February 16, 2021

 

PERSEDIAAN KE ALAF  BARU

(Fikrah Bangi: 864),

BBB:  04 Rejab 1442H. = 16 Februari 2021M. (Selasa).

Pengawalan terhadap wabak Covid-19 memberi kesan positif dan mulai menurun. Adalah diharapkan dengan tibanya vaksin yang dikatakan bermula dari 21 Februari 2021 – lebih awal dari yang diperkatakan sebelum ini,  maka penentangan dan pemutusan terhadap wabak itu secara tempatan dan lebih-lebih lagi dengan kerjasama secara global, diharap akan lebih cepat berlaku.

Diandaikan kehidupan masyarakat di dalam tempoh setahun atau beberapa tahun akan kembali normal !   Apakah kewajaran tindakan yang sepatutnya  diambil oleh kerajaan dan warganegara di dalam mendepani masa depan  ?

Pandemik adalah perkara besar yang dihadapi secara global. Ia adalah pengalaman menyeluruh yang kesannya bukan sekadar kalah perang sebuah negara, tetapi dunia termasuk negara kita. Kesan dunia dan kita merasa betapa gawatnya kehidupan terpaksa mengasing diri dari pergaulan, lebih-lebih lagi yang kena kurantim apalagi yang terpaksa merawat diri di hospital kobid dan bertarung antara hidup mati dan masih berpeluang meneruskan kehidupan. Peritnya betapa mereka yang hilang pekerjaan, perniagaan terpaksa ditutup. Firma-firma dan hotel-hotel mengalami kerugian yang teruk. Kebanyakan hilang punca pendapatan. Semua hidup dalam norma baharu. Sebahagian dari pekerja terpaksa kerja dari rumah. Pelajar-pelajar tidak ke sekolah dan sebahagian besar belajar melalui `on-line`. Negara terpaksa mengeluarkan peruntukan yang besar bagi membantu rakyat yang kehilangan sumber pendapatan dan pendapatan negara kasar menurun ke tahap yang jarang berlaku.

Diulang lagi, andainya kehidupan pulih kepada normal dalam setahun atau di dalam beberapa tahun akan datang, apakah tindakan yang harus diambil oleh kerajaan dan warganegara yang prihatin ?

Adalah tidak bijaksana bagi kerajaan yang  sebelum ini berhempas pulas dengan segala tenaga, peralatan dan infra-struktur yang ada, termasuk mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi menentang wabak dan membantu rakyat yang susah, maka selepas berakhirnya wabak yang meninggalkan kesan yang besar kepada individu, masyarakat dan negara menerima perkembalian kepada normal secara biasa, tanpa tindakan dan membiarkan suasana secara sendirian kembali normal dan rakyat kembali kepada rutin biasa sebagaimana sebelum wabak Covid-19.

Maka nelayan yang sebelum ini mendaratkan perahu ke pantai dan menjahit pukat yang carik, kembali menolak perahu  ke laut dan kembali memperjudikan nasib di laut bergelombang. Demikian petani yang terbengkalai dari meneruskan kerja menanam padi, kerana Covid-19 kembali membajak tanah dengan kerbau atau traktor dan melalui musim bertukar mengharapkan tiba musim menuai yang lumayan atau sebaliknya. Demikian buruh yang mencuci longkang dan yang mengangkat sampah ke lori kembali kepada rutin kerja biasa, bagai tiada apa perubahan yang berlaku. Kedai yang selama ini tutup dan dibenarkan buka menurut SOP,mulai kembali membuka perniagaan sebagaimana biasa, tetapi pekerja grab yang mulai selesa dengan kerja grabnya ada yang terus ingin kerja menghantar barangan.

Secara ringkas semua sektor kembali kepada norma,  mereka yang bekerja di pejabat kembali kerja di pejabat, operasi bank kembali kepada biasa, urusan-urusan kewangan kembali licin. Sekolah dan universiti kembali dibuka seperti biasa, pelancung gembira bergerak dari destinasi ke destinasi. Hotel mulai mendapat tempahan penuh dan penerbangan dan kerea sewa aktif bergerak seperti biasa. Apakan semuanya hendak dibiarkan bergerak kembali kepada normal. Dan kerajaan dalam keadaan yang lebih lega dan selesa memberi ingatan kepada rakyat supaya `Bersatu Padu !` dan memberi amaran kepada orang politik jangan bermain dengan api perkauman ! Jika tidak, maka tindakan akan diambil !

 Kita berpendapat peristiwa Covid-19 yang memberi kesan besar kepada masyarakat di negara kita dan global, wajar dijadikan batas dan batu sempadan antara era sebelum berlaku wabak dan selepas pulih dari wabak. Sempadan ini diambil bagi merangkakan perubahan baharu yang positif dan dinamik bagi membina alaf baru yang akan ditempuh oleh generasi  kini dan generas-genarasi mendatang.

Bagi melakukan perubahan perlu terlebih dahulu dilihat apakah  kekurangan-kekurangan yang dihadapi yang perlu dibaiki. Misalnya sikap  dan mentaliti masyarakat yang sukar diubah. Negara tidak miskin dari bahan untuk dimajukan, tetapi miskin dari kesedaran yang bersifat positif, kreatif dan inovatif. Negara tidak miskin dari sumber keilmnuan, tetapi miskin rakyatnya dan malas dari mencari ilmu sebagai  asas bagi kemajuan. Mereka semua perlu dipulih dan disedarkan !

Negara kita kaya dengan hasil mahsul, mereka yang berdaya dan berusaha dapat menjadi mereka yang kaya raya, manakala pada tempat sama mereka yang malas dan miskin dari berusaha dan jadilah mereka sebagai miskin dan terus mengharapkan bantuan. Apakah tindakan yang patut diambil oleh kerajaan dan warganegara supaya mereka sedar dan tidak ketinggalan dan mengharapkan orang lain mengambil tangan dan membimbing mereka  berterusan dan bukan dari  kesedaran dan inisiatif sendiri ?

Terlampau banyak kekurangan dan memerlukan perubahan. Apa yang hendak ditekankan, menjelang tempoh akan berakhir atau berkurangnya  kesan wabak Covid-19, pihak berkuasa, kerajaan dan individu warganegara  perlu bangkit dengan kesedaran baru dan merubah nasib agar semua pihak mempunyai kesedaran dan bangkit maju bersama.

Plan strategik hendaklah digarisrangka terlebih dahulu bagi menyusun masyarakat secara terbaik, supaya berdasarkan plan strategik ini semuanya dapat bangkit secara bersama. Dari kesaksamaan dan keadilan yang dapat digarussediakan oleh kerajaan ini, maka barulah kerajaan  mendesak dan bertindak, lantaran  infra-struktur,  landasan dan ingatan bagi menggerakkan kemajuan telah terlebih dahulu disediakan !

Sekian.

No comments:

Post a Comment