SOLAT IBADAT TERPENTING
(Fikrah Bang: 237),
BBB:
21 Ramahgan 1440H. = 26 Mei 201`9M. (Ahad).
Solat adalah ibadat yang terpenting. Ia
adalah fardhu yang diwajibkan mulai dari Isra` Mi`raj. Pentingnya solat, ianya
membezakan antara seorang Islam dan yang bukan Islam. Di dalam bulan Ramadhan,
solat bergandingan dari segi amalan dan penekanan. Solat memanglah tuntutan
amalan sepanjang masa menurut waktu-waktu ditentukan. Namun di dalam Ramadhan
solat dipertingkatkan oleh ahli jama`ah dengan menunaikannya secara berjama`ah
setiap waktu. Solat yang syarat, rukun dan segala keperluan dipelajari bagi
menyempurnakan dipraktikkan dalam amalan
secara peningkatan sebagaimana dipelajari. Imam-imam terbaik pula dipilih bagi
mengimami setiap solat dengan secara berjama`ah.
Solat-solat juga menjadi peranggan waktu
bagi kegiatan-kegiatan ibadat di dalam bulan Ramadhan. Misalnya mengiringi solat subuh pada hari-hari minggu
diadakan kuliah-kuliah subuh yang biasanya berhubung dengan puasa atau
ibadat-ibadat yang lain termasuklah solat. Jika pada waktu-waktu yang lain dari
minggu diadakan tazkirah ringkas (Waktunya ringkas sesuai dengan hari-hari
bekerja, manakala kuliah adalah lebih panjang, kera jamaah tidak bekerja.
Selepas subuh juga ada kumpulan-kumpulan bertadarrus.
Bagi waktu seperti sebelum dan selepas
solat zohor dan asar, terpulang bagi individu untuk beriktikaf dan beribadat
seperti membaca Al-Qur`an dan sebagainya. Sebelum dan selepas maghrib adalah
merupakan waktu yang singkat. Jika di Masjid Al-Umm setiap sebelum maghrib masjid
menyediakan iftar setiap petang bagi sejumlah antara 300 orang atau lebih.
Jama`ah ramai yang datang sama ada yang dekat dan yang jauh dan sebahagian
daripada pelajar-pelajar universiti. Sebelum dari iftar waktu antara 20 – 30 minit imam masjid membimbing bacaan tahlil arwah.
Ahli-ahli yang mau arwah keluarga mereka dido`akan (waktu paling mustajab
sebelum beriftar) boleh menghantar nama-nama arwah keluarga mereka untuk
didoakan melalui borang yang disediakan dan mereka juga digalakkan menderma
untuk keperluan iftar dan kebajikan-kebajikan yang lain. Bahan iftar cukup sebagai bahan berbuka dan
makan berat (nasi). Disediakan oleh
kontrektor-kontrektor terpiliah. Masa berbuka memakan masa lebih kurang dua
puluh minit. Selepas itu jama`ah bersolat maghrib berjama`ah dan berakhir jam
8.00 malam. Dalam masa lebih kurang setengah jam adalah masa rehat.
Mereka datang kembali ke masjid menjelang
waktu Isya`, iaitu waktu puncak. Para jama`ah bersolat bersama Imam bersolat
Isya`(selain dari sunat-sunat sebelum dan selepasnya). Solat Isya` dan diiringi solat tarawih adalah pakej lengkap
bagi waktu berkenaan.. Imam memimpin solat tarawih sebanyak 20 raka`at,
ditambah tiga rakaat witir, tetapi sebahagian besar daripada mereka mengikuti
sebanyak 8 raka`at dengan witir dilakukan bersendirian. Solat tarawih yang
dimulai selepas solat Isya` berterusan dan biasanya berakhir pada jam 10.30
malam. Bagi mereka yang meneruskan solat hingga 20 rakaat biasanya disediakan
moreh secara ringan.
Selepas 20 Ramadhan, maka pada waktu jam
4.00 pagi pihak imam membimbing qiyam al-Lail. Bagi mereka yang mengikutinya dikehendaki datang ke
masjid sebelum jam 4.00 pagi dan berterusan sehingga subuh. Para jama`ah yang
menyertai qiyam al-Lail, kadang-kadang disediakan makan sahur. Tapi kebanyakan
mereka bersahur terlebih dahylu dirumah.
Demikianlah jadual solat seharian yang
disediakan di masjid. Namun bagi mereka yang mau menambahkan kegiatan ibadat,
khususnya solat-solat, membaca Al-Qur`an dan iktikaf, masjid adalah terbuka
berterusan bagi mereka.
Para jama`ah diberi peluang berterusan menggunakan
masjid untuk beribadat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment