MENANAM KESEDARAN KENEGARAAN DAN KEWARGANEGARAAN
(Fikrah
Bangi: 851),
BBB:
21 Jamadil Akhir 1442H. = 03 Februari 2021M. (Rabu).
Dokumen
bagi pembentukan Negara Malaysia telah wujud sebagai dikenali Perlembagaan
Malaysia (The Constitution of Malaysia
(1964). Maka segala persoalan dengan perlembagaan negara adalah dirujuk kepada perlembagaan ini.
Bagi
membentuk negara bangsa dan rupabangsa Malaysia yang unggul, maka wajar ada di
bawah perelembagaan ini kesedaran
tentang kenegaraan dan kewarganegaraan sebaiknya bagi setiap warganegara agar
setiap warganegara berkenaan di dalam menjunjung Perlembagaan Negara, prihatin dan penuh sedar
tentang kenegaraan dan kewarganegaraan. Di mana saja mereka berada mereka menyedari bahawa mereka adalah sebagai anak
Malaysia yang cinta kepada negara, berusaha memartabatkannya dan
mempertahankannya dari sebarang anasir yang mau merosakkan imej dan identiti
negara.
Telah
dibicarakan sebelum ini, bahawa bagi menjadikan negara Malaysia sebagai negara
unggul, maka rakyatnya hendaklah berilmu. Keilmuan secara formal harus
dipelajari oleh semua warganegara melalui persekolahan dari peringkat rendah ke
menengah dan ke universiti dengan sebaik kelulusan dan dapat berkhidmat kepada
negara sebaik cara dan pendekatan.
Selain
dari pendidikan formal, perlu terus ada orientasi dan pembelajaran ilmu secara
berterusan. Telah dibicarakan ianya diwujudkan dari peringkat tertinggi dari pentadbir negara, Perdana Menteri dan
menteri-menteri kepada pegawai-pegawai tadbir di jabatan-jabatan dan berbagai
agensi, bahkan kepada kelompok masyarakat, ngo, kejiranan, bahkan melalui rumah ibadat sebagai pendidikan berterusan
bersama menanamkan nilai kerohanian.
Pada
peringkat menyeluruh bagi panduan
menyeluruh bagi menjadi rakyat dan negara berilmu adalah difikirkan perlu diwujudkan
Kurikulum Kenegaraan dan Kewarganegaraan
yang menjadi panduan pihak pemerintah, pentadbir, swasta dan seluruh rakyat.
Kurikulum
Kenegaraan ini perlu disusun secara rapi dan teratur oleh para penal yang
terdiri dari pakar undang-undang, pentadbiran, pakar ekonomi, Nilai Agama, budaya,
kalangan akademik,NGO dan kalangan aktivis, Keselamatan dan sebagainya.
Kurikulum
boleh dibahagiakan kepada lima komponan penting, iaitu:
1)
Kesedaran tentang kenegaraan
2)
Kesedaran tentang kewarganegaraan
3)
Falsafah Pemerintahan Negara
4)
Membentuk Negara dan Warganegara
Unggul
5)
Negara bangsa Di rantau dan Global.
Tujuan
diadakan kurikulum kenegaraan dan
kewarganegaraan ini bagi menyedarkan setiap warganegara, bahawa mereka tidak
sekadar dilahirkan dan berada di bumi negara Malaysia sebagai sau kebetulan,
tetapi dari awal pihak pemerintah yang diberi amanah dan tanggungjawab bukan setakat melihat setiap individu sebagai aset dan warganegara yang menjadi alat politik
dan pemerintahan bagi mengekalkan kekuasaan, tetapi melihat setiap warganegara
sebagai modal insan yang amat berharga yang sejak dari awal diberi peluang dan
kemudahan bagi menggilat prestasi dan
kualiti diri menjadi seorang warganegara
yang bernilai dan menjadi aset kepada negara.
Caranya
ialah melalui dasar pendidikan negara
yang seharusnya dipertingkatkan kualiti dan nilai – maksud dari segi
pembelajaran yang dirangkakan, peluang-peluang yang disediakan dan memberi
jalan peningkatan mengikut bakat dan potensi yang ada pada seseorang.
Penyediaan
yang seharus disediakan ialah bukan
setakat menjadi rakyat biasa yang lebih membebankan kepada negara, apa lagi
perosak negara, tetapi lebih memberi ruang bagi setiap yang berbakat ini menjadi
pemimpin di dalam bidang yang dianya ada bakat dan berpeluang.
Pemimpin
Negara adalah diharapkan berusaha menjadikan negara sebagai
negara yang makmur, amanah dan bersih dari rasuah dan penipuan.
Tiap
bahagian dari warganegara adalah sebahagian dari anggota negara yang sihat dan
jika ada berlaku kerosakan, maka setiap daripadanya berusaha memperbaiki.
Ideal
dari kesedaran kenegaraan dan kewarganegaraan menjadikan negara sebagai negara yang makmur dan rakyat yang sejahtera.
Sekian.
No comments:
Post a Comment