May 13, 2019

NAMA CERMINAN PERJUANGAN


NAMA CERMINAN PERJUANGAN
(Fikrah Bangi: 223)’
BBB, 08 Ramadhan 1440H. – 13 Mei 2019M. (Isnin).
Nama, khususnya bagi sesebuah parti adalah mencerminkan  wadah dan arah perjuangan sesebuah parti. Umno yang nama asalnya Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) ditubuhkan pada tahun 1946 itu bertujuan menyatukan berbagai persatuan Melayu pada masa itu  bagi perjuangan politik Melayu yang bermula dari bantahan terhadap Malayan Union. Model menyatukan ini dilakukan dan menyatukan Umno, Mca dan Mic yang kemudian disatukan lagi ke dalam jenama yang dikenali dengan Barisan Nasional (BN). Jenama ini terus kekal hingga kini sebagai wadah perjuangan ketiga kaum itu yang kemudian disertai oleh berbagai parti lagi. Pandangan jauh terutama Tunku Abdul Rahman patut dipuji, kerana dari pendekatan yang dibuat bersama-sama dengan pimpinan yang lain mengekalkan pemerintahan BN (sebelumnya Perikatan) kekal memerintah secara damai melebihi dari 60tahun,. Pas sebuah lagi parti tertua di Malaysia ditubuh pada 1951 itu adalah mengambil wadah dan berideologiperjuangan keislaman, lantaran pada pendapat parti itu Umno dan BN tidak memberi penekanan terhadap Islam. Tokoh yang dikaitkan dengan parti ini pada peringkat awal ialah seperti Dr. Burhanuddin Hilmi dan Zulkifli Muhammad. Manakala sebuah lagi parti yang tertubuh berikut dari penubuhan Malaysia ialah Demokrat Action Parti (DAP) yang demokratik sebagai ideologi dan perjuangan parti. Ada beberapa parti yang lain yang sama berjuang mengisi kemerdekan, tetapi tidak begitu menonjol ialah seperti Parti Sosialis Malaya yang memperjuangkan ideologi sosialis. Parti ini dianggap kiri. Parti Rakyat juga adalah parti yang seiring dengan Parti Sosialis, tetapi tidak aktif. Parti ini juga dianggap kiri. Sebuah lagi parti ialah parti Komunis Malaya  tertubuh sejak zaman Jepun bagi melawan Jepun dan British  diketuai oleh Cheng Peng, tetapi perjuangan parti ini tidak diiktiraf.
Parti-parti yang lain adalah baharu, termasuk yang terkini, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) tertubuh pada 1999 itu pada asalnya ialah bagi memperjuangkan kebebasan Anwar dari Penjara. Parti ini memperjuangkan keadilan rakyat dan bersifat radikal. Manakala parti AMANAH yang ditubuh pada 2015 adalah merupakan belahan dari Pas  yang keluar dan bersama menubuhkan PH menjelang pilihanraya ke 14.
Melihat kepada PH, bahawa polanya adalah mengambil pola BN, bahkan antaranya menggantikan  tempat bagi yang lain sepatutnya mengambil tempat itu, seperti Amanah mengambil peranan Pas yang enggan menyerta penubuhan PH. Amahah yang merupakan belahan dari Pas itu mengambil tempat yang sepatutnya diisi Pas. Peranan Amanah yang membawa imej keislaman bergerak di atas landasan Islam, walaupun dapat dipersoalkan peranan keislamannya. Parti Bumiputra Bersatu yang menjadi sebahagian daripad PH seolah-olah mengambil peranan Umno, bagi menarik sokongan orang yang menyokong Umno = Bumiputra.
Pokok persoalan yang utama yang mau ditimbul dan dibincangkan, bahawa jika pola PH adalah sebagai mengambil pola BN dan BN sejak lebih setengah abad yang lalu berjaya menyatukan kaum-kaum di negara ini secara harmoni dan memperjuangkan kemerdekaan tanahair bahkan meneruskan kepada pengisian kemerdekaan,  seterusnya  memajukan negara ini hingga ke pilihanraya ke 14. Dalam masa tersebut MCA dan MIC dan kemudian diikuti parti-parti yang lain hingga sejumlah 14 parti dapat dikendalikan dengan baik dan harmoni, apakah PH yang mengambil pola BN itu mampu mengikut, bahkan memimpin rakyat lebih baik dari apa yang ditunjukkan oleh BN  selama ini ?
Ada persamaan, kelainan arah dan percanggahan yang dapat dilihat di dalam PH yang akan menjadi topik perbincangan akan datang, termasuk yang di luar dari PH.
Sekian.

No comments:

Post a Comment