DI
MANAKAH KITA ?
(Fikrah
Bangi: 861),
BBB: 01 Rejab 1442H. = 13 Februari 2021M. (Sabtu);
Bertanya
tentang kewibawaan dan keberadaan Kewarganegaraan kita, sebenarnya banyak aspek
yang dapat dibicarakan, tetapi kita ambil satu segi kesamaan, tetapi ada perbezaan pengalaman, iaitu isu yang masih berlaku di seluruh dunia ialah tentang
Covid-19.
Wabak
ini diketahui mula berlaku sejak akhir 2019 dan dikatakan bermula di Wuhan,
China. Pihak WHO yang membuat kajian saintifik baru selesai membuat kajian, tetapi masih tidak dapat
membuat kesimpulan, walaupun diketahui bermula di Wuhan, tetapi tidak dapat
mempastikan punca asal adakah ia dari
virus kelawar atau dari tenggiling yang
dijadikan sebagai makanan exotic di Wuhan atau dibawa dari luar ke sana.
Akibat
dari virus ini dunia, termasuk kita di Malaysia sama menanggung masalah akibat
dari Covid-19 ini. Walaupun wabak ini disedarai sejak akhir tahun 2019,
kehadiran wabak ini secara nyata dan disedari merbahayanya telah diisytiharkan
di Malaysia bermula dari 18 Mac 2020 dengan kes yang berlaku ialah sebanyak
301. Akhbar Sinar Harian membawa tajuk berita pada pagi itu bahawa, ``Paderi
Sarawak Korban Pertama Covid-19, manakala Berita Harian membawa tajuk berita,
``Ingkar boleh dipenjara, Perintah kawalan pergerakan`. (Istilah PKP mula diperkenalkan). Manakala
The Star membawa tajuk, ``Adapting to the
New Normal`` Semua tajuk berita di atas memfokuskan kepada pengumuman
dan arahan tentang Covid-19``
Dapat
dikatakan, bahawa tindakan pengawalan terhadap Covid-19, adalah dalam kadar
yang segera, kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin baru dilantik oleh Yang Di Pertuan
Agong al-Sultan Abdullah pada awal Mac 2020 sebagai Perdana Menteri Malaysia
pada 1 Mac 2020 mengetuai Kerajaan Pakatan Nasional yang menggantikan pemerintahan
Pakatan Harapan sebelumnya.
Tindakan
segera dan berstrategik yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dapat
mengawal dari merebaknya Covid-19 tanpa terkawal, sedangkan
pada masa yang sama wabak ini berkembang diItali, Spanyol, UK dan Perancis. Beberapa
negara pada mulanya tidak memberi perhatian serius, termasuk USA di bawah
Presidennya Donald Trump, meskipun diperingatkan oleh WHO.
Akibatnya
pada akhir tahun 2020 (30 Disember 2020 – The Star) melaporkan bahawa
berlaku 457 (+2) kematian di Malaysia.
Kes baru 1,925, total kes 108,615 dan
jumlah sembuh 86,716 (+1,123) dengan
Selangor kes tertinggi iaitu sebanyak
747.
Walau
bagaimana berbanding dengan peringkat global, wabak di Malaysia adalah terkawal
dalam mana pada peringkat Asean Indonesia mengalami kematian yang tinggi, iaitu
sebanyak 21,703 berbanding dengan jiran terdekat, Singapura 29, Thailand 61 dan
Brunei 3.
Pada
peringkat global USA sejak dari peringkat awal mendahului negara-negara yang
lain dalam mana pada akhir tahun 2020 ini kematian 343,192, diikuti oleh Brazil 191,641, India 148,190 dan di bawah 100,000
ialah Rusia, Perancis, UK, Turkey,
Itali, spanyol dan Germany.
Walau
bagaimana hingga semalam, ketika kaum China menyambut tahun barunya, wabak
berkenaan masih berterusan dalam mana jumlah kematian di Malaysia (12 Februari
2021) meningkat kepada 936 (+ 13 kemtaian). Pada peringkat Asean Indonesia
masih mendahului dengan jumlah 32,381, diikuti Filipina sebanyak 11,469 dengan
terendah Thailand 80, Singapura 29 dan
Brunei 3. Manakala pada peringkat global USA tetap mendahului dengan 483,200
dikuti Brazil 234,945 dan India sebanyak
155,299 dan negara-negara lain di bawah
100,000 iaitu Rusia, UK, Perancis,
Spanyol, Itali, Turki dan German.
Sebenarnya
sebagaimana diketahui tiada wabak yang menyeluruh yang berlaku di seluruh dunia
sebelum ini sebagaimana Covid-19 yang sedang dan masih dialami kini. Walau
bagaimana sejak awal 2021, beberapa negara telah menghasilkan vaksin seperti
Pfizer German-Amerika, Astra Zaneca Oxford, Cinovax oleh China dan Sputnik oleh
Rusia.
Usaha
sama dilakukan oleh Malaysia bagi mendapat vaksin, terutama Pfizer yang dijangka tiba pada akhir Februari ini (26 Februari), walaupun
secara relatifnya agak lambat berbanding dengan Singapura, bahkan Indonesia.
Sebagaimana
pernah disebutkan, bahawa Malaysia wajar berusaha menghasilkan vaksin
sedemikian atau yang yang lain, lantaran kita mempunyai Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi di samping mempunyai beberapa universiti terkenal. Pada
masa sedemikianlah sewajarnya universiti-universiti berkenaan yang mempunyai
ramai profesor menyerlahkan kecemerlangan.
Kita
berharap selepas mendapat vaksin negara kita dan negara-negara yang lain akan
mengalami penurunan dan penghapusan wabak Covid-19 yang banyak menyukarkan kehidupan
negara-negara dan warga dunia, agar kehidupan kembali normal dan ketakutan dan
kebimbangan menghilang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment