BBB, 01
Ramadshan 1439H. = 17 Mei 2018M. (Khamis):
Sebagaimana disebutkan bahawa Ahli
Jawatankuasa Pembinaan peringkat awal ( 4 Februari 2010) ada keistimewaan
sebagai kalangan yang disifatkan sebagai `Al-Sabiqun al-Awwalun` dan ada
jasa-jasa yang telah dilakukan sebagaimana telah dibincangkan, namun begitu ada
kelemahan-kelemahan. Antara mereka mungkin tidak yakin bahawa masjid dapat
didirikan, jadi ada yang langsung tidak hadir ke mesyuarat. Kalangan muda yang diharap
tenaga muda mereka dapat membantu usaha mendirikan masjid, tidak
bersungguh-sungguh dan menghilangkan diri. Ada yang bertindak, oleh kerana ia
sebagai kontrektor membuat pembersihan tapak, tanpa rundingan dan membuat
tuntutan yang agak tinggi. Cara yang
bercanggah dengan etika yang boleh disifatkan sebagai ada `conflict of interest` menyebabkan
terganggunya kelicinan usaha pembangunan.
Kejayaan jawatakuasa awal ini, pada bahagian mutakhir ialah melancarkan Tabung Derma Masjid Al-Umm.
Mulai dari pertengahan tahun 2012 ini
Jawatankuasa Pembinaan Masjid mempunyai
perancangan bagi menjemput YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Dato`
Menteri Besar Selangor. Adalah difikirkan dengan jawatankuasa yang ada, setelah
sebahagian tidak hadir, maka perlu
ditambah dengan jawatankuasa yang baru yang berpengalaman dan dapat memberi
cadangan-cadangan yang membina. Maka
terbentuklah jawatankuasa gandingan antara yang lama dengan yang baru. Mereka
terdiri dari:
YB Dr. Shafie Abu Bakar Pengerusi
Haji Hussin bin Yunos – Setiausaha
Haji Mohd. Nor bin Yasin Bendahari
Haji Abdul Rahman bin Daud (Menawar diri menggantikan
Imam Supaat Abdul Rahman berundur –
sakit)
Haji Raja Fuaddin bin Raja Ahmad (Baru – Arkitek)
Haji Ahmad bin Hasbullah
Haji Omar bin Ja`far (Baru – Pendaftar UKM)
Haji Ghazali Husin (Baru -Ir dan Kontrektor)
Haji Mohd. Kalok bin Latiff (Baru – Pendaftar
UPM)
Haji Mohd. Ghazali bin Abbas
Turut dilantik
Setiausaha kerja, iaitu Nik Muhammad Adham bin Nik Anuar (13 Ogos 2012).
Jawatankuasa ini kelihatan lebih berwibawa,
kerana ada di dalamnya arkitek, kontrektor dan kalangan pentadbir yang
berwibawa. Kalau dulu, walaupun sudah dibincangkan mengenai plan bagi Masjid
Al-Umm, tetapi masih belum menjadi kenyataan secara berpelan, tetapi pada kali ini
oleh kerana adanya arkitek di dalam jawatankuasa, maka Tuan Raja Fuaddin bin
Raja Ahmad berjaya menyediakan plan pembangunan bagi Masjid Al-Umm.
Dengan adanya beberapa pegawai yang
berpengalaman di dalam pentadbira seperti En. Omar Ja`far dan Tuan Haji Mohd,.
Kalok bin A. Latiff, maka kaedah pentadbiran berlaku penubahan kepada yang
lebih teratur. Antaranya jawatankuasa ini membuka fail yang baru dan mengadakan
mesyuarat secara lebih teratur dan mesyuarat pertama (Bil. 1/2003) diadakan
pada 8 Januari 2013 jam 9.30 malam bertempat di Pejabat Persatuan Penduduk
Bandar Baru Bangi, Medan Selera, Seksyen Satu, 43650 Bandar Baru Bangi.
Kejayaan jawatankuasa ini dapat mengadakan
Majlis Mesra Kenduri Kampung yang
dihadiri Dato` Menteri Besar Selangor ke Tapak Masjid Al-Umm pada 6 Januari
2013. Dato` Menteri Besar merasmikan tapak Masjid `Pecah Tanah` dan antaranya
beliau berucap,. Bahawa pihak Kerajaan Negeri Selangor akan menderma
berdasarkan dapati dolar to dolar kepada jumlah RM6 juta. Bila mendapat derma sejumlah RM6
juta, maka kerajaan Negeri Selangor akan memberi peruntukan Kerajaan Negeri
sejumlah juga RM6 juta. Pada majlis ini juga dipamerkan plan Masjid Al-Umm dan disaksikan oleh Dato`
Menteri Besar Selangor. Dengan janji dibuat jawatankuasa bersyukur dan mereka
bekerja lebih kuat, terutama usaha bagi mendapat wang sejumlah RM6 juta bagi melayakkan untuk mendapat RN6 juta lagi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment