BBB, 27 Sha`ban 1439H. = 13 Mei 2018 (Ahad):
Kebolehan dan potensi insan adalah faktor
penting di dalam penghasilan dan kemajuan. Kemampuan menghasilkan produksi pertanian misalnya bergantung pada kewujudan insan
dan kerja yang dilakukan. Berilmu di dalam bidang pertanian dan dapat
menggunakan mesin dan teknik-teknik pertanian moden akan menggandakan
penghasilan. Demikian juga di dalam bidang yang lebih abstrak, orang yang
berilmu lebih maju dari orang yang tidak berilmu. Firman Allah bermaksud:
``Katakanlah (wahai Muhammad), ``Adakah sama orang
berilmu dengan yang tidak berilmu.`` ( Al-Zumar: 39).
Bandingkan seorang yang berpelajaran
berkedudukan mulia dengan yang tidak berpelajaran berkedudukan rendah.
Untuk memimpin dan menghasilkan sesuatu kejayaan memerlukan orang yang
berkemampuan sama ada secara individu
yang terhasil dari potensi diri atau bagi hasil yang lebih besar memerlukan
kepada potensi dari kelompok insan.
Mendirikan masjid memerlukan tenaga dan kepakaran yang ramai, termasuklah
Masjid Al-Umm. Bagi menghasilkan masjid memerlukan kepada sejumlah manusia yang
berpotensi dan berkualiti. Faktor-faktor
bagi menyempurnakan kegiatan bagi kelompok berkenaan. Misalnya:
·
Ada asas
pelajaran bagi kelompok berkenaan,
walaupun, contoh pada tahap boroh dan
pekerja tenaga biasa yang dikenali sebagai `boroh binaan` perlu juga keilmuan,
misalnya berkebolehan membaca bagi
urusan yang memerlukan pembacaan pada tahap minima.
·
Ada kemahiran
diri di dalam pembinaan. Misalnya
berpengalaman bekerja membina rumah sejak berpuluh tahun, maka dia merupakan
aset di dalam bidang pembinaan.
·
Ada keilmuan
bagi menghasilkan pembinaan. Sebagai contohnya bagi menghasilkan binaan
memerlukan manusia yang berilmu. Misalnya keilmuan yang berhubung dengan plan
arkitek. Membina masjid seperti Masjid Al-Umm memerlukan arkitek. Untuk menjadi
arkitek yang bertauliah perlu melalui didikan dan pengajian yang lama sehingga
mencapai ijazah dalam bidang arkitek atau seni bina.
Bagi membina bangunan Masjid
Al-Umm memerlukan kontrektor yang mahir dan berpelajaran dan dapat mengira
keperluan-keperluan bagi bahan dan kewangan. Bagi memastikan bangunan masjid
didirikan dengan sempurna mengikut spesifikasi yang ditentukan perlu pengawasan
dan perlu kepada consultant yang berilmu, mempunyai kelulusan seperti di dalam
bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal dan elektrikal dan ukur bahan.
·
Seterusnya
semua pihak yang terlibat dengan pembinaan Masjid Al-Umm seharusnya
berpengalaman, ertinya semuanya tidak pada peringkat pertama kali mengambil
kontrek dan pekerja-pekerja pula bukan bagi kali pertama bekerja – kecuali sebahagian
kecil merupakan pekerja yang baru permulaan bekerja. Ertinya mereka yang bekerja selain dari
berilmu, telah mempunyai kemahiran dari segi membina bangunan. Sesungguhnya
kemahiran amat penting, bahkan bagi pihak yang
mau membina binaan akan memilih kontrektor dan juga bidang yang lain,
ialah mereka yang berpengalaman dan telah ada bukti kejayaan-kejayaan yang
lepas. Bukti-bukti berkenaan meyakinkan pihak pemilik tentang kemampuan yang mau
membina.
·
Ada kemahuan
atau keinginan bagi mendirikan bangunan seperti Masjid Al-Umm, bermaksud ada
kemahuan dari kelompok yang mau mendirikan Masjid Al-Umm, tanpa kemahuan, maka
masjid Al-Umm tidak akan terdiri. Misalnya tapak bagi Masjid Al-Umm sudah dikenalpasti
sejak tahun 1975, tetapi oleh kerana tiada kemahuan, maka ianya tidak diberi
perhatian sehingga tahun 2010.
·
Sesuatu
projek atau perancangan yang besar seperti mendirikan Masjid Al-Umm yang memerlukan banyak pakar dan mereka yang
berkebolehan memerlukan satu kelompok manusia yang bekerjasama menggandingkan
kemahuan dan tenaga bagi mendirikan masjid atau kemudian dikenali adanya
jawatankuasa. Di dalam jawatankuasa ada mereka yang mempunyai berbagai
kemahiran, termasuk di dalam pembinaan. Tenaga ramai ini disatukan dalam
jawatankuasa dan masing-masing menggunakan kepakaran mereka di dalam menjayakan
pembinaan. Di dalam kelompok sedemikian mesti ada kepimpinan yang membuat
hubungan dengan pihak-pihak berkenaan dan menggerakkan kerja yang berpelbagaian bagi menghasilkan bangunan.
·
Mendirikan
masjid memerlukan kewangan yang agak banyak, sebab itu kelompok yang mau
mendirikan masjid ini perlu berusaha dengan berbagai-bagai cara bagi mendapatkan
jumlah kewangan yang diperlukan. Dengan
mendapatkan kewangan maka dapat terdirinya Masjid Al-Umm yang berharga
lebih dari RM20 juta itu. Dan faktor tidak cukup kewangan merupakan salah satu
sebab yang menggendalakan penyiapan Masjid Al Umm.
·
Mendirikan
masjid melibatkan banyak pihak dari ketua kampung, penghulu, wakil rakyat, Orang
Besar, JAIS, MAIS, Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran dan
berbagai agensi bagi mendapat kelulusan, maka usaha sedemikian dan mematuhi
peraturan perlu dilakukan, kalau tidak masjid akan menghadapi masalah
·
Dan boleh
ditambah lagi dari segi keperluan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment