May 3, 2019

SERTAI SEMINAR AKIDAH DI KUIS


SERTAI  SEMINAR AKIDAH DI KUIS
(Fiktah Bangi: 213),
BBB,  27 Sha`ban 1440H. = 03 Mei 2019M. (Juma`at).
Tawaran pihak PAID bagi menyertai Seminar Akidah yang diadakan pada Khamis 2 Mei 2019 di KUIS memang sengaja Penulis tunggu dan berhasrat menghadirinya. Seminar ini sepatutnya diikuti oleh pihak nazir-nazir Masjid di Hulu Langat serta setiausaha atau wakil-wakil dari masjid. Penulis hadir bersama denfgan Setiausaha Masjid Al-Umm saudara Ah Feisal mulai jam 9.00 pagi. Walau macam mana nazir-nazir, setia-setiausaha atau wakil-wakil tidak datang, kecuali hadir selain dari Masjid Al-Umm, hadir ialah Setiausaha Masjid Bandar Seri Putera kawasan di mana KUIS berada. Ramai peerta ialah pelajar matrikulasi KUIS. Pada pendapat Penulis seminar ini penting bagi mendapat panduan bagi masjid-masjid dan surau-surau  mendapat panduan pendekatan akidah mana yang seharusnya menjadi panduan bagi masjid-surau mengaplikasi pengajaran ilmu akidah di masjid-surau masing-masing. Akidah sebagaimana dimaklum adalah keilmuan fardhu yang utama di dalam Islam, tanpa sempurna akidah menjejaskan amalan-amalan yang lain. Nazir dan pegawai masjid, termasuk imam perlu mengetahui leilmuan akidah yang wajar dan sepatutnya diajar di masjid-masjid dan surau-surau, agar jama`ah mendapat panduan dan pengajaran tauhid yang sebenar.  Pihak pentadbir masjid juga dapat menilai guru-guru yang dijemput mengajar, khususnya bidang akidah dan dapat mengetahui adakah apa yang diajar itu betul atau berlaku penyelewengan.
 Pendekatan yang diambil oleh PAID adalah betul, bahawa  jangan dianggap PAID hanya mengambil perhatian dari segi pentadbran sahaja terhadap masjid dan surau, tetapi memberi perhatian terhadap keilmuan yang diajat di masjid dan surau.  Cuma sekali lagi kita lahirkan kekesalan seminar yang begini penting bagi membantu masjid mengenalpasti tentang pendekatan akidah yang diajar di masjid dan surau tidak diambil peluang. Seminar yang lain tentang keilmuan yang diajar masjid-surau seperti bidang fiqh, akhlak (tasawuf), Hadith, tafsir, sirah dan keilmuan semasa seperti ekonomi Islam, keluarga bahagia, kesihatan, takaful, wirathah dan sebagainya perlu dianjurkan oleh PAID bagi membimbing masyarakat ke arah kehidupan bahagia dunia akhirat.
Seminar pagi ini dirasmikan oleh Pegawai Tadbir PAID Hulu Langat Sahibul Sa`adah Haji Mahayuddin bin Abu Bakar. Beliau menyatakan pentingnya pengajian akidah bagi mempastikan pegangan yang betul bagi umat Islam di Selangor. Seminar seperti ini dapat  membantu pihak masjid mengenalpasti pengajaran akidah yang betul diajar di masjid dan surau agar para jamaah mendapat pengajaran akidah yang betu, iaitu berdasarkan akidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah.. Seminar sedemikian juga dapat mencegah dari pengajaran akidah yang salah. Menurut  Ustaz Mahayuddin, menurut  Akta Pentadbiran JAIS, sebarang pengajaran salah boleh diambil tindakan terhadap mereka yang mengajar  keilmuan akidah yang salah. Tauliah adalah salah satu mekanisme mempastikan mereka yang mengajar adalah berkelayakan dan dapat mencegah dari pengajaran ilmu salah dari mereka yang tidak bertauliah.
Akidah menurutnya adalah sebagai benteng keimanan seseorang. Mereka yang tidak kukuh akidah boleh terseleweng dan melakukan amalan-amalan yang bercanggah dengan Islam. Ustaz Mahayuddin menyatakan kekesalan, bahawa di tengan Bangi yang terkenal sebagai Bandar Ilmu, terdapat kegiatan yang bercanggah dari segi akidah, syari`at dan akhlak. Beliau menyebut pihak pencegah maksiat PAID telah membuat serbuan terhadap sarang maksiat di bangunan IVO baru-baru ini yang menganjurkan aktiviti seks songsang. Beliau menyatakan kesedihan mereka yang terlibat antaranya pegawai-pegawai  yang  pada gred 48 dan bergaji lebih dari RM9,000 sebulan. Kegiatan ini mencemarkan nama Bangi sebagai Bandar Ilmu yang dihuni kalangan intelektual.
Adalah diharapkan tindakan membersihkan Bandar Baru Bangi dari gejala maksiat, bukan saja dilakukan oleh PAID, tetapi juga bersepadu dengan pihak MPKj, Polis, Persatuan Penduduk dan pegawai-pegawai masjid dan surau.
Sempena ketibaan Ramadhan ini, kita harap jangan berlaku sedang masjid dan surau rancak dengan kegiatan beribadat, sedang pada masa yang sama hotel dan tempat-tempat hiburan rancak pula dengan kegiatan maksiat.
Bersambung ...
Sekian.

No comments:

Post a Comment