BBB, 21 Sha`ban 1439H. = 07 Mei 2018 (Isnin):
Paling penting tindakan ialah menjayakan tujuan. Dan tujuan sesuatu melibatkan
kemanusiaan – Interaksi manusia yang menghasilkan tujuan. Bagi setiap manusia
ada ciri diri dan identiti, bahkan ada pendapat dan pandangan, bahkan ada
wawasan, visi dan misi.
Interaksi manusia bagi mencapai tujuan
kesamaan adalah memerlukan penyatuan pendapat bagi menyatukan hasrat, sama ada
besar atau kecil. Tidak mudah menyatukan pendapat bagi mencapai hasrat, kerana
setiap orang berlainan pendidikan, berlainan latar belakang dan pandangan.
Bagi contoh yang besar dalam organisasi
berparti (esok 9.5.2016 mengundi – Pilihanraya ke 14) calon dan parti berkempen terhadap
khalayak manusia yang berlainan latar
belakang, berlainan pendidikan dan berlainan harapan adalah cuba disatukan
pendapat untuk menyokong gagasan yang dibawa untuk diterima, lebih mudah jika
bersamaan harapan agar menyokong calon dan parti yang bertanding. Tujuan kempen
ialah untuk mendapat sokongan bagi mencapai kuasa. Dan dengan sokongan majoriti dia mencapai kemenangan dan lebih dari itu
mencapai kuasa yang boleh memimpin dan berkerajaan atau sekadar pembangkang.
Memerlukan penyatuan pendapat juga berlaku di
dalam kumpulan yang lebih kecil, misalnya mendirikan masjid. Sedari awal usaha
membina masjid adalah usaha interaksi manusia bagi menyatukan pendapat bagi
mencapai tujuan. Interaksi manusia bagi mencapai tujuan ialah berlakunya penyatuan pendapat dan kesatuan
seperti tujuan bagi mendirikan masjid Al-Umm yang dikenali sebagai
Jawatankuasa pembinaan Masjid Al-Umm mulai (4 Februari 2010). Ia merupakan
Takmilah pendapat yang perlu dipertahankan
sebagai tujuan berterusan di dalam interaksi kemanusiaan seterusnya pada
masa akan datang. Pengekalan pendapat ialah dengan kegiatan yang meyakinkan,
khususnya dari pimpinan bersama kelompok yang berlainan latarbelakang dengan
disatukan oleh niat dan tujuan.
Pimpinan seharusnya menunjukkan wibawa
kepimpinan dengan idea-idea dan pendapat yang meyakinkan selari bahkan disetujui
oleh jama`ah. Dengan idea dan matlamat yang dipersetujui, semua sanggup bekerja
bagi mencapai tujuan. Misalnya persetujuan bagi mencari dana bagi masjid, maka
semua sanggup berusaha mencari dana bagi pembinaan. Jika ada upacara bagi
pelancaran, maka semua bekerja bagi
mejayakan Majlis Pelancaran bagi mendapat dana.
Bagi meringankan tugas, tenaga manusia
dipecahkan kepada bidang-bidang khusus seperti teknikal untuk diberi tumpuan oleh bahagian-bahagian,
misalnya di dalam bahagian dikenali dengan wujudnya benhari, setiausaha dan
pengendali bidang-bidang yang lain yang masing-masing memberi tumpuan bagi
menjayakan tugas yang diamanahkan. Adanya jawatan dan bidang-bidang melicinkan
pentadbiran. Dalam interaksi antara
AJK ada ruang bagi mengkritik,
mengeluarkan pendapat ke arah kerja yang lebih baik. Di dalam hal ini setiap
AJK tidak dipaksa dengan pendapat, tetapi pertimbangan dilakukan dengan
berhemah, bernas dan diterima. Melalui konsep syura pendapat-pendapat ditapis
dan diambil mana yang terbaik. Dalam
kata lain di dalam organisasi percambahan idea yang baik digalakkan agar pendapat
secara inovatif dan kreatif selalu lahir bagi kepentingan untuk tindakan.
Keikhlasan amat penting di dalam kerja-kerja kebajikan. Kesedaran bekerja
kerana Allah dan tidak dikeranakan oleh ganjaran, mengharmonikan tujuan dan
menyatukan daya fikiran dan amalan.
Walau bagaimana jika ada di dalam kelompok
kalangan yang mengambil kesempatan bagi medapat ganjaran material dari kerja
yang dilakukan, maka ianya boleh membawa kepada perpecahan, sehingga mungkin
timbul kelompok kecil yang bersatu tujuan mendapat ganjaran, maka berlakulah
perselisihan pendapat, tindakan dilakukan di luar dari jamaah sehingga berlaku
tindakan menghalang dan tidak menyertai jamaah dan tidak berjamaah di masjid
yang diusahakan untuk sama-sama berjama`ah, sehingga timbul tuduhan dan `fatwa
bersendirian` yang amat bercanggah dengan hukum.
Amat sukar dan amat menuntut kesabaran di
dalam interaksi dengan manusia, jika di
masjid, selain dari ahli jawatankuasa interaksi berlaku dengan kontrektor dan bila berjamaah ialah dengan jama`ah, para imam, para guru, pekerja-pekerja
, anak-anak sekolah berhampiran yang datang dan antaranya nakal dan sukar
dikawal dan mereka sanggup melakukan tindakan yang di luar dari jangkaan.
Ini adalah cabaran dan masjid adalah makmal
ujian sejauh mana kita mampu menyelesaikan sesuatu, jika ada penyelewengan.
Masjid seharusnya mampu meningkatkan kualiti jawatankuasa, para jamaah, pekerja
dan anak-anak sekolah. Semuanya menilai kita sejauh mana kejayaan kita bukan
setakat mendirikan bangunan, tetapi menTakmilahkan manusianya !
Sekian.
No comments:
Post a Comment