BERBAGAI PIHAK MEMBUAT KEBAJIKAN
(Fikrah Bangi: 240}.
BBB:
23 Ramadhan 1440H. = 28 Mei 2019M. (Rabu):
Sebagaimana disebutkan Ramadhan juga
dikenali dengan `Bulan Kebajikan`, kerana
pada bulan ini digandakan pahala bagi sesiapa yang membuat kebajikan.
Lantaran itu ramai berlumba-lumba membuat kebajikan sama ada dari pihak
tertingga membawalah kepada orang ramai. Selain dari Ramadhan bulan kebajikan,
ianya diikuti bulan perayaan (Syawal), jadibagi menyambut kemeriahan Syawal,
memerlukan peruntukan yang lebih dari biasa.
Bagi memberi peluang bagi pekerja-pekerja membuat kebajikan dan
persediaan raya, pihak kerajaan misanya memberi elaun atau peruntukan tambahan
kepada pekerja-pekerja, bigitiu juga
bagi setengah majikan. Misalnya Kerajaan Negeri Selangor yang prihatin terhadap
tugas nazir, imam dan siak, khususnya berkhidmat pada bulan Ramadhan menambah
elaun bagi nazir, imam dan siak. Penambahan elaun ini walaupun tidak sebanyak
mana, ianya merupakan penghargaan terhadap mereka yang bekerja lebih bersifat
sukarela. Pihak masjid dan surau juga memperuntukkan sejumlah pendapatan –
umumnya dari derma orang ramai memberi saguhati kepada semua kakitangan masjid
dan mereka yang bertugas secaa sukarela, terutamanya sepanjang Ramadhan.
Tempat yang selalu menarik perhatian pihak
agensi, kumpulan Ngo dan orang ramai ialah memberi bantuan kepada
sekolah-sekolah agama rakyat yang berdaftar, termasuklah pengajian-pengajian
tahfiz. Pengajian sedemikian adalah berdikari dan kurang dari sumber-sumber
pendapatan dan gaji guru-guru biasanya rendah. Mereka juga memohon derma dari
masyarakat. Tempat-tempat yang menjalankan pendidikan agama sedemikian sering
dilawati, bahkan disampaikan bantuan oleh agensi-agensi, Ngo, Bdan-Badan Amal,
kumpulan orang perseorangan. Dengan bantuan yang disampaikan dapat meringankan
beban kewangan yang ditanggung oleh pengajian-pengajian sedemikian. Tidak
kurang juga pengajian-pengajian sedemikian, termasuklah dari luar negeri
menghantar rayuan derma dengan menghantar pamflet keterangan pengajian. Terpulanglah kepada pihak yang
dipohom untuk menyampaikan derma atau sebaliknya.
Tempat-tempat popular bagi agensi, kumpulan
dan orang-orang perseorangan untuk membuat derma ialah kepada rumah kediaman
anak yatim, rumah orang tua dan ibu tunggal. Tempat –tempat sedemikian menjadi lawatan, bahkan tersenarai dari awal
sebagai tempat yang layak diberi perhatian
dan dilawati oleh pihak yang berderma.
Untuk menghibur anak yatim dan melahirkan simpati dan prihatin
terhadap mereka ada badan-badan tertentu membawa anak-anak yatim ke kedai-kedai
pakaian bagi mereka memilih pakaian yang disukai mereka dan dibayar oleh pihak yang menganjurkan.
Satu trend yang dilakukan mutakhir ada
kumpulan-kumpulan misalnya motosikal berkuasa tinnggi, berkonvoi sambil melawat,
rumah anak Yatim, rumah orang tua dan sebagainya meyampaikan bantuam ke rumah
anak yatim, faqir miskin menyampaikan bantuan kepada meeka. Kadang-kadang kumpulan
berkenaan mengatur program singgah di masjid surau, balai komuniti dan
sebagainya bergotong royong membersih masjid, surau dan balai komumiti
melakukan kegiatan.
Bantuan Ramadhan juga dilakukan pada
peringkat antarabangsa dengan menghantar bantuan oleh penganjur dan NGO dan
sebagainya kepada kem pelariam di Syria, Plastin, Rohinya dan sebagainya.
Semua ini menunjukkan sifat prehatin berbagai pihak menyampaikan bantuan kepada
berbaga-bagai pihak yang memerlukan sempena Ramadhan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment