BBB, 24 Sha`ban 1439H. = 10 Mei 2018M.
(Khamis):
Sesungguhnya pembinaan Masjid Al-Umm yang
dijangka (perjanjian dengan kontrektor)
sepatutnya hanya memakan masa selama 76 mingga (bermula dari
10.12.2013), kini sudah lebih empat tahun. Satu tempoh yang lama. Orang ramai tertanya-tanya, dan pihak Ahli
Jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan juga tertekan dengan desakan orang
ramai agar menggunakan masjid, sedang usaha menggunakan masjid terhalang oleh
hujah dan syarat perlu mendapat CCC.
Sesungguhnya tidak kurang dari lima kali
perancangan dan percubaan menggunakan masjid:
·
Percubaan
pertama kali ialah sempena Ramadhan 1436/ Mei 2015, kerana pada masa itu ruang
utama bagi masjid sudah siap dan sudah ada api dan air tidak rasmi, tetapi
penggunaan ini tidak disetujui oleh pihak kontrektor dan arkitek.
·
Percubaan
kedua ialah penggunaan bagi sambutan Idul Adhha 1436H. pada September akhir
2015, tetapi tidak juga dapat digunakan.
·
Percubaan
penggunaan pada Ramadhan 1437H bersamaan bulan Jun 2016, walaupun bangunan
kelihatan lebih 95% siap, tetapi masih tidak dapat digunakan.
·
Harapan yang
lebih jelas bagi penggunaan ialah apabila Masjid Al-Umm masuk dalam program
lawatan dan perasmian Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Sultan Negeri
Selangor pada 8 Ramadhan 1438H.
bersamaan 3 Jun 2017 dan persediaan telah dibuat secara intensif, tetapi
sebagaimana dimaklum perancangan ini dibatalkan oleh kerana tidak sempat
mendapat CCC.
Walaupun hasrat dapat menggunakan Masjid
Al-Umm selepas dirasmikan DYMM Tuanku Sultan Selangor masih tidak jadi, tetapi
usaha bagi menggunakan masjid, walaupun secara terhad tidak pernah padam,
bahkan beberapa mesyuarat diadakan bagi mencari kaedah terbaik bagi menggunakan
Masjid Al-Umm.
Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid
Al-Umm kali ke 78 bertarikh 29 Zulkaedah 1438H. bersamaan 22 Ogos 2017 misalnya
membincangkan penggunaan Masjid Al-Umm. Pihak Ahli Jawatankuasa berpendapat,
halangan ialah kelulusan yang dikenali dengan CCC, adapun infra-struktur dan
persediaan adalah lengkap, khususnya selepas tertangguhnya perasmian, bahkan
dikatakan, sekiranya kebenaran diberi hari ini, maka sebenarnya masjid dapat
digunakan pada hari yang sama atau keesokannya, kerana keperluan untuk bersolat
secara terhad adalah telah sedia.
Fokus perbincangan pada mesyuarat itu ialah
kaedah bagi menggunakan Masjid Al-Umm, dan paling minimum ialah dengan mendapat
CPS (Penggunaan Terhad). Adalah disebutkan kalau dapat diusahakan bagi mendapat
CPC ialah melalui sokongan Ahli Parlimen Hulu Langat dan juga ADUN Bangi. Ada yang menyebut penggunaan
selepas mendapat CPC ini dilakukan oleh Masjid Puchong.
Tetapi Ahli
Jawatankuasa diperingatkan dengan berita, Sinar Harian bertarikh Sabtu 23 Sha`ban 1438H. bersamaan 20 Mei 2017 yang berjudul:
``Solat Juma`at Di
Batalkan``
Puchong:
Kira-kira seribu jama`ah Masjid Kampung Seri Aman Puchong terkejut
apabila dimaklumkan, ``Tiada solat Juma`at di masjid itu semalam atas arahan
MAIS.``
(Sinar, 20 Mei, 2017, hlm. 39).
Perbincangan lanjut mencadangkan, bahawa
konsep penggunaan yang kita cadangkan selepas mendapat CPC adalah terhad kepada
solat berjama`ah dan tidak solat Juma`at yang untuk mendirikannya perlu membuat
permohonan kepada JAIS dan mendapat keizinan terlebih dahulu.
Menurut pendapat, antaranya arkitek,
bahawa
air dan letrik sudah sedia, adapun kerja-kerja kecil seperti lindungan dari tempias yang dilakukan oleh
Majleza tidak menghalang dari kelaytkan mendapat CPC, tetap[i pintu pagar
keselamatanm perlu disiapkan.
Selain dari mesyuarat di atas, diadakan juga mesyuarat
yang memberi tumpuan pada menggunakan Masjid Al-Umm seperti
Mesyuarat pada 7 September 2017 yang antaranya meneliti kaedah-kaedah yang
terbaik mendapat CPC bagi penggunaan Masjid Al-Umm, bersamanya juga
dibincangkan kaedah `Testing and commissioning ` yang dilakukan oleh MPKj bagi mendapat kelulusan CCC
sepenuhnya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment