May 28, 2018

BADAN KEBAJIKAN FIRDAUS : BERGOTONG ROYONG DAN MENDERMA KEPADA MASJID AL-UMM



BBB, 11 Ramadhan 1439H. = 27 Mei 2018M. (Ahad):
`FIRDAUS` ialah nama badan kebajikan di bawah pimpinan Ustazah Masni yang mempunyai ramai pelajar-pelajar  berbagai profesion di bawah pengajarannya yang berpusat di Shah Alam.  Mereka mewujudkan Tabung Kebajikan. Dana dari tabung ini digunakan untuk berbagai-bagai kegiatan kebajikan. Seorang suri rumah dari Seksyen 2, Bandar Baru Bangi berhampiran dengan Masjid Al-Umm – Puan Nasibah bt. Dato` Asri  (Bekas Menteri Besar Kelantan – Al-Marhum) mempunyai hubungan baik dan  memaklumkan kepada Ustazah Masni tentang Masjid Al-Umm, sebagai masjid baru, banyak memerlukan sumbangan.
Ustazah Masni memerlukan maklumat lebih lengkap. Puan Nasibah yang berjiran dan mengenali  Puan Fauziah isteri Ir. Tuan Haji Idhak bin Arshad . Tuan Haji Ishak memaklumkan kepada Ustazah Masni apa yang diperlukan dan perkara ini juga dimaklumkan kepada Pengerusi. Dalam rundingan pihak Firdaus bersetuju menajakan berbagai-bagai sumbangan kepada Masjid Al-Umm melalui  Ir. Tuan Haji Ishak bin Haji Arshad selaku Timbalan Pengerusi dan  juga Pengerusi Jawatan Teknikal bagi Masjid Al-Umm.  Dalam rundingan pihak Firdaus bersedia mengadakan gotong royong bagi membersih masjid  (bahagian atas – tingkat satu) yang agak berdebu kerana belum digunakan lagi.
Kalau gotong royong pertama yang diadakan oleh Jawatankuasa pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm kali pertama pada 9 Disember 2017, maka pada kali ini, iaitu pada pagi Juma`at 15 Disember (sehari sebelum Sambutan Maulid al-Rasul), mereka memfokuskan kebersihan pada bahagian atas, bermaksud tingkat satu bangunan masjid. Mereka datang dengan 50  orang bergotong royong yang kebanyakan terdiri dari remaja perempuan, dan sedikit lelaki. Mereka datang dengan peralatan-peralatan membersih yang dibawa sendiri, yang dikatakan kosnya melebihi RM1,000 yang kemudian peralatan ini diserahkan kepada Masjid Al-Umm untuk penggunaan lanjut. Pihak Masjid Al-Umm tidak menyediakan apa-apa minuman atau makanan kepada mereka, kerana pihak Firdaus menyediakan semua keperluan makan minum. Dengan dua gotong royong pada 9 Disember dan 15 Disember 2017, pihak masjid dapat menyelamatkan peruntukan yang ada pihak yang mau menyerahkan kepada kontrektor pencuci yang diakatakan berharga RM24,000.
Berhubung dengan sumbangan Firdaus dari segi bahan-bahan diperlukan oleh masjid akan dirunding selanjutnya.
Dalam rundingan selanjutnya yang sepatutnya terus dilakukan oleh Ir. Tuan Haji Ishak Arshad dan isterinya dengan pihak Firdaus diambil peluang oleh jawatankuasa yang tidak berkenaan dengan beberapa orang bersamanya, tidak menyertakan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dan jawatankuasa-jawatankuasa lain dari kuncunya telah meminta pihak Firdaus menderma, mereka mengutamakan kewangan dan tidak bahan-bahan. Atas sikap yang disifatkan oleh Firdaus tidak beradab, membelakangkan Ir. Tuan Haji Ishak dan jawatankuasa lain, di atas sikap ini pihak Firdaus yang terkejut dengan cara muamalah mereka, Firdaus menarik diri. Sebahagian dari peralatan yang mau dihantar ke Masjid Al-Umm dihantar ke tempat lain.
Walau bagaimana  Ir. Tuan Haji Ishak dan yang membuat rundingan awal meminta maaf dan memujuk mereka meneruskan hasrat untuk menderma. Hasilnya pihak Firdaus mengadakan sekali lagi gotong royong dengan 70 peserta sebulan berikutnya dan secara bersiri mulai dari 20.12.2017  telah menyampaikan derma perkara-perkara berikut:
·         150   buah Al-Qur`an  (cetakan bermutu tinggi)
·         500   helai sejadah  (bermutu tinggi)
·           80    buah rehal
·           01    buah peti besi (jenis berat)
·           40    buah telekong
·           40    kain pelikat
·           50 pasang selipar
·         Peralatan membersih (bernilai RM1,000).
·         3 minggu peruntukan iftar dan moreh   (RM13.59 x 200 orang x 21 hari).
Dan berbagai-bagai lagi peralatan tambahan yang dihantar kemudian. Terima kasih Ustazah Masni dan pasukan sukarelawan. Semoga hubungan dan kerjasama berterusan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment