BBB, 28 Sha`ban 1439H. = 14 Mei 2018M.
(Isnin):
Sebagaimana telah disebutkan bahawa insan adalah
faktor Takmilah Utama dalam pembinaan Masjid Al-Umm. Namun dari
awal diakui meskipun hasrat mendapat tenaga manusia terbaik dan Takmilah dari
segi insan dalam hubungan dengan pembinaan Masjid Al-Umm, namun sudah pastilah tidak sampai kepada wibawa tertinggi dari segi
Takmilah. Dilihat kepada keperluan Takmilah keinsanan bagi pembinaan maka tidak
semua ada. Faktor –faktor yang
dimaksudkan dapat dirumuskan kepada sepuluh perkara, iaitu:
1) Kemahuan
2) Niat 3) Keilmuan 4) Kemahiran
5) Keperluan
6) Pengalaman
7) Sokongan 8) Kerjasama 9) Kewangan
10) Ikut aturan
Jemputan kepada
perbincangan untuk mendirikan Masjid Al-Umm pada peringkat awal adalah lebih
kepada autoriti, di samping tidak menafikan dari adanya unsur-unsur di atas.
Selain dari Penulis
sebagai Adun Bangi pada masa itu (Tubuh J/K 4 Februari 2010), maka elemen
autoriti terhadap mereka yang dijemput
seramai tiga puluh orang ialah:
Sebagai Yang
Dipertua Penduduk Bandar Baru Bangi, iaitu Dr. Tajul Ariffin Noordin.
Pengerusi Surau atau
Wakil seperti Tuan Haji Mohd. Ghazali Abbas Pengerusi Surau Al-Nur, Ustaz Ahmad
bin Haji Hasbullah Pengerusi Surau Damai, Imam Supaat bin Haji Abdul Rhman
Pengerusi Surau Al-Umm dan Dr. Abdul
Rahim Samsuddin Pengerusi Surau Al-Ihsan, manakala yang lain ada faktor sebagai
orang muda, berpengalaman, berpotensi dari segi kewangan:
Mereka yang dilantik
menjadi Jawatankuasa permulaan ialah:
YB Dr. Shafie Abu
Bakar - Pengerusi (Sebagai Wakil Rakyat dan mempunyai jaringan hubungan dengan
pihak atasan).
Tuan Haji Mohd.
Ghazali Abbas. Timbalan Pengerusi. Giat di dalam mengadakan aktiviti di Surau
Al-Nur. Bekas Pustakawan UKM.
Tuan Haji Hussin bin
Yunos. Setiausaha, berpengalaman dari
segi pentadbiran. Pegawai di PKNS dan Percukaian Negara.
Mohd Nor bin Haji
Yasin, Bendahari. Bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
Ahmad bin Haji
Hasbullah, AJK, seorang pendidik dan
Pensyarah Maktab Perguruan.
Imam Supaat bin
Abdul Rahman, Guru, Bekas Pensyarah di Maktab Perguruan Islam Bangi.
Dr. Abdul Rahim
Samsuddin , Pensyarah di Fakulti Sains UKM. Pengerusi Surau Al-Ihsan.
Mohd Nesai Osman,
Konrektor dan dijangka berkedudukan dari segi kewangan. (Dicadang tanpa hadir,
tak pernah hadir mesyuarat, tetapi menjadi penderma sejumlah RM1 juta – Terima kasih).
Haji Abdul Rahman, Bekas
technician di Mardi.
Mohd Nazar Osman –
Usahawan
Mohd Said bin Mohd
Yunus - Kontrektor
Yang lain-lain
adalah golongan muda seperti: Fah dee bin Faisal, Mohd Hafiz bin Suib, Amin bin
Othman.
Dalam kata lain
tidak ada kesempurnaan pada satu individu. Namun dengan adanya kepelbagaian
bidang dan pengalaman diharap dapat memenuhi sepuluh kriteria yang disebutkan
di atas. Misalnya diharap semua mereka berkemahuan dan bersemangat untuk
membina masjid dan diharap mereka semuanya ikhlas dalam usaha membina rumah
Allah. Ramai daripada mereka
berkebolehan dari segi kepimpinan dan berpengalaman di dalam berorganisasi. Ada
dari mereka adalah kontrektor, maka dari pengalaman mereka dapat menguruskan
pembangunan Masjid Al-Umm. Beberapa dari mereka adalah mereka yang kukuh dari
segi kewangan yang dijangka dapat membantu dari segi mendapatkan dana. Dengan
semua diharap melengkapkan kriteria
sepuluh di atas.
Walau bagaimana
sebagaimana biasa di dalam berorganisasi dan bersama berusaha ke arah membina masjid, sebahagian dari
mereka tidak bersikap sebagaimana diharapkan. Ada yang dicadangkan tanpa hadir
dan diuberi jaminan oleh pencadang, tetapi tidak pernah menghadiri mesyuarat,
walaupun sekali. Beberapa kalangan muda satu persatu menghilangkan diri. Tenaga
muda muda mereka tidak dapat dimanfaatkan.
Seorang dua daripada mereka hilang begitu sahaja. Walau bagaimana
ketidakhadiran dan kehilangan sebahagian daripada mereka tidak menjejaskan
perjalanan jawatankuasa menggerakkan daya usaha bagi membina Masjid Al-Umm.
Sekian.
No comments:
Post a Comment