May 19, 2018

KEMANTAPAN JAWATANKUASA: PERKARA-PERKARA PERLU DIAMBIL TINDAKAN



BBB, 02 Ramadhan 1439H. = 18 Mei 2018M. (Juma`at):
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm yang diperkemaskan bagi menerima Lawatan Dato` Menteri Besar Selangor ke Tapak Masjid Al-Umm pada 6 Januari 2013 adalah jawatankuasa mantap (Mereka ialah YB. Dr.Shafie Abu Bakar (Peng.), Hj.Hussin Yunos (S/U), Hj. Mohd. Nor (Bendahari), AJK - Hj. Mohd. Ghazali Abbas, H. Ahmad Hasbullah, Haji Omar Jaafar, Dr. Tajul Ariffin, Hj. Mohd Kalok, Hj. Ghazali Hussin, Haji Ishak Arshad, Raja Fuaddin dan Haji Abdul Rahman Daud).
Berikut dari perasmian tapak, maka diambil beberapa keputusan penting.
Bahawa pembinaan fizikal bagi Masjid Al-Umm hendaklah dilakukan dalam tempoh setahun dari tarikh perasmian tapak.  Sebelum tiba tarikh permulaan pembinaan (Masuk Tapak) beberapa persediaan penting perlu dilakukan. Antara persediaan penting ialah:
·         Peruntukan kewangan yang melayak dan membolehkan pembinaan permulaan dapat dilakukan. Pada masa itu harapan utama adalah terhadap janji Dato` Menteri Besar Selangor yang Kerajaan Negeri Selangor sanggup memperuntukkan sejumlah yang dapat dipungut oleh Ahli Jawatankuasa menyamai sehingga jumlah tertinggi RM6 juta. Dalam jangkaan pada masa itu pihak Jawatankuasa dapat memungut sebanyak RM12 juta.  Digerak oleh insentif dari kerajaan Negeri itu, memberi semangat kepada Ahli Jawatankuasa memungut derma sebanyak dan sesegera yang mungkin sehingga berjumlah RM6 juta.
·         Memandangkan bahawa bila tiba pada peringkat pembinaan, banyak perkara yang berhubung dengan teknikal, maka seorang ahli yang berpengalaman di dalam urusan pembangunan, iaitu Tuan Haji Omar Jaafar, Pentadbir Pembangunan Kampus UKM, mencadangkan bahawa di bawah Jawatankuasa Induk wajar ditubuhkan `Jawatankuasa Teknikal`  yang akan mengurus bahagian teknikal. Cadangan bernas beliau diterima oleh mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan sebagai Jawatankuasa Induk. Orang yang ditunjukkan bagi mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal ini ialah Ir. Tuan Haji Ishak Arshad yang baru dimasukkan ke dalam Jawatankuasa Induk pada bulan Ogos 2012. Beliau adalah Ir. Pembangunan fixikal kampus UKM.
·         Mulai dari awal tahun ini  (2013), pihak arkitek yang dipilih iaitu URUSBINA Maju Sdn. Berhad perlu menyiapkan plan pembinaan Masjid Al-Umm. Plan awal bagi Masjid Al-Umm telah disiapkan secara kasar dan belum lengkap dan telah dipamerkan pada hari Perasmian Tapak dan telah ditunjukkan kepada YAB Dato` Menteri Besar Selangor. Walau macam mana  plan ini perlu disempurnakan, antaranya dibincangkan di dalam mesyuarat-mesyuarat Ahli Jawatankuasa pembinaan dan ianya akan berlaku banyak pindaan sebelum diangkat kepada pihak MPKj. Bila diangkat kepada MPKj,  tidak mudah diluluskan dan biasanya dipersoal dan menghadapi pindaan-pindaan. Turun naik plan kepada pihak MPKl memakan masa, Pengalaman yang dilalui untuk mempastikan masalah pihak AJK Pembinaan terpaksa membuat temu janji dengan pihak MPKj membincangkan masalah dan keperluan kepada pembaikan sebelum ianya diterima dan diluluskan oleh pihak MPKj.
·          Dalam perancangan  bahawa pembinaan hendaklah dilakukan dalam tempoh setahun dari perasmian tapak oleh Dato` Menteri Besar Selangor, maka sebelum tiba tarikh mulai `Masuk Tapak, maka hendaklah dikenalpasti kontrektor mana yang dipilih bagi memulakan pembinaan. Untuk mendapat kontrektor, maka hendaklah bersifat telus dan iklan bagi memilih kontrektor yang bersesuaian dan berkelayakan. Iklan bagi memilih kontrektor ini hendaklah dilakukan sesegera yang mungkin. Pihak kontrektor akan dijemput bersama di dalam mesyarat teknikal dan jika perlu diminta hadir di dalam mesyuarat Induk
·         Bagi aspek-aspek penting yang melibatkan imej, identiti. Seperti Kubah, walaupun perkara ini boleh diusahakan  oleh kontrektor, tetapi pihak AJK bersetuju ianya diiklan secara berasingan bagi mencari sub-kontrektor yang mampu merekabentuk dan design yang dikehendaki oleh Jawatankuasa.
·         Kepeluan-keperluan yang lain, ialah bagi mendapat perunding-perunding bagi perunding awam, elektrical dan ukur bahan, sebut harga dan sebagainya. Ini bagi menjaga kepentingan  agar idak berlaku penyelewengan.
Kesempurnaan perancangan oleh pakar-pakar berkenaan, insya Allah akan menghasilkan masjid yang memuaskan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment