``MELAYU PERLU BANGKIT,`` - SULTAN
SELANGOR.
(Fikrah Bangi: 242),
BBB:
26 Ramadhan 1449H. = 31 Mei 2019M. (Juma`at).
Melayu kini lemah dari segi politik,
ekonomi dan semangat mempertahankan kejayaan yang telah dicapai. Namun ada semacam kekesalan, bahawa tindakan
yang didorong oleh kemarahan menyebabkan mereka telah menukarkan pemerintahan
sebelumnya secara drastik. Kini kuasa Melayu bersama komponan dari segi politik
makin lemah. Manifestasi kekesalan ini terbukti dari siri pilihanraya yang
dimenangi pembangkag secara bersiri mulai dari awal tahun 2019 seperti di
Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau. Mereka dapati apa yang diharapkan dari
kerajaan baru tidak juga terlaksana. Mereka nampaknya mau kembali kepada memperbaiki
tradisi politik yang telah terbina.
Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin
Idris Shah semasa merasmikan Masjid Taman Seri Muda pada 29 Mei 2019 lepas prihatin
terhadap nasib Melayu dan menyeru agar Melayu perlu bangkit dari situasi yang
melemahkan mereka.
Kelemahan Melayu bukan saja dari segi
politik yang berpecah dan tidak perlu ditubuhkan parti politik Melayu yang lain
yang lebih memecahkan mereka – contoh Putera.
Melayu juga beimej buruk dari segi pentadbiran
yang mengendalikan institusi ekonomi seperti.
·
Felda yang
penerokanya hampir keseluruhannya Melayu (112,635 peneroka). Peneroka menanggung
hutang (RM7.5 bilion) dan kerajaan terpaksa
memperuntukkan sebanyak RM6.23 bilion bagi memulihkan Felda.
·
Tabung
Haji mempunyai pendeposit seramai 9.5 juta pendeposit dan mempunyai eset sejumlah RM76.5 bilion itu
dilaporkan bermasalah kerana dipimpin oleh orang politik, Kerajaan juga
dikatakan menyelamatkannya dan dilaporkan dapat pulih dan kembali kepada
landasan sebenarnya dan dapat memberi hebah.
Imej Melayu juga amat buruk. Ini adalah didapati
mereka yang terlibat dengan kes rasuah adalah kebanyakannya adalah orang Melayu.
Kita bertanya kepada pemimpin-pemimpin agama, apakah kaedah pendidikan,
khususnya di dalam bidang Islam, kita masih gagal menanamkan keimanan yang
menyebabkan tidak ada amanah di kalangan mereka.
Imej Melayu yang buruk menyebabkan mereka
tidak dihormati dan dasar yang dibuat tidak dihormati.
Kalau kita lihat Dasar Pendidikan Negara
yang telah dilaksanakan sebelum ini berjaya menjadikan bahasa Melayu bahasa
Kebangsaan dan rasmi Negara. Hampir semua generasi muda Malaysia menguasai
bahasa Malaysia dengan baik. Namun dasar ini tidak diberi perhatian dan kesungguhan.
Kementerian Pendidikan, Dewan Bahasa dan pihak-pihak berkenaan tidak memberi
penekanan. Kini seolah-olah terasa polisi bahasa lebih terbuka dan menjadi
lebih liberal. Kita lihat PPSMI yang telah gagal sebelum ini diusul digunakan
kembali dan pihak negeri tertentu akan melaksanakannya
kembali. Ketidaktegasan dari segi polisi
oleh Kementerian Pendidikan akan mencelarukan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan
merosakkan pembinaan terhadap bahasa negara yang mnenyatupadukan rakyat negera ini dan akan terabai.
Dari satu segi Dasar Komunikasi Negara yang
seharusnya mementingkan penggunaan bahasa Kebangsaan, nampaknya secara tidak
tertulis menuju kepada penggunaan multi-languages.
Kita kini makin kurang dengan
pejuang-pejuang bahasa yang dulu berperanan memperkukuhkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi di negara ini.
Semua di atas dan banyak lagi perkara yang
menghakiskan kewibawaan Melayu. Jika tidak ada usaha mempertahankan dasar dan
imej Melayu, maka dasar dan Melayu akan hanyut dan ditelan arus perubahan yang
berlaku. Lantaran itu sebagaimana kata Tuanku Sultan Selangor:
``Melayu perlu bersatu mengembalikan
kewibawaan mereka, sebelum segala terlucut dari pegangan.``
Sekian.
No comments:
Post a Comment