May 12, 2018

PERTEMUAN DENGAN AJK MASJID SERI PUTERA



BBB, 25 Sha`ban 1439H. = 11 Mei 2018M. (Juma`at):
Dalam usaha untuk menggunakan Masjid Al-Umm sebagai usaha meringankan tekanan masyarakat yang maukan Masjid Al-Umm digunakan segera, maka antara pendekatan yang diambil ialah mencari contoh penggunaan masjid baru, antaranya ialah Masjid Seri Putera.
Usaha bagi mendirikan Masjid Seri Putera ini dilakukan sejak tahun 2001 lagi, iaitu sejak Penulis menjadi ADUN  Kajang (1999-2004). Bangi, termasuk Seri Putera dan Bukit Mahkota termasuk di dalam kawasan Bangi di bawah DUN Kajang. Pada peringkat awal sebagaimana Bandar Baru Bangi peringkat permulaan Seri Putera tidak ramai dihuni. Peringkat awal kita mengusahakan bagi mendapat sekolah agama Seri Putera dan berikut dari pembangunan sekolah agama ditapak yang sedikit berbukit itu, turut diusahakan bagi mendirikan Masjid Seri Putera, iaitu dengan menggunakan sebahagian dari tanah Sekolah agama Seri Putera. Kempen bagi pelancaran derma bagi membina Masjid Seri Putera adalah dilangsungkan dari  kawasan sekolah berkenaan. Penulis selaku Adun pada masa itu,telah melancarkan dua kali majlis pungutan derma bagi mendirikan Masjid Seri Putera. Kos projek bagi mendirikan Masjid Seri Putera pada masa itu adalah sebanyak RM7 juta, tetapi kemudian turut bertambah kepada lebih dari RM10 juta. Masjid lebih awal disiapkan, iaitu sekitar 2007. Lokasinya berdepan dengan bangunan Sekolah Menengah Seri Putera.
Sebagai kawasan yang telah biasa dan Tuan Ir. Haji Ishak  Arshad Timbalan Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm sering ke Masjid berkenaan, kerana ada anaknya tinggal berdekatan dengan masjid berkenaan, maka beliau telah mengadakan perbincangan bagi melawat Masjid berkenaan. Pihak masjid tidak berkeberatan lantaran ada hubungan, bahkan mereka mengingati bahawa Penulis adalah sebagai Penaung Pertama bagi pembinaan masjid berkenaan. Sebelum ada Masjid Seri Putera penduduk menumpang berjamaah di Masjid Kampus Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) di Seri Putera.
Persetujuan diambil dengan urusan Ir. Tuan Haji Ishak bahawa lawatan ke Masjid Seri Putera adalah pada malam hari Juma`at 13 Oktober 2017 bersamaan 23 Muharram 1439H., iaitu selepas solat Isha`.
Yang hadir pada malam itu dari Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm ialah:
Dr. Shafie bin Abu Bakar selaku Pengerusi
Ir. Tuan Haji Ishak bin Arshad selaku Timbalan Pengerusi
Tuan Haji Hussin bin Yunos Ahli jawatankuasa
Ustaz Ahmad bin Hasbullah Ahli Jawatankuasa
Tuan Haji Mohd. Kalok  bin Latif Ahli Jawatankuasa.
Pihak Masjid Seri Putera dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Lama dan Baru, diketuai oleh:
Dr. Mohd Fisol Timbalan Nazir (Nazir Dr. Mohd. Farid Ravi, tidak dapat hadir, kerana ada urusan di luar.
En. Azli Arifin Setiausaha
Dato` Dr. Abdul Rahman Pengerusi Pembangunan Masjid
Tuan Haji Muhammad Yusof yang menyebut nama Penulis  sebagai Penaung Awal.
Dan 10 orang dari jawatankuasa lama dan baru yang sengaja datang kerana meraikan kami.
Kami datang sempat solat maghrib dan mengikuti pengajaran guru antara maghrib-Isya` dan seterusnya solah Isha`. Kahadiran agak ramai dan memang dikatakan Masjid Seri Putera ialah masjid yang maju dan pernah mendapat penghargaan sebagai antara masjid terbaik di negeri Selangor.
Perbincangan diadakan di dalam bilik mesyuarat masjid berkeaan. Sambil minum dan menikmati juadah yang disediakan kami membincangkan tentang kegiatan masjid yang aktif itu. Derma yang agak tinggi sebagai kutipan mingguan dan lebih dari kos operasi. Masjid mempunyai beberapa imam yang ditanggung oleh masjid dan penuh dengan kegiatan keilmuan.
Yang terpenting bagi kami ialaha jawapan apabila dikemukakan, bagaimana permulaan Masjid Seri Putera digunakan,
Menurut Timbalan Pengerusi, mereka menggunakan Masjid Seri Putera selepas mendapat CPC, dan hingga ke masa lawatan kami itu, tidak ada  CCC.
Kami berpuashati menerima maklumat ini  dan insha Allah menjadi contoh bagi kami untuk dituruti oleh Masjid Al-Umm.
Lebihkurang jam 10.30 malam kami memohon diri dan mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Masjid Seri Putera kerana sudi menerima kunjungan kami.
Sekian.

No comments:

Post a Comment