May 24, 2018

TEKANAN UNTUK MENGGUNAKAN MASJID AL-UMM: USAHA MENDAPATKAN CPC



BBB, 07 Ramadhan 1439H. = 23 Mei 2018M. (Rabu):
Setelah pembinaan berlangsung 4 tahun ( Masuk tapak 10 Dis. 2013-2017), bahkan 7 tahun dikira dari peringkat persediaan (Perlantikan jawatankuasa pertama 4 Februari 2010), iaitu satu tempoh yang lama dan tertekan. Pengerusi dan Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm menghadapi  tekanan
Tekanan dari penduduk yang berulangkali bertanya, bilakah lagi Masjid Al-Umm mau digunakan, lantaran dilihat dari luar sudah siap. Atas tuntutan mereka - sebenarnya pihak Jawatankuasa telah cuba menggunakan Masjid Al-Umm beberapa Ramadhan sebelum  rancangan dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor `Tak Jadi`. Alasannya ialah Masjid Al-Umm  belum siap.
Tarikh perasmian oleh Tuanku adalah paling dekat dengan kemungkinan penggunaan, kerana Masjid Al-Umm termasuk dalam kalendar perasmian oleh DYMM Tuankku Sultan Sharafuddin Idris Shah, iaitu pada 8 Ramadhan 1438H. bersamaan 3 Jun 2018M.
Bagi perasmian ini Ahli Jawatankuasa mengadakan siri mesyuarat sehingga ke peringkat  mingguan,  menghadiri taklimat di Pejabat Daerah, bahkan hingga ke mesyuarat penyelarasan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Tetapi dengan lawatan oleh Pengarah JAIS, sebelum Ramadhan  didapati Masjid Al-Umm tidak benar-benar siap, syarat mendapat CCC tidak diperolehi dan rancangan perasmian dibatalkan. Ianya adalah merupakan kekeciwaan bagi semua pihak, khususnya penduduk Bandar Baru Bangi. Pihak Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm, terpaksa beberapa kali membuat penerangan kepada Pengerusi-Pengerusi Surau yang dijangka di bawah Masjid Al-Umm dan penerangan kepada penduduk.
Atas tekanan yang dialami oleh Jawatankuasa, usaha dilakukan seperti membuat lawatan ke Masjid Bandar Seri Putera pada 23 Muharram 1439 bersamaan 13 Oktober 2017 bagi mendapat maklumat bagaimana kaedah dan pendekatan masjid itu bagi penggunaannya  hingga kini. Adalah dimaklumkan kepada AJK bahawa Masjid itu digunakan selepas mendapat CPC dan digunakan sehingga kini.
Bagi menunaikan harapan penduduk pihak Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm memfokuskan usaha ke arah mendapat CPC terlebih dahulu.
Sebuah Mesyuarat Khas bagi membincangkan kemunmgkinan mendapat CPC  diadakan di Pejabat Penulis pada 5 Safar `1439H. = 25 Oktober 2017. Hadir adalah:
Dr. Shafie Abu Bakar – Pengerusi
Ir. Tuan Haji Ishak bin Arshad  - Timbalan Pengerusi
Tuan Haji Mohd. Nor bin Haji Yasin – Bendahari
Tuan Haji Abdul Rahman Daud AJK
Saudara Marzuki Kerani Kewangan Pejabat Masjid Al-Umm
Tuan Haji Marzuki bin Omar – Kontrektor
Saudara Abdul Razak Abdul Rahman Site Agent bagi Tekad
Saudara Iqbal Sub Contractor  (M & E)
Halangan ialah dari bahagian  M & E (Mechanical dan Electrical). Mereka menuntut untuk menyiapkan kerja pada peringkat akhir air-cond. perlu kepada bayaran tuntutan.
Pihak kontrektor dan sub kontrektor menuntut sebanyak RM150,000.
Pihak Jawatankuasa menuntut jaminan bahawa kerja yang bertangguh itu dapat disiapkan, sekiranya bayaran tuntutan berkenaan dijelaskan. Satu perjanjian kecil dibuat dengan pengakuan dan tanda tangan dari Pengerusi, Kontrektor, Bendahari dan pihak sub-Kontrektor (M&E).
Tandatangan bertarikh 26 Oktober 2017= 06 Safar 1439H.
Pihak arkitek memerlukan kelulusan dari pihak kontrektor untuk pertimbangan bagi mendapat CPC. Selepas bayaran dalam tempoh tiga minggu kerja-kerja electrical –Air Cond. insya Allah janji disiapkan.
Adalah diharapkan bahawa melaluiu CPC Masjid Al-Umm dapat digunakan secara terhad.
Sekian.

No comments:

Post a Comment