BBB, 18 Sha`ban 1439H. = 04 Mei 2018M.
(Juma`at):
Membina masjid adalah amalan kebajikan, insya
Allah mendapat ganjaran di sisi Allah, ``Berlumbalah Membuat Kebajikan``
(Al-Ma`idah: 48). Seterusnya amalan yang baik sama dinikmati oleh berbagai
pihak agar nikmatnya meluas yang merupakan juga Takmilah Amalan. Perkara ini
sebenarnya disedari orang, yang kurangnya kami tidak mampu meluaskannya kepada
orang ramai secara berkesan. Walau bagaimana kita bersyukur sebuah masjid yang
dikenali sebagai Masjid Al-Umm mampu dibangun berasaskan derma dari orang ramai
– Hendaknya juga berasaskan taqwa.
Pada dasarnya kutipan berakhir Disember 2017
adalah berjumlah RM20,232,289.56 adalah
merupakan derma dari berbagai pihak. Jika dikategorikan derma adalah secara
kasarnya sebagaimana berikut.
(Sebahagian daripada derma adalah melalui bank
yang tidak diketahui siapa penderma. Dan kita tidak berhasrat mau mendedahkan
nama penderma secara individu, kerana menjadi hasrat mereka tidak mau dikenali
atau tidak mau dihebahkan nama mereka. Apa yang disenaraikan lebih kepada nama
inatitusi:
Antara yang dikenalpasti ialah:
Dari Kerajaan Negeri
·
9 September
2016 Kerajaan Negeri Selangor Darul
Ehsan sebanyak RM4 juta
Dari Institusi
·
24 April 2014
Lembaga Zakat Negeri Selangor RM1.8 juta
·
10 Mac 2017 Bank Mu`amalat RM535,000
·
Sebelumnya
Bank Mu`malat pernah derma RM 25,000
·
April 2018
Bank Rakyat dan sebelumnya
RM 20,000
Dari individu (melebihi RM1 juta
·
4 Januari
2014 – Tuan Guru RM1.7 juta
·
2015 individu
dari Mutiara Bangi
RM1 juta
·
19.11.2015
individu melalui Dato` Dr. Haron Din RM50 ribu
·
25.11.2015
individu melalui Dato` Dr. Haron Din RM1 juta
Pelancaran
·
19 Mei
2012 Pelancaran derma (RM100 ribu dari
seorang indiuvidu) RM150 ribu.
·
6 Januari
2013 Majlis Kenduri Kampong (di hadapan Masjid Al-Umm) RM 103,665
Derma orang ramai ini, antaranya:
·
Melalui 10
Pemungut derma yang ditauliahkan oleh MAIS
·
Melalui Tabung yang diletak di Masjid seperti di
Masjid Al-Hasanah, Surau Al-Nur, Surau Damai, Surau Al-Ihsan dan beberapa surau
yang lain.
·
Secara terus
melalui bank-bank.
Adalah didapati sumbangan dari Kerajaan
Negeri, institusi-institusi dan individu yang menderma dalam jumlah yang banyak
semuanya berjumlah RM10,130,000.
Ini bererti hampir separuh dari derma yang
didapati oleh Masjid Al-Umm – tidak termasuk beberapa individu dalam jumlah
yang banyak, adalah derma dari negeri dan agensi-agensi.
(Perlu diingat lebih dari RM1 juta dibayar kepada GST, Consultants dan percent
kepada pemungut-pemungut yang mau
menerimanya).
Sesungguhnya sumbangan orang ramai masih
mengatasi Kerajaan Negeri dan agensi-agensi.
Walau bagaimana peluang hendak menderma kepada
Masjid Al-Umm bagi mendapat pahala, khususnya menjelang Ramadhan Al-Mubaraka
masih terbuka.
Sumbangan boleh dimasukkan terus kepada- Atas
nama:
``TABUNG
MASJID AL-UMM``
Maybank Islamic: No.
5628-3460-7208
Bank Islam No. 12-029-01-007126-9
Bank Mu`amalat No.
1210-0001101-712
Sekian.
No comments:
Post a Comment