KEWARGANEGARAAN:
SIHAT FIZIKAL –VAKSIN TIBA
(Fikrah
Bangi: 869),
BBB:
09 Rejab 1442H. = 21 Februari 2021M. (Ahad).
Sihat
fizikal dari segi yang lebih kecil, ialah warga negara itu sendiri sebagai
individu dan masyarakat yang menghuni dan mengimarahkan negara dari segi fizikal. Secara fizikal, termasuk negara, maka yang
paling penting ialah manusianya. Sihat sakit, maju mundurnya negara adalah
bergantung pada manusianya. Manusia sebagai faktor memajukan negara, bukan
sahaja seharusnya diberi perhatian bukan saja oleh ibu bapa, tetapi negara itu
sendiri. Persediaan bagi manusia dilahirkan, maka perhatian perlu diberi kepada
ibu bapa yang melahirkan anak. Ibu bapa perlu mempunyai tempat tinggal yang selesa,
mempunyai pekerjaan yang memungkinkan mereka mendidik anak secara baik sama ada
dari segi makan minum, pakaian, kesihatan dan pendidikan.
Tugas
kerajaan menyediakan kawasan penempatan yang enviromental bagi perkembangan
fizikal, mental dan jiwa. Tugas ibu bapa membesarkan anak-anak dengan makanan
yang cukup dan sihat. Lebih dari itu kerajaan perlu menyediakan persediaan dan
peluang pembelajaran. Walaupun ibu bapa bertanggungjawab dan berusaha menjaga
kesihatan anak-anak, tetapi keperluan kesihatan menyeluruh adalah perlu
disediakan oleh kerajaan seperti hospital, klinik dan pegawai-pegawai kesihatan
dan ubat-ubatan.
Tanggungjawab
negara memastikan rakyat dilindungi dari
wabak dan penyakit. Pengalaman yang sedang dialami negara dan dunia sekarang,
bahawa wabak Covid-19 telah menyerang negara kita sejak dari awal Januari 2020.
Pengalaman yang sama dialami dunia secara global. Negara kita melalui KKM dan
segala agensi yang berkenaan mengambil inisiatif memerangi wabak kini hingga
pada suatu ketika sekitar Mei 2020 dapat menurunkan wabak ini ke tahaf kosong,
tetapi kini meningkat kembali sebagaimana perkembangannya disiarkan oleh KKM
setiap hari dan kematian melebihi 1,000 orang dan pada peringkat global
kematian lebih dari sejuta orang, dengan Amerika paling tinggi melebihi
setengah juta orang.
Sejak
dari 4 Oktober 2020 telah ditubuhkan di negara kita Jawatankuasa
Rundingan mengenai Wabak Covid-19. Sejak dari itu kerjasama dilakukan antara Kementerian
Kesihatan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi termasuk Kementerian
Pengangkutan bagi memperolehi vaksin yang pada masa itu beberapa syarikat
vaksin sedang bertungkus lumus menghasilkan vaksin seperti Pfizer Bio-Intact
dari Amerika dan German, Astra Zanica-
Oxford, Sinovac dari China, Sputnik-5 dari Rusia dan Johnson And Johnson dari
Amerika.
Setelah
setahun negara kita dan negara-negara lain berjuang menentang Covid-19 – musuh yang
tidak kelihatan itu, maka mulai dari awal tahun 2021 vaksin dapat diedarkan
kepada berbagai negara. Semua menyedari bahawa sebuah negara secara berasingan tidak mampu menghendar dari dijangkiti wabak. Falsafah pemulihan
hendaklah, `Vaksin bagi diri untuk keselamatan semua`. Sebab itu negara-negara yang berjaya
menghasilkan vaksin membantu menghantar vaksin ke semua tempat yang diperlukan.
Penghasilan
vaksin adalah sebagai sinar baru bagi negara kita dan dunia untuk mengurang, bahkan
menghapuskan Covid-19.
Melalui
perjanjian yang dibuat, maka pada hari ini 21 Februari 2021 bersama-sama negara
yang lain di Lembangan Pasifik mulai menerima penghantaran vaksin. Pada jam
10.00 pagi pesawat Malaysian Airlines mendarat di Lapangan Terbang KLIA
membawa vaksin Pfizer dari Belgium melalui Singapura disambut oleh Menteri
Kesihatan Malaysia, iaitu Dr. Adam Baba bersama Ketua Kementerian Kesihatan
Malaysia Tan Sri Nor Hisham bin Abdullah dan bersama menyambut ialah
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Khayri Jamaluddin dan sama menyambut ialah Menteri Pengangkutan Malaysia iaitu
Dr. Wee Ka Siong. Penghantaran vaksin pada kali pertama ini melibatkan 312,390
dose bagi peringkat awal.
Penghantaran
vaksin melalui beberapa peringkat. Hari ini 21.2.2021 adalah merupakan
penghantaran pertama dari Pfizer dan akan diikuti dengan penghantaran kedua
April hingga Ogos 2021. Malaysia turut menerima berikutnya penghantaran dari Astra
Zanica, Oxford, Cinovac dan Sputnik.
Adalah dijangka rakyat yang akan divaksinkan berjumlah lebih dari 82% penduduk (26.5 juta penduduk.
Pemberian
vaksin pada peringkat pertama akan dilakukan pada 26 Februari 2021 dan yang pertama menerima vaksin ialah Tan
Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia dengan dikuti frontliners,
termasuk menteri-menteri kabinet, ahli-ahli parlimen dan Adun-Adun dari
negeri-negeri.
Pendaftaran
bagi penerimaan vaksin dilakukan mulai awal Mac 2021 ini melalui aplikasi My Sejahtera,
laman web, pejabat-pejabat kesihatan, Pejabat-pejabat yang dilantik dan secara
outreach.
Orang
ramai diingatkan bahawa mengambil vaksin
bukan bererti mengambil ubat yang dapat
menghilangkan jangkitan Covid-19, sebaliknya, pengambilan vaksin dapat
meningkatkan kadar immunasi diri dari jangkitan. Sebaliknya orang ramai diminta
terus menjaga SOP agar terus dapat mengelak diri dari jangkitan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment