COVID-19:
MENINGKATKAN KEMANUSIAAN DAN KEINSAFAN
(Fikrah
Bangi: 871),
BBB: 11 Rejab 1442H. = 23 Februari 2021M.
(Selasa).
Tiada
siapa menjangka, bahawa Covid-19 yang mula dikesan di Wuhan, China pada
Disember2019 merebak dengan pantas ke seluruh dunia. Pada 13.3.2020 WHO mengisytiharkannya
sebagai pandemik seluruh dunia. Pada
16.3.2020 melalui Mesyuarat Khas
Covid-19, maka mulai 18.3.2020 bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan di
Malaysia. Wabak yang masuk ke negara ini melalui pelancung dari negara China
melalui Singapura pada Januari 2020 memakan korban pertama 18.3.2020 seorang
Paderai dari Sarawak.
Pihak
Keselamatan Negara melaksanakan tahap-tahap sekatan dari PKP kepada PKPB,PKPD, PKPP bagi mengekang dari bertambahnya wabak Covid-19 di negara
ini. Statistik dikeluarkan secara harian oleh KKM. Wabak tidak saja berlaku di
negara ini, tetapi merebak ke seluruh dunia.
Pada
1.1.2021 berlaku jangkitan harian
tertinggi di negara ini dengan sejumlah 2,525 kes dengan kematian sebanyak
471 + 8.
Manakala
peringkat Global USA adalah negara tertinggi dengan kes 20,216,991 dengan
kematian 350,778, manakala India dengan kes 10,267,282 dengan kematian 148,774
dan Brazil dengan kes 7,619,970 dengan kematian 193,940. Dengan diikuti oleh
negara-negara seperti Rusia, France, UK, Turkey, Italy, Spain dan German.
Pendeknya hingga tempoh berkenaan seluruh dunia mengalami wabak Covid-19.
Mutakhir
kes hari ini 23.2.2021.
Kes
terbaru di Malaysia kes harian 2,192 (menurun) dengan jumlah kematian 1062 + 6 .
Pada
peringkat global dengan:
Amerika
kes 28,765,423 dengan kematian sebanyak
511,133.
India
dengan kes 11,005,850 dengan kematian 156, 418.
Brazil
kes 10,168,114 dengan kematian 242,560,
manakala German yang dikira terendah
dari senarai negara-negara yang disebut
di atas dengan kes 2,394,516 dengan kematian 68,443. Berbanding dengan semua kes dinegara
kita dan kematian masih rendah.
Apa
yang mau ditekankan dengan wabak yang merebak memperlihatkan, bahawa wabak ini
tidak mengira kedudukan negara kuat atau lemah, pengabaian seperti berlaku di
Amerika pada masa Presiden Trump menyebabkan negara itu paling teruk dijangkiti
wabak. Negara-negara yang dianggap maju seperti di negara-negara Barat, tidak
mampu mengekang wabak secara efektif.
Wabak
menginsafkan semua pihak dan disedari sebuah negara tidak boleh bersendiri
merawat wabak. Kiranya negara lain dibiar dengan wabak, maka ianya akan
menjangkiti negara-negara lain.
WHO
dari PBB menginsafi hal ini dan mengharap negara-negara maju tidak memonopoli
dari segi penggunaan vaksin yang dihasilkan kini seperti Pfizer oleh Amerika
dan German, Astra Zanica Modenas Oxford, Sinovic dari China dan Sputnik5
Rusia..
Dalam
keghairahan negara-negara Barat dan maju mulai
memberi vaksin kepada penduduk masing-masing, di sana terdapat 30 negara
miskin yang masih belum mendapat vaksin. PBB mengharapkan semua pihak mendapat
vaksin.
Dunia
sebenarnya begitu kecil, wabak Covid-19 nampaknya sama cepat dengan peralatan
komunikasi moden. Tanpa peranti dan peralatan komunikasi moden wabak berpindah
bersama perpindahan manusia yang mengabaikan SOP. Negara-negara maju tidak
boleh bermegah dengan pencapaian yang dicapai di dalam mendapat vaksin, tanpa
menginsafi dari segi kemanusiaan, bahawa wabak Covid-19 adalah ujian terhadap
manusia, bahawa kemajuan yang dicapai, masih lemah. Covid-19 mengisyaratkan
bahawa manusia boleh pupus dari muka bumi melalui wabak, tanpa kerjasama antara
manusia.
Tugas
dan peranan mengekang wabak dan mengembalikan manusia kepada tahap normal dari
segi kesihatan, bukan sahaja harus
dipikul oleh pihak WHO dan PBB. Rasa kemanusiaan dan insaf terhadap ujian serta
menyedari bahawa tiada pihak secara bersendirian selamat dan dapat lepas dari
mala petaka wabak, tanpa kerjasama antara manusia.
Kita
menjangka mekanisme akan diusahakan agak penghasilan vaksin tidak saja dimonopoli
oleh negara-negara maju, tetapi dapat diagihkan ke serata dunia agar wabak
dapat dihapuskan dan manusia dapat kembali kepada kehidupan normal.
Sekian.
No comments:
Post a Comment