May 16, 2018

POTENSI JAMA`AH - BARAKAH



BBB, 29 Sha`ban 1439H. = 15 Mei 2018M. (Selasa):
Walaupun ada kekurangan pada AJK pertama, mereka adalah disifatkan sebagai `Al-Sabiqun al-Awwalun`dari segi mendirikan Masjid Al-Umm. Kekurangan atau kelemahan secara individu sebenarnya dapat ditampung secara berjama`ah. Sesungguhnya kegiatan secara jama`ah banyak barakah. Sebenarnya banyak perkara sebagai persediaan awal yang dilakukan pada peringkat awal.
Pada pertemuan bagi penubuhan Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm pada 4 Februari 2010 telah dikenal pasti bidang-bidang  sebagai prioriti utama yang  diberi perhatian, iaitu terhadap tiga bidang. Bagi bidang-bidang yang diberi keutamaan ini dipilih pemimpin yang layak dan berkebolehan mengendalikannya, iaitu:
Bagi Jawatankuasa Pembinaan keseluruhan:
Pengerusi: YB  Dr. Shafie Abu Bakar – ADUN Bangi
Timbalan Pengerusi:  Tuan Haji Mohd. Ghazali Abbas
Setiausaha: Tuan Haji Hussin Yunos.
Tiga bidang yang diberi keutamaan yang dipimpin oleh yang difikir  berkelayakan ialah:
1)       Pelan Binaan
En. Nesai bin Hamidi dari Mutiara Bangi, namanya dicadang tanpa hadir. Pihak yang mencadang meyakinkan hadirin bahawa dia akan menerima perlantikan. Ternyata beliau tidak pernah hadir ke sebarang mesyuarat jawatankuasa. Namun apabila kita menulis  surat kepada abangnya yang berkedudukan penting di dalam pemerintahan negara (pada masa itu di Country Height). Adiknya ini diminta menderma. Ini diurus melalui  Bendahari Tuan Haji Mohd Nor bin Haji Yasin (kenalannya berasal dari satu tempat  – Bagan Datuk), En. Nesai  menderma sebanyak RM1 juta. Orang yang terawal menderma dalam jumlah yang  banyak – Terima kasih.
Setiausaha bagi Plan Binaan ialah Tuan Haji Mohd Sa`id bin Mohd Yunus
Beliau dilantik selaku Setiausaha, memandangkan beliau adalah seorang kontrektor dan memahami soal pembinaan bangunan.
Walau bagaimana pada masa Tuan Haji Sa`id soal plan bagi Masjid Al-Umm dibincangkan secara umum, belum diperturunkan secara jelas dari segi plan. Yang diketahui bahawa kos bagi pembinaan Masjid Al-Umm adalah sebanyak RM10 juta.
2. Jawatankuasa Dana
Bendahari ialah Tuan Haji Mohd. Nor bin Yasin
Adalah jawatankuasa penting bagi mencari dana bagi pembinaan Masjid Al-Umm, Beliau diminta oleh Pengerusi Pembinaan Masjid Al-Umm menubuhkan jawatankuasa kecil bagi pengurusan Pemungutan dana, tetapi tidak menubuhkannya, bahkan tidak mempunyai setiausaha. Dana kemudian dipungut melalui perlantikan (lebih kemudian) melalui 10 orang yang ditauliahkan oleh MAIS (Mulai 10 Februari 2012). Beliau menerima wang-wang yang dipungut oleh sepuluh orang (tidak semua aktif) yang ditauliahkan dan memasukkannya ke dalam bank. Jumlah kewangan diketahui adalah melalui penyata bulanan bank. Beliau hanya mempunyai kerani kewangan, apabila diambil bekerja – Marzuki bin Rushdi yang mula berkhidmat pada 1.7.2014 (Letak jawatan April 2018). Bendahari  tidak menubuhkan Jawatankuasa Kewangan, walaupun diminta, sehinggalah beliau meletakkan jawatan (Awal 2018) digantikan oleh Tuan Haji Hussin Yunos yang bersama-sama perlantikannya  (Mei 2018) dibentuk Jawatankuasa Kecil Kewangan.
Satu lagi Jawatankuasa Kecil yang dilantik ialah:
3.  Jawatankuasa Pendidikan
Diketuai  oleh tokoh yang berkelayakan ialah Dr. Tajul Ariffin Noordin. Bekas Profesor Madya dalam bidang pendidikan di Fakulti Pendidikan di UKM.
Setiausahanya ialah: Fahdi Dato` Dr. Faisal.
Beliau sempat merangka konsep pendidikan di Masjid dan  kemudiannya menganjurkan dua bengkel pendidikan bagi Masjid Al-Umm.
Memang banyak kelemahan dilihat kepada Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm pada peringkat awal, tetapi banyak tindakan penting yang diambil sebagai  peringkat Persediaan  Pembinaan Masjid Al-Umm ini.
Sekian.

No comments:

Post a Comment