MATAN AL-SANUSI DAN JAUHARAT AL-TAUHID
DALAM AKIDAH AL-TAHAWI & ASH`ARI-MATURIDI
(Fikrah Bangi: 215),
BBB, 29 Sha`ban 1440H. = 05 Mei 2019M.
(Ahad).
Kertas kedua (paparan ringkas di white
board) yang dibentang di dalam Seminar Akidah di KUIS pada 2 Mei (Khamis)
berjudul lengkap ialah, ``` Jauharat al-Tauhid dan Akidah Al-Tahawi Dalam
Literature Dalam Rangka Faham Asha`irah-Maturidiyyah``
Dibentangkan oleh Dr. Muhammad Hamidun bin
Muhammad Hussain dari KUIS. Untuk makluman tiada susunan jadual tertulis acara
dan susunan kertaskerja dan pembentang yang dapat diikuti, semuanya berdasarkan
pendengaran dan melihat panduan ringkas pada paparan di papan putih di hadapan.
Pada dasarnya inilah tajuk tepat dengan tema Seminar Akidah. Skopnya seharusnya
melibatkan aliran akidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah (ASWJ) yang dipegang oleh
majoriti umat Islam, termasuklah di Alam Melayu.
Apa yang disampaikan ialah kedudukan
pendekatan akidah yang dibawa oleh Al-Tahawi dan peranan Matas Al-Sanusi dan
Jauharat al-Tauhid di dalam mengukuhkan akidah ASWJ di kalangan umat Islam
Sunni, khususnya di Alam Melayu.
Nama aliran Asha`ari-Maturidi adalah lebih
biasa didengar atau diketahui oleh mereka yang belajar akidah ASWJ, tetapi
Al-Tahawi, Al-Sanusi dan Jawharat al-Tauhid kurang diketahui, kecuali oleh
mereka yang benar-benar belajar secara lebih mendalam tentang akidah ASWJ dan
perkembangannya.
Sebagaimana disebut oleh beberapa pembicara
di dalam seminar ini, bahawa ASWJ adalah istilah yang tidak ada pada zaman
Rasulullah, bahkan tidak ada sebagai aliran sedemikian pada zaman sahabat dan
tabi`n. Nama ini lahir selepas berlakunya pertelagahan politik, falsafah dan
aliran fikiran umat mulai abad ke 2H/8M. yang melahirkan berbagai faham seperti
Khawarij, Qadariyyah, Jabariyyah, Mutazilah, Shi`ah dan pecahan-pecahan.
Bimbang terhadap berlakunya perpecahan umat
dan kepelbagaian faham antaranya melibatkan akidah akhirnya melahirkan
antaranya Al-Tahawi (m. 321H.). Dalam tempoh yang tidak berjauhan lahir aliran
Asha`ari (m. 324H.) dan Maturidi (m. 332H.). Bagi mempertahankan kemurnian
Islam, maka golongan yang dianggap mempertahankan kemurnian Islam seperti
ketiga-tiga tokoh akidah di atas dikategorikan – dalam bidang akidah
adalah termasuk di bawah ASWJ. Bagi
bidang fiqh, maka mazhab Maliki, Shafie,
Hanbali dan Hanafi pula dikenali tokoh fiqh aliran ASWJ, manakala di dalam tasawuf, maka
Al-Ghazali (m.505H./1111M.) digolong di bawah ASWJ.
Pengaruh pengajaran yang dianggap lanjutan
bagi Ash`ari-Maturidi dari ASWJ bagi pengaji-pengaji ilmu akidah di Alam Melayu,
ialah pendekatan keilmuan aqidah yang dihasilkan oleh Abu Abdullah Muhammad Yusuf al-Sanusi (m.
895H.) dari Utara Afrika yang mengarang Matan al-Sanusi dan pendekatan akidah
yang dilakukan oleh Ibrahim al-Laqani (m. 1041H.) Shaykh dan seorang tenaga pengajar Di Universiti Al-Azhar
yang mengarang matan akidah terkenal yang berjudul Jauharat al-Tauhid.
Pembentang,iaitu Dr. Hamidun dari KUIS
membicarakan tentang significant Pendekatan Matan Al-Sanusi dan Matan Jauharat
al-Tauhid sebagai bidang akidah ASWJ dipelajari di pengajian-pengajian tradisi
an moden di Malaysia, bahkan di Alam Melayu. Kedua-dua karangan di atas
mempunyai pertalian dengan pendekatan Al-Tahawi dan Ash`ari-Maturidi sebagai
pendekatan akidah yang dikuti di Alam Melayu.
Masa di dalam seminar amat terhad, tentulah
persoalan besar dan penting itu tidak dapat diperkatajkan secara tuntus. Sdikit
pengulasan lanjut akan dilakukan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment