BBB, 6 Ramadhan 1439H. = 22 Mei 2018M.
(Selasa):
Pada dasarnya hingga akhir tahun 1438H. =
September 2017, pembinaan fizikal Masjid Al-Umm sudah lengkap, kecuali terikat
dengan beberapa syarat formal pihak berkuasa. Jadi sesudah 4 tahun pembinaan,
Jawatankuasa memikirkan wajar digunakan,
selepas beberapa ikhtiar dilakukan.
Tahap yang bakal dihadapi ialah tahap
pengisian atau `Takmilah Pengimarahan`.
Oleh kerana pada tahap ini, selain dari berterusan soal pembangunan dan menyelesaikan
yang tidak sempurna (termasuk soal
hutang), kami perlu bersedia dengan
kegiatan ibadah, pengisian dengan kegiatan keilmuan dan kemasyarakatan. Salah
satu yang difikirkan ialah mentakmilah
dari segi tenaga manusia. Secara kebetulan hingga ke masa ini, ada keperluan bagi mengisi kekosongan di samping
penambahan bagi keperluan bidang terutama keilmuan. Beberapa tokoh berwibawa dirancang menjadi Ahli Jawatankuasa Pembangunan
dan Pengimarahan Masjid Al-Umm, mereka iaitu:
a) Sebagai Penaung
·
Profesor Dato`
Dr. Halim Tamuri Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Bekas
Pensyarah di Fakulti Pendidikan UKM. Namanya dicadangkan oleh Pengerusi di
dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan kali ke 77 bertarikh 24
Syawal 1438H. bersamaan 18 Julai 2017.
Cadangan perlantikan ini adalah bagi mengisi kekosong Penaung, setelah Penaung Pertama
Dato` Dr. Haron Din (dilantik 6/7/2013M.) meninggal pada 16 September 2016M.
b) Sebagai Ahli Jawatankuasa
·
Profesor Dr.
Abdul Razak Hamdan, diatas kepakarannya di dalam bidang IT, beliau dilantik
dalam hubungan Masjid mempunyai bidang IT dan diharap beliau dengan
kepakarannya di dalam bidang IT di UKM dapat memberi cadangan pembinaan
rangkaian IT di Masjid Al-Umm dan aplikasinya .
·
Dr. Saudah
bt. Haji Hasan, Pensyarah bahasa `Arab di Jabatan Bahasa `Arab dan Tamadun
Islam di Fakulti Islam UKM, Beliau diharap mengetuai dan mewakili muslimat Al-Umm di dalam jawatankuasa.
·
Dr. Abdul
Rahman Mahmud, Ketua Pusat Islam (Masjid
UKM), diharap kepakarannya megendalikan pentadbiran Masjid UKM dapat menyalurkan pengalamannya ke Masjid
Al-Umm.
·
Dato` Dr.
Abdul Wahid Shamsuddin, Bekas Timbalan Naib Canselor UKM. Diharap pengalamannya
di dalam bidang pentadbiran dapat membantu melicinkan pentadbiran di Masjid
Al-Umm.
·
Puan Maznah
Bt. Ibrahim – Dicadangkan oleh Dr. Sobri
Harun, tapi tidak pernah muncul dan tidak pernah datang mesyuarat – digugurkan.
·
Prof. Dr.
Amran bin Abdul Kadir dari Fakulti Sains, UKM.
·
Saudara
Faisal bin Arshad (Lantikan terbaru – Mac 2018), mewakili golongan belia.
Mereka dialu-alukan oleh Pengerusi di dalam
mesyuarat Bil. (80) bertarikh 4 Safar 1439H. bersamaan 24 Oktober 2017.
Pengerusi mengharap dengan perlantikan mereka
akan mengukuhkan barisan pentadbiran di Masjid Al-Umm dan dapat meningkatkan
prestasi Masjid Al-Umm di dalam berbagai kegiatan yang bakal diadakan.
Perlantikan mereka juga sebagai pelapis yang bakal
mengambil alih pentadbiran Masjid Al-Umm bila diserahkan kepada JAIS dan diadakan
pemilihan secara rasmi sebagaimana dikehendaki diadakan mesyuarat agung pemilihan
seperti masjid-masjid yang lain.
Pengalaman dan kepakaran mereka di dalam
berbagai bidang diharap dapat meningkatkan imej Masjid Al-Umm terutama di dalam
bidang keilmuan yang tidak saja akan menganjurkan pengajian biasa sebagaimana
masjid-masjid lain, tetapi pengajian bertahap tinggi bersifat akademik.
Mereka juga diharap dapat memberi fikiran dan
kerjasama di dalam berbagai bidang yang dianjurkan, khususya apabila Masjid
mula diguna dan diimarahkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment