May 27, 2018

PERBINCANGAN DAN PENERIMAAN SIJIL PENYIAPAN PRAKTIKAL (CPC)



BBB,  10 Ramadhan 1439H. = 26 Mei 2018M. (Sabtu):
Menerima  Sijil  Penyiapan Praktical (CPC) adalah sejarah penting bagi perkembangan pembinaan dan kelulusan Penggunaan Terhad bagi bangunan Masjid Al-Umm. Ia merupakan pengakuan siap oleh pihak Kontrektor kepada Arkitek dan pihak Arkitek dengan penuh tanggungjawab  mengeluarkan sijil CPC. Sebarang  penyelewengan dari   kebenaran, maka pihak kontrektor akan bertanggungjawab kepada pihak berkuasa (MPKj) dan arkitek kepada Persatuan Arkitek. Kelayakan boleh diberi CPC bermula dari minimum siap (90%), sedangkan Masjid Al-Umm adalah sudah siap (98%).
Sebelum  berkelayakan mendapat CPC pihak Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimnarahan Masjid Al-Umm telah mengadakan mesyuarat antara kontrektor dan arkitek pada Rabu  17 Rabi`ul-Awwal 1439H. bersamaan 6 Disember 2017.
Dalam mesyuarat pihak kontrektor diminta mensenaraikan semua kerosakan (defects) secara bertulis untuk tindakan membaikinya sebelum CPC dapat dikeluarkan.
Antara masalah seperti  sebuah dari kipas besar di dewan solat utama  sebelah kanan, ada kerosakan - berbunyi, pemasangan tidak  betul, perlu dibaiki.
Dibangkitkan janji 25 November 2017 siap testing and comissioning, tetapi hingga ke masa mesyuarat tidak siap.
Borang G penting, perlu diisi dan disempurnakan.
Target mendapat CPC mulai dari tarikh mesyuarat itu adalah dijangka pada minggu hadapan (berikutnya).
Komen Dr. Tajul Ariffin Noordin ahli jawatankuasa yang hadir dalam mesyuarat,
``Permudahkan urusan, masjid untuk digunakan bagi beribadat.``
                PENERIMAAN SIJIL CPC
Al-Hamdulillah sebagaimana dijanjikan, maka pada,
Jam 12.30 tengahari Rabu 13 Disember 2017M.  bersamaan 24 Rabi`ul-Awwal 1439H. BORANG CPC dibawa oleh Ar. Tuan Haji Raja Fuaddin bin Raja Ahmad, Arkitek URUSBINA, Syarikat Arkitek bagi Masjid Al-Umm.
Ke Pejabat Penulis di No. 8, Jalan ¼, 43650  Bandar Baru Bangi. Terlebih dahulu Tuan Ar. Haji Raja Fuaddin memberi penerangan kepada Penulis selaku Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm sebelum menandatangani borang CPC yang dibawa. Di dalam borang pihak kontrektor membuat pengakuan bahawa, kerja-kerja pembinaan fizikal aecara keseluruhan telah siap dengan memuaskan dan pada Khamis 14hb. Disember 2017  diambil milik oleh Pemilik bagi pihak Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm.
Tandatangan  dibuat oleh pihak Arkitek pada bahagian kiri dengan cop logo diperturunkan.
Manakala tandatangan diperturunkan oleh pihak Pengerusi pada sebelah kanan beserta dengan  cop logo Masjid Al-Umm. Bertarikh 14 Disember 2017.
Perunding Arkitek telah keluarkan Sijil Penyiapan Praktikal (CPC) bernomber  0126847906
Penandatanganan itu siap dalam masa yang singkat. Ia boleh bersifat penerimaan dengan apa yang telah diberi kelulusan secara CPC oleh pihak kontrektor dan Arkitek sebelumya.
Kelulusan secara CPC besar maknanya kepada pihak Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan yang berjuang untuk mendapatkannya sebelum mendapat CCC.
Ini memberi kekuatan diri kepada pihak Pengerusi dan Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahn Masjid Al-Umm.
Penerimaan CPC adalah bertepatan dengan masa, kerana dua hari berikutnya, pihak Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm akan menyambut Maulid al-Rasul s.a.w. Kami akan menggunakan Masjid Al-Umm secara legal sebagaimana telah digunakan oleh Masjid Seri Putera sebelumnya. Kami berpendapat Allah bersama merestui kami dari segi ijtihad, azam, tawakkal dan mengkabulkan  do`a.
Al-Hamdulillah – Syukur.
Sekian.

No comments:

Post a Comment