak yang berkelayakan. Masa
diambil waktu pagi bertempat di dalam dewan yang disertai oleh semua pegawai.
Tajuk-tajuk mungkin membicarakan:
Psikologi
rasuah - Jiwa dan minda, mengapa
teredorong ke arah rasuah.
Rasuah
– Semua agama mengutuknya. Implikasi
kepada individu, jabatan dan kerajaan.
Rasuah
– Kecelakaan yang merunuh dan merosakkan
Imej negara.
Pihak
JAKIM pernah mengeluarkan buku: Modul Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam
(2005). Antara tajuk yang dicadang disampaikan kepada penjawat Awam yang dipecahkan kepada dua unit:
Unit
Satu: Latihan Dalaman. Antara tajuknya ialah:
Akauntabiliti
dan kaitannya dengan hari pembalasan
Ancaman
kepada kecemerlangan prestasi
organisasi.
Tuntutan
berlumba-lumba melaksanakan kebajikan
Hubungan
akidah, syari`at dan akhlak
Ihsan
sebagai indikator penting falah
Kemantapan
iman asas integriti
Kesempurnaan
solat pemangkin integriti
Konsep
itqan dan konsep permudah dan jangan menyusahkan
Mutmainnah
dan sifat mahmudah.
Sifat
qana`ah dan Allah Melihat dan Mendengar apa yang kita lakukan.
Manakala
pada bahagian kedua ialah tentang muhasabah diri,
Antaranya
penyakit hati dan rawatan. Koreksi diri dan rebut lima perkara sebelum lima
perkara.
Manakala
pada bahagian akhir mengenai pendidikan pelanggan seperti tidak mencuri tulang,
menghormati tetamu, tekun bekerja, konsep tidak mementingkan diri, senyum itu
sedekah, kefahaman terhadap piagam pelanggan dan sabar dan syukur.
Meskipun
kandungannya adalah mirip kepada pendidikan yang bercirikan Islam, tetapi tidak
menghalang untuk sama diikuti yang bukan Islam.
Peringatan
berkenaan perlu dilakukan secara berterusan dan topiknya dapat diganti jika ada
yang releven.
Jika pendidikan yang bersifat usrah di kalangan
pegawai terus dihidupkan di kalangan penjawat awam, maka adalah diharapkan
dapat mnenghapuskan rasuah yang beritanya dibaca di dada-dada akhbar dan melalui
media letronik yang melibatkan kalagan menteri, kallangan koperat dan berbagai
sektor yang melibatkan juga penjawat awam.
Kita
merasa dukacita indeks rasuah di negara kita bukan berkurang, tetapi makin
meningkat. Kedudukan CP makin menurun. Kalau pada tahun 2019 CP negara berada
pada ranking ke 51, tetapi pada 2020 adalah jatuh kepada ranking ke 57. Kita
patut malu dan belajar dari Singapura yang berada di dalam lingkungan 10 paling
kurang berlaku rasuah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment