BBB, 18
Sha`ban 1439H. = 04 Mei 2018H. (Khamis):
Prinsip `aqidah adalah prinsip Takmilah. Kita
meyakini Allah Maha Kurnia. Usaha mendirikan masjid adalah usaha yang baik.
Kita mempercayai usaha yang baik disokong oleh jama`ah. Ianya menjadi modal
utama bagi kita mendirikan Masjid Al-Umm ditambah dengan ikhtiar dan tawakkal.
Di atas prinsip ini kita mula mengusahakan mendirikan Masjid Al-Umm.
Sesungguhnya pada permulaanpersetujuan
mendirikan Masjid Al-Umm, pada 4 Februari 2010, kita tidak mempunyai duit,
kecuali yang dikeluarkan dari poket ahli hanya dalam jumlah ratusan ringgit, tetapi
kita telah meletakkan target kos
pembinaan pada peringkat awal ialah RM10 juta. Yang kita lihat dari awal dan
percaya jumlah ini tidak lain datangnya dari derma orang ramai.
Pada 19
Mei 2012 - peringkat permulaan pelancaran derma bagi memungut dana Masjid
Al-Umm kewangan yang dapat dihimpun ialah RM 169,100 (RM150,000 pada hari
pelancaran). Ini adalah merupakan induk bagi modal bagi mendirikan Masjid
Al-Umm. Perkembangan selanjutnya tidak menggalakkan. Mungkin orang ramai masih
kurang yakin antara masjid boleh didiri atau tidak.
Pada 6 Januari
2013 Majlis Kenduri Kampung yang dihadiri oleh Dato` Menteri Besar
Selangor Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim di tapak Masjid. Orang ramai lebih berminat dan mau tahu
berapa jumlah yang akan diberi (janji) oleh Dato` Menteri Besar Selangor (janji
RM6 juta) dan jumlah derma yang dapat dipungut pada hari itu lebih rendah dari
Pelancaran Derma pertama. Jumlah pungutan hari itu hanyalah RM103, 665/=
sahaja.
Pada 5 Februari 2013, usaha dibuat untuk mendapat pendahuluan
daripada Kerajaan Negeri Selangor berdasarkan janji yang dibuat, lantaran duit
ada ditangan hanya RM1,359,933.41 , tetapi Kerajaan Negeri minta cari sehingga
jumlah RM6 juta dahulu.
Pihak AJK Pembangunan tidak merasa keciwa dan
berkeyakinan Allah akan mempermudahkan urusan dan ikhtiar mendapatkan derma
diteruskan pada masa permulaan Masuk
Tapak bagi permulaan membina Masjid Al-Umm iaitu pada
10.12.2013 duit ditangan hanyalah sebanyak
RM2,641,102.35.
Benarlah kata-kata orang ramai mereka mau
melihat masjid dibina dahulu, jika rangkanya kelihatan, maka dipercayai bahawa masjid benar-benar dibina.
Pada 30 April 2014, dari keyakinan orang
ramai, termasuk derma dari dari Lembaga Zakat Selangor dan Dato` Dr. Haron Din maka jumlah derma yang didapati
ialah RM6,989,318.57. Daripada jumlah ini mulai dibayar kepada konbtrektor
RM1.5 juta bagi kerja-kerja dilakukan.
Dengan kedudukan kewangan yang agak kukuh,
maka pembangunan menjadi rancak.
Pada 30 September 2015 pendapatan dari derma
berbagai berjumlah RM12,461,901.68. Dengan kegiatan pembangunan, maka bayaran dibuat
meningkat iaitu sebanyak M11.178,393.01.
Baki kewangan
ditangan ialah RM1,283,508.67.,
Mesyuarat Bil (27) bertarikh 8.3.2016 dikenal
pasti tentang kos bagi Masjid Al-Umm yang makin meningkat – Kos keseluruhan
ialah RM18,723,465.35
Bayaran yang dibuat RM14,452,17522
Pada masa ini dikenalpasti bahawa kewangan
yang perlu dicari ialah RM4,271,29013
Pada 9.9.2016 Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan peruntukan melalui Dato` Dr.
Haron Din berjumlah RM4 juta. Dijangka dengan jumlah ini dapat diselesaikan
hutang dan bayaran pada kontrektor.
Namun masalahnya banyak penambahan yang
dilakukan pada bangunan yang memerlukan kepada diangkat plan perubahan
berkenaan kepada MPKj juga meningkatkan kos pembinaan.
Hingga akhir Disember 2017 kos keseluruhan
dikenalpasti RM21,130,374.10
Perbelanjaan dibuat sebanyak 87%, iaitu
sebanyak RM18,071,441,52.
Adalah diperlukan kewangan bagi menyelesaikan
bayaran sebanyak RM3.5 juta.
Namun kita meyakini pertolongan Allah dan
derma dari orang ramai jumlah hutang tersebut kini semakin kurang dengan adanya
derma berterusan dari orang ramai.
Sekian.
No comments:
Post a Comment