NUZUL AL-QUR`AN ADALAH KURNIAAN PERLU DIJANAKAN
(Fikrah Bangi 235),
BBB,
19 Ramadhan 1440H. = 24 Mei 2019M. (Juma`at).
Nuzul ertinya `turun` sesuatu dari tempat
tinggi yang memberi makna dari `tempat tinggi` atau sesuatu yang disampaikan
secara `hormat` atau `mulia`, aesuatu
yang berharga yang diterima dari kurniaan Tertinggi. Dalam erti kata bahawa
Al-Qur`an datangnya dari `Yang Tertinggi` yang disampaikan kepada yang
menerimanya dengan secara terhormat, lantaran apa yang diterima adalah amat
berharga dan menjadi panduan yang menerima dan yang mengikutnya.. Sememangnya apa yang diterima, iaitu AL-Qur`an dari Yang
Tertinggi – dari Allah Sesuatu yang berharga ini `Al-Qur`an` adalah kurniaan
dari Allah kepada Penerima Yang Termulia`, iaitu Rasulullah s.a.w. Al-Qur`an
Yang Mulia datang dari Yang Termulia, dikurniakan kepada Yang Dimulia .Di dalam konteks agama yang kita
yakini bahawa Al-Qur`an dinuzul dari All;ah Ta`ala kepada RasuklNya s.a,w.
Jika pun kita tidak kaitkan dengan agama,
melihat Al-Qur`an sebagai dokumen tertulis diterima sejak lebih 14 abad yang lalu didalam zaman belum ada
dokumen lengkap, kecuali Babylonia dan
Rome dengan dokumen undang-undang, Egypt dengan catatan budaya Mesir Kuno
dengan tulisan papirus, Yunani dengan logika, India dengan Upanishad dan Cina dengan
zen, maka sesungguhnya dunia belum menerima pertunjuk lengkap selepas Taurat,
Zabur dan Injil. Al-Qur`an datang melengkapkan semua dokumen di atas. AL-Qur`an
ini juga adalah okumen tamadun dan peradaban, tanpa menafikan
kebenaran-kebenaran yang ada di dalam dokumen-dokumen tamadun dan peradaban
berkenaan.
Tanpa melihat Al-Qur`an dibicarakan sebagai Kitab Suci yang
mengandungi segala maklumat dan kandungan yang berhubung dengan agama Islam,
kita bayangkan bagaimana sejak lebih dari 14 abad yang lepas Islam datang
dengan tradisi ilmu yang mencetuskan perkembangan ilmu di beberapa paksi
tamadun dan peradaban seperti di Madinah, Damhiq, Baghdad, Samarqand, Cordova,
Mesir dan berbagai-bagai paksi peradaban manusia. Bayangkan tamadun dan
peradaban ini berlangsung dari abad ke 7
hingga ke 21, Jika tidak dengan Al-Qur`an
sebagai dokumen tamadun dan peradaban, maka sudah tentulah tidak kekal
berpanjangan.
Apa yang dibawa melalui Al-Qur`an ialah
tradisi ilmu yang dicetuskan oleh Al-Qur`an dengan ungkapan awal, iaitu `Iqra`.
Bayangkan berbagai-bagai ilmu dicetus
melalui Al-Qur`an melengkap keilmuan yang ada sebelumnya dan menjadi wadah
keilmuan terbuka bagi tamadun dan peradaban manusia. Seterusnya.
Dari segi umat Islam Al-Qur`an adalah Kitab
Suci` yang merupakan wahyu dari Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Di samping
Al-Qur`an mencetuskan tradisi ilmu melalui berbagai paksi yang disebutkan. Bagi
Umat Islam Al-Qur`an adalah sumber bagi Islam di dalam berbagai bidang.
Melalui Al-Qur`an dan perutusan Nabi
Al-Qur`an adalah menjelaskan tentang pandangan wujud yang menjadi pegangan bahawa
kewujufan adalah dua, iaitu Yang Abadi (Allah) dan yang baharu. Melalui Islam
manusia dilihat sebagai kejadian yang dinamik yang dikenali sebagai Khalifah di
alam ini. Satu segi ia adalah berfungsi sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada Allah dan dari
satu segi sebagai Khalifah yang seharusnya bekerja bagi kemaknuran kehidupan.
Dua peranan di atas sering dilihat sebagai
yang berasingan, sebab itu ada yang melihat manusia sebagai sebahagian dari
alam benda yang bekerja bagi memenuhi tuntutan fizikal dan tujuan kehidupan
tidak lain bagi memenuhi tuntutan fizikal yang kadang-kadang melanggar nilai
dan etika. Manakala satu lagi pandangan bahawa manusia haruslah tertumpu dan
memenuhi tuntutan keohanian. Kehidupan yang diutamakan untuk mencari keedhaan
tertinggi. Atas dua pendirian ini
berlaku percanggahan, pertentangan dan perseteruan, kerana di dasarkan
kepada kepentingan lahiri, manakala pada satu pihak lagi dilihat sebagai
bercanggah dan mungkin di anggap sebagai memundurkan dari segi lahiri.
Percanggahan ini menjadi pandangan yang sering dilihat, tetapi tuntutan bagi
mengharmonikan kedua yang bertentanganb ini dituntut di dalam Islam. Keduanya
seharusnya kesatuan yang mengharmonikan. Ianya adalah tuntutan yang memerlukan
kebijaksanaan di dalam huraian dan kepimpinan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment