February 15, 2021

 

MENUNGGU  VAKSIN

(Fikrah Bangi: 863),

BBB:  03 Rejab 1442H. = 15 Februari 2021M. (Isnin).

Negara bagai tidak sabar lagi menunggu vaksin. Sudah setahun dunia dan negara menderita. Wabak yang bermula dari Wuhan, China diketahui sejak Disember 2019 ini, diisytihar oleh WHO sebagai wabak dunia pada 13 Mac 2020 dan Malaysia ikut mengisytiharkannya sebagai wabak pada 18.3.2020 dengan rakyat Malaysia pertama dijangkiti virus pada 5 Februari 2020 melalui Singapura dan bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PLP) dengan mematuhi norma-norma baru selama dua minggu.Kemudian disambung tahap kedua berakhir pada 14.4.2020 dan bermula tahap ketiga dari 15.4.2020 danpada 11.5.2020 disambung dengan PKPB, PKPP dan seterusnya. Hasil dari kawalan rapi kes wabak Covid-19 pernah turun kepada tahap yang paling rendah pada Julai 2000..

Tetapi wabak kembali meningkat selepas kempen pilihanraya sepanjang September 2020. Wabak meningkat hingga Oktober di Sabah dan dikuti negeri-negeri  lain khususnya di Selangor. Sebagai kesannya hingga 1 Januari 2021 kematian akibat Covid-19 di Malaysia berjumlah (47+ 8) dengan kes tertinggi 2,525.  Dengan kes tertinggi di Selangor1,205, diikuti Sabah 299, Melaka 239 dan Johor 194.

Manakala pada peringkat global USA dengan kes tertinggi  sebanyak 20,216,991  dengan kematian sebanyak 350,778, diikuti India dengan kes sebanyak 10,267,282 dengan kematian sebanyak 148,774 dan Brazil dengan kes 7,618,970 dengan kematian 193,940 diikui oleh negara-negara lain seperti Itali,  Rusia, UK, Perancis Turki,  Spanyol dan German.

Kesan yang dialami oleh negara kita dan juga dunia, ialah dari segi ekonomi, ramai yang diberhentikan kerja, perusahaan dan perniagaan terganggu  dan pelancungan terhenti, kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan sejak pertengahan tahun 2020 sebanyak RM35 bilion untuk menjana semula ekonomi dan ditambah lagi berikutnya. KDNK bagi 2020 susut terendah sejak 1998 (7.4).  Bagi menangani masalah yang ditimbulkan oleh Covid-19, kerajaan mengambil keputusan dan DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah telah mengisytiharkan darurat mulai 12 Januari 2021 yang menghentikan parlimen dari bersidang dan dalam masa tersebut tidak boleh diadakan pilihanraya.

Akibat dariCovid-19, seramai 6.7 juta pelajar terjejas pelajaran mereka. Selama setahun  pelajar dan murid-murid tidak ke sekolah dan terpaksa mengikuti pengajian atas talian yang banyak menimbulkan permasalahan. Pelajar-pelajar yang sepatutnya mengambil peperiksaan SPM dan STPM dan yang setaraf dengannya terpaksa ditangguhkan peperiksaan hingga akhir Februari ini. Turut terganggu ialah kegiatan ibadat. Masjid-masjid tidak mengadakan solat Juma`at dan kehadiran solat waktu hanya sejumlah 5 orang (Selangor). Pendek kata pengimarahan masjid tidak dapat dijalankan, pengajian-pengajian terhenti. Masjid dan surau terputus dari mendapat sumber kewangan yang biasa bergantung pada derma para jamaah yang hadir.

Sejak dari akhir 2020 harapan kepada kejayaan vaksin begitu tinggi. Beberapa negara maju telah berjaya menghasilkan vaksin seperti Pfizer Amerika-German,  Astra Zanica Oxfords, Sinovak China  dan Sputnik Rusia.

Sejak akhir Disember Malaysia telah memperuntukkan  sebanyak RM2.05 bilion untuk mendapatkan vaksin untuk  sebanyak 80% rakyat negara ini. Walau bagaimana  usaha akan dilakukan bagi memvaksin seluruh rakyat dengan konsep bahawa  selamat individu dengan selamat semua. Termasuk bukan kerakyatan. Rakyat kita di luar negara juga mendapat vaksin dari negara yang mereka berada. Setakat ini Malaysia telah membuat perjanjian bagi mendapatkan vaksin Pfizer dan yang lain-lain yang dijangka tiba pada akhir bulan Februari dan dijangka vaksinasi akan dilakukan mulai 26 Februari ini dengan dimulai oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dikuti mereka yang berkhidmat sebagai front liners. Diikuti merekayang berusia dan berpenyakit. Adalah dijangka mulai 26 Februari ini 126,000 orang akan menerima vaksin dalam sehari dari 600 lokasi yang setiap lokasi mempunyai tujuh orang petugas. Terdapat 55 pusat simpanan vaksin yang memerlukan dibawah 70 darjah celcius (Pfizer).

Kini persiapan sedang rancak dilakukan. Misalnya mendaftarkan mereka yang akan divaksinkan melalui berbagai saluran misalnya My Sejahtera, atas talian,  melalui hospital dan klinik dan melalui komuniti-komuniti kemasyarakatan. Kempen mendaftar rakyat yang baru dilaksanakan boleh digunakan. Pihak berkuasa agama memberi jaminan, bahawa bahan di dalam vaksin tidak mengandungi bahan yang haram. Walaupun mengambil vaksin tidak diwajibkan, tapi tiap seorang digalakkan melalkukannya,kerana, keselamatan yang lain bergantung kepada keselamatan keseluruhan. Jika ada yang tidak mau mengambil vaksin, ianya adalah sebagai risiko kepada yang lain dan dirinya yang berkemungkinan akan menjadi perantaraan wabak Covid-19 yang berjangkit.

 Dari iusaha berterusan terutama dari Kementerian Kesihatan dan semua front liners, hari ini ( 15 Februari 2021) memperlihatkan jumlah mereka yang pulih dari Covid-19 adalah tertinggi sejumlah 4,525, iaitu sebanyak 80.9% demikian menurut Tan Sri Nor Hisham Abdullah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala kes terbaru ialah 2,464, manakala jumlah kes sebanyak 264,269 dan jumlah kematian ialah  965(+7). Jumlah keseluruhan yang telah sembuh ialah 213,814 (+4,525).

 Diharap penurunan ini terus berlaku. Pengawalan perlu diteruskan. Dengan vaksin tidak bereri Covid-19 akan menghilang. Pengawasan seharusnya diteruskan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment