BBB, 14 Sha`ban 1439H. = 30 April 2018M.
(Isnin):
Pada 14 April 2017 bersamaan 17 Rajab
1438H.beberapa jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm dijemput
menghadiri Mesyuarat Pelaksanaan Majlis Berbuka Puasa DYMM Tuanku Sultan
Sharafuddin Idris Shah ke Masjid-Masjid – Khususnya di Hulu Langat, bertempat
di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Pejabat Daerah, Hulu Langat, jam 10.00 pagi. Antara tempat tradisi secara Tahunan yang dihadiri Baginda ialah di
Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS)
Seriputra dan yang tersenarai pada Ramadhan 1348/2017 ialah n Masjid Al-Umm
Bandar Baru Bangi.
Sebagaimana telah dibicarakan bahawa pada 12
April 2017 telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan antara Ahli Jawatankuasa
Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm dengan Pejabat Daerah yang diwakili
oleh Puan Norazura Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat bertempat di
Masjid Al-Umm. Mesyuarat ini sebenarnya bagi Pejabat Daerah yang mengendalikan
protokol dan persediaan Lawatan DYMM Sultan Selangor ialah untuk mengetahui
sejauhmanakah persiapan dan kelayakan bagi menerima Kunjungan DYMM Tuanku
Sultan. Apa yang diikuti oleh Puan Norazura dan beberapa pihak seperti
kontrektor dan sebagainya dibuat kesimpulan dan dilaporkan kepada Pejabat
Daerah Hulu Langat.
Kehadiran mesyuarat pada hari ini adalah bagi
membentang apa yang didapati dari Jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan
Masjid Al-Umm. Dalam mesyuarat itu sesungguhnya dimaklumkan
Bahawa:
``Rancangan Lawatan DYMM Tuanku Sultan
Sharafuddin Idris Shah ke Masjid Al-Umm dan Perasmiannya pada 8 Ramadhan 1439H.
= 3 Jun 2017M. terpaksa ditangguhkan.
Penangguhan terpaksa dibuat oleh kerana Masjid Al-Umm belum siap sepenuhnya.``
Adalah dimaklumkan juga tarikh yang sepatutnya
bagi lawatan dan perasmian Masjid Al-Umm telah diisi bagi lawatan ke Masjid di
Gombak di dalam kawasan parlimen YAB Dato` Menteri Besar Selangor – Dato` Seri
Azmin Ali.
Pengumuman sebenarnya diterima secara terbuka
oleh Pengerusi dan Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm,
kerana memang diketahui Masjid, walaupun disebut sebagai 98% siap, dari segi
fizikal, tetapi banyak perkara yang penting terutama dari segi kelulusan bomba
belum didapati. Kelambatan berlaku kerana sebahagian dari keperluan kelulusan
belum diangkat ke MPKj dan dengan demikian belum layak bagi mendapat CCC.
Tidak berjayanya Masjid Al-Umm dibuka pada
awal Ramadhan 1438H itu memberi impak yang mencanggahi harapan, misalnya bila
rancangan pembukaan dapat diketahui setengah tahun dari tarikh, kita menganggap
ini adalah berita baik dan berharap atas
sempena DYMM Tuanku datang merasmikan,
bahawa semua pihak akan menolong dan mem beri ruang kepada menyegerakan
kelulusan-kelulusan yang diperlukan bagi melayakkan Masjid Al-Umm dibuka,
tetapi nampaknya sebaliknya, tiada pertolongan yang diharap bagi menyegerakan
kelulusan. Banyak pihak yang diharapkan tidak terlaksana, termasuklah dari
kontrektor sendiri.
Sesungguhnya berita bahawa Masjid Al-Umm akan
dibuka oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor
pada awal Ramadhan 1438H. itu
telah sampai kepada penduduk di Bandar Baru Bangi, khususnya bagi surau-surau
di bawah Masjid Al-Umm dan kalangan jama`ah yang begitu berharap dapat
dirasmikan Masjid dan seterusnya mendirikan solat Juma`at. Pihak Jawatankuasa
Pembinaan dan Pengimarahan juga mengharap dengan perasmian dan dapat didirikan
solat Juma`at , berpeluang mendapat koleksi kewangan yang lebih bagi membayar
hutang Masjid Al-Umm yang pada masa itu berjumlah RM2.5 juta.
Sesunggunnya sudah lima kali percubaan untuk
menggunakan Masjid Al-Umm secara terhad, termasuk tiga daripadanya sempena Ramadhan, tetapi tidak berjaya.
Percubaan-percubaan yang dilakukan, antaranya bagfi melaksanakan tuntutan penduduk
yang bercakap, berapa lama lagikah Masjid Al-Umm dapat dibuka. Begitu lama
mengambil masa (4 tahun dari pembinaan, bahkan 7 tahun mulai dari tarikh
pengwujudan Jawatankuasa dan persediaan 2010), mereka,khususnya yang menderma
sebagai tidak sabar menunggu perasmian.
Nampaknya kami sekali (lebih dari sekali) lagi terpaksa mengadakan pertemuan dengan
penduduk untuk menjelaskan kepada orang ramai, mengapa Masjid Al-Umm masih
tidak dapat digunakan sepenuhnya, termasuk untuk menunaikan solat Juma`at.
Sekian.
No comments:
Post a Comment