SIHAT FIZIKAL.
MENTAL DAN JIWA
(Fikrah
Bangi: 867),
BBB: 07 Rejab 1442H. = 19 Februari 2021M.
(Juma`at).
Kita
telah membincangkan tentang kenegaraan dan
kewarganaraan (baru
sebahagian). Keperluan bagi membangunkan
`Negara Bangsa Maju Sejahtera` ialah negara dan warga yang sihat dari segi fizikal, mental dan jiwa.
Kita
telah membicarakan kenegaraan dengan menyusur galur kewujudan `Melayu` dalam erti
kata yang luas seawal peringkat terdapat wujudnya bukti sehinggalah kepada
kewujudan Negara Malaysia sebagai pembentukan mutakhir negara bangsa berkenaan.
Kewujudan dan kelangsungan Negara
Malaysia yang dikenali sebagai
`Tanahair` bagi bangsa Malaysia, kuat lemah, jatuh bangun dan maju mundurnya
bergantung pada sihat fizikal, mental dan jiwa bangsa tersebut.
Kita
surut sedikit membicarakan dari segi `Kenegaraan` yang merujuk kepada fizikal
negara dari segi ruang sempadan dan kandungan tanahair
kenegaraan berkenaan. Juga merujuk kepada konsepsi kenegaraan yang merujuk
kepada pemilikan, kedaulatan dan pengiktirafan oleh pihak antarabangsa.
Sihat
fizikal negara kita dengan rujukan pengiktirafan wujudnya dalam sejarah dari
berbagai catatan, rekod dan ciri kependuduan dari segi sejarah, budaya dan komunikasi
antarabangsanya. Maksud di sini Semenanjung Malaysia telah wujud dan dikenali sejak
purba sebagai `Semenanjung Emas`. Begitu juga kewujudan Sabah dan Sarawak
sebagai satu bahagian dari Borneo dikenali seawal pemerinahan kependudukan dan pemerintahan di Borneo.
Kedua-dua negeri itu telah melalui episod sejarah yang kedua negeri itu
dikenali sebagai Sabah dan Sarawak dan kedua-dua negeri tersebut bersetuju bergabung
di dalam sebuah Negara Bangsa yang diikiraf sebagai Malaysia.
Sejauhmanakah
sihatnya negara Bangsa Malaysia dari segi fizikal ? Perlu diakui ada cabaran
yang dihadapi Malaysia !
Dari
segi Semenanjung adalah mantap. Tidak ada tuntutan terhadap Semenanjung, tetapi
keadaan tidak sama dengan Sabah dan Sarawak. Pada peringkat pemulaan
penubuhannya (1963) Malaysia berdepan dengan ancaman dari Sukarno Presiden
Indonesia yang berkempen mengganyang
Malaysia, kerana menganggap ianya adalah caturan dari imperialis ! Manakala Macapagal Presiden Filipina dan diikuti oleh Marcus
menuntut Sabah yang dianggap sebahagian dari kawasan pemerintahan Kerajaan Sulu
! (Tuntutan ini masih dihidupkan oleh pihak pemerintah Filipina kini).
Kedudukan
tidak sihat telah diusahakan oleh pihak pemerintah negara kita Malaysia sejak
dari penubuhan Malaysia sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putera Perdana Menteri
Malaysia pertama dan satu kekuatan utama yang terhasil bagi Malaysia, bahawa
penubuhan adalah mendapat pengiktirafan dari Petubuhan Bangsa Bersatu.
Knfrontasi
oleh pihak Indonesia pada zaman Sukarno dan Menteri Luar Negara pada masa itu,
iaitu Subandrio diredakan dengan diplomasi antara Tun Razak Perdana Menteri
Malaysia Kedua dan rakannya dari Indonesia, iaiatu Adam Malik Menteri Luar
Indonesia pada masa itu. Dapat dikatakan hubngan secara sihat antara Malaysia
dan Indonesia dapat diatasi secara diplomasi antara kerajaan dengan kerajaan
pada masa Tun Razak dan Adam Malik Menteri Luar Indonesia pada masa itu.
Hubungan
antara Malaysia dengan Filipina,khususnya berhubung dengan Sabah tidak dapat
diwujudkan suasana `Sihat` sejak dari awal. Suasana tidak sihat ditambah dengan
faktor-faktor yang lain. Faktor utama, bahawa Filipina hingga kini masih
mnenghidupkan tuntutan terhadap Sabah, walaupun tiada sokongan dari
negara-negara luar yang lain.
Tahap
tidak sihat yang lain ialah pencerobohan sering dilakukan oleh pihak bersenjata
dari pihak musuh dari kawasan Sulu. Pihak Pertahanan dan Keselmatan Malaysia
banyak memberi perhatian dari segi pertahanan dan menggunakan aset-aset bagi
mempastikan keamanan dapat diwujudkan antara sempadan Sabah dengan bahagian
Sulu di Filipina. Pencerobohan, penyusupan dan pencolekan sering berlaku antara
sempadan ini.
Bagi
mempertahankan negara berdaulat, Malaysia dengan apa cara perlu mengadakan
strategi pertahanan bagi mengukuhkan kedudukan dan menggerunkan lawan. Suasana
terkini kelihatan terkawal, tetapi kewaspadaan perlu ditingkatkan.
Nature
dari penubuhan Malaysia ada hak dan kekuasaan secara perjanjian bagi pihak negeri
sama ada Sabah dan Sarawak. Tuntutan berdasarkan perjanjian Pembentukan
Malaysia ini, kadang-kadang dibangkitkan dan kadang-kadang terasa ianya
sebagai menyukarkan bagi pembentukan Malaysia
Bersatu sebenar-benarnya. Ini merupakan
antara elemen tidak sihat boleh berbangkit.
Walau
bagaimana Penyatuan dan Perpaduan Malaysia
adalah perkara penting bagi pengukuhan dan penyatuan negara Malaysia.
Penyatuan
dan Perpadsuan perlu terus diusahakan. Semua pihak perlu toleran dan bijaksana
di dalam mengemudikan negara secara sihat dan selamat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment