BBB, 15 Rajab 1439H. = 01 Mei 2018M. (Selasa):
Sebagaimana telah kita bincangkan bahawa
mendirikan sebuah masjid perlu ada peraturan – perlu ada plan dan pembinaan
mesti mengikuti plan dan kelak bila siap perlu mendapat kelulusan dari pihak
berkuasa (Majlis Perbandaran) sebelum ianya digunakan. Ini semua adalah untuk
menjaga peraturan dan keselamatan. Di dalam hal ini kita lihat peraturan
sedemikian juga diikuti dan dipegang teguh pihak JAIS di dalam mengikuti
peraturan bagi penggunaan masjid, iaitu perlu mendapat kelulusan dari pihak
berkuasa negeri, JAIS dan tempatan terlebih dahulu sebelum menggunakan masjid.
Kita akur, walaupun berkali-kali kita mau menggunakan masjid secara terhad bagi
bersolat, lantaran ianya sudah 98% siap, tetapi pihak PAID juga JAIS, tetap
tidak membenarkan menggunakan masjid, sehinggalah mendapat kelulusan CCC
terlebih dahulu. Ketidakizinan ini kita terima dan patuh.
Walau bagaimana di dalam berurusan berkenaan
masjid ini, patut ada sedikit ihsan, maksud kita bukan memberi kelulusan,
tetapi adalah dari segi muamalah. Memang kita akui kita adalah berkedudukan sebagai `pemohon` kepada
`Tuan` yang memang kedudukan sedemikian. Kita sentiasa berdepan dengan `kuasa` yang
mempersoal dan menerima hukum yang diterima. Kita merasa adalah baik jika ada
elemen ihsan. Misalnyamelayan dengan baik, menasihati, turut sama memberi
dorongan, tunjuk ajar dan berusaha sama untuk kelulusan, bahkan memberi bantuan
di dalam mengatasai kaedah-kaedah kewangan. Kita bekerja untuk pihak berkuasa
dan apa yang diusahakan akan diserah kepada pihak yang berkuasa. Alangkah
baiknya jika di dalam berurusan diterap di dalamnya elemen ihsan.
Kita akur bahawa adalah hak yang berkuasa
mempaktikkan haknya ke atas pekerja-pekerja yang perlu patuh pada aturan. Tetapi adalah berfaedah dan memberi kebaikan
jika sama disertakan elemen ihsan. Sebagai contoh semasa Penulis menjadi Wakil
Rakyat, khususnya sebagai ADUN Bangi (2008-2013) Penulis telah dilantik oleh
YAB Dato` Menteri Besar Selangor , (Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid bin Ibrahim)
menjadsi Pembantu Exco bagi Evco Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu. Surat
perlantikan bertarikh 30 Mei 2008, ke akhir penggal (2013) di bawah Exco Dato`
Dr Hasan bin Mohamed Ali. Penulis diberi tugas menjaga bahagiuan Masjid dan
Pendidikan Islam di Selangor di samping
Pengerusi Perbadanan Muziun dan Adat Melayu dan diberi ruang pejabat di
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Di dalam hal ini kita boleh mengambil
pendekatan pentadbiran biasa sebagaimana diamalkan sebelumnya, tetapi kita turut mengambil pendekatan ihsan seperti:
·
Meluluskan
segera permohonan mendirikan masjid dan surau yang tidak bermasalah dan turun
padang menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Seperti menukar status tanah
kepada tanah masjid, atau menukar ruang atau menyatukan ruang bagi surau dan
masjid dan berbagai lagi.
·
Pada masa itu
ramai pekerja sementara yang tiada jaminan dan tiada masa depan. Mereka datang
mengadu dan kita tolong membantu dan mengusahakan supaya mereka mendapat status
pekerja tetap. Kita bergembira ada dari
kalangan mereka berjaya dengan pertolongan kita.
·
Dalam lawatan
kita kepada perhimpuna guru agama – Contohnya perhimpunan guru digombak, kita
menggesa mereka menubuhkan Persatuan Guru Agama Selangor untuk membela
kedudukan mereka dan masa hadapan mereka, tetapi mereka takut diambil tindakan.
Tiada Persatuan guru-guru agama seluruh Selangor hingga kini, kerana takut
ditekan.
·
Kita meneliti
kurikulum sekolah agama pada masa itu agak ketinggalan dan kita mengeluarkan pendapat
, jika ada persatuan dapat diusahan kurikulum yang lebih baik dan semasa.
·
Kita
mengetahui gaji mereka pada masa itu hanya dalam lingkungan RM400 sebulan
(Tiada rayuan dari pihak pejabat). Nasib mereka berulang kali kita bawa ke
Dewan Undangan Negeri Selangor. Al-Hamdilillah gaji mereka diperbaiki hingga
meningkat kepada RM1,200 sebulan.
·
Kita juga
meneliti pada masa itu tiada kurikulum teratur bagi pengajian-pengajian di
masjid-masjid, Dato` Dr. Hasan Ali meminta Penulis membuat rangka penyusunan
kurikulum pengajian di masjid dan penulis telah menyusunnya, walaupun apa yang
disusun ini tiada kesempatan untuk dibincangkan, tetapi inti dari susunan ini Penulis
telah terbitkan buku Panduan Pengajian di Masjid Al-Umm yang dipakai di Masjid
Al-Umm kini (Tidak rasmi).
Sesungguhnya banyak ruang lagi yang dapat
diperbaiki . Pembaikan yang dibuat ini adalah timbul dari keinsafan dan ihsan.
Ianya bukan mencanggahi peraturan. Kita boleh buat tidak tahu dan ikut saja
dengan apa yang sedia ada, tetapi tiada perubahan dan kebaikan. Ihsan adalah
timbul dari keinsafan dan keinginan memperbaiki dan mengelokkan sesuatu. Dalam
soal masjid juga banyak aspek keihsanan dapat dilakukan. Misalnya memberi
kerjasama dan pertolongan dari peringkat awal ke arah mendirikanm masjid.
Memberi nasihat di dalam melantik arkitek, kontrektor, konsultan, bahkan
menawarkan konsultan, bagaimana cara mendapat kewangan, menolong menguruskan permasalahan
mendapat CPC,CCC dan sebagainya. Walaupun masjid-surau sudah ada anekmen,
tetapi dengan elemen ihsan dapat lebih memperbaiki urusan dan perjalanan
masjid.
Sekian.
No comments:
Post a Comment