May 18, 2019

KONSEP MALAYSIA BARU: PERLU PENCERAHAN !


KONSEP  MALAYSIA BARU:  PERLU PENCERAHAN
(Fikrah Bangi: 229),
BBB: 13 Ramadhan 1440H. =  18 Mei 2019M. (Sabtu):
Salah satu  slogan yang terungkap selepas kemenangan PH ialah `Malaysia Baru`, merujuk kepada Kerajaan PH yang baru berkuasa. Sememangnya dari segi literal, kenaikan yang baru ``PH` adalah sesuatu yang baru berbanding dengan kerajaan lama `BN`. Tetapi `Malaysia Baru` adalah konsep yang penting, jika mau dlihat dalam erti `Baru` sebagai perubahan dari yang lama. Dalam baru itu ada pertanyaan:
·         Apakah falsafah yang mau dibawa oleh yang baru itu ?
·         Apakah ideologi yang dibawa oleh yang baru berbanding dengan yang lama.
·         Apakah wawasan yang mau dibawa.
·         Apakah mekanisme bagi menggerakkan yang baru ?
·         Apakah matlamat yang mau dicapai.
Terus terang setakat ini kita tidak mendapat jawapan terhadap apa yang dipersoalkan di atas. Apa yang kita fahami bahawa empat komponan parti yang ada di dalam PH mempunyai  dasar bagi pengolahan parti masing-masing. PKR dikenali dengan pendekatan progresif di dalam tindakan membela rakyat, khususnya dari segi keadilan. Bersatu lebih kepada pembelaan terhadap bumiputra, Dap lebih kepada pendekatan demokratik dan sosialisnya, manakala Amanah dengan pendekatan `Islam ala Amanah`.  Dapat dikatakan PH tiada kesatuan ideoloji. Tidak jelas wawasan. Apakah mekanisme yang mau digunakan. Matlamat bagi semua mungkin `Kemajuan Negara dan Kesejahteraan Rakyat ! Tetapi bagaimana ? Tidak hairanlah komen terhadap 100 hari PH, bahawa ianya tiada arah yang jelas !
Apa yang dilakukan dalam masa tersebut, ialah:
Menyalah dan menghitamkan seboleh-bolehnya terhadap projek dan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu seperti:
Hutang negara yang tinggi,
Cukai GST sebanyak 6% yang disifat membebankan.
Kurupsi berleluasa.
Kos sara hidup yang tinggi dengan harga barangan terus meningkat naik.
Ekonomi negara yang tenat.
Bersatu hanya mengiktiraf kebersihan pentadbiran hanya hingga tahun 2003  (Tahun akhir Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri bagi kali pertama). Selepas itu dianggap berlaku penyelewengan – penyelewengan termasuklah IMDB.
Sebagaimana telah dikatakan oleh Tun Daim Zainuddin PH tidak sepatutnya menuding jari kepada kerajaan yang lepas. Tugas utama PH ialah menunaikan janji manifesto PH. Beliau memberi tempoh enam bulan untuk PH memperbaiki prestasinya.
Apa yang ketara dan kelihatan bersungguh-sungguh dilakukan oleh PH – sebenarnya telah dilakukan sebelum PH, ialah membasmikan rasuah secara besar-besaran. Namun di dalam perkara-perkara yang lain, PH sebagai kebuntuan idea, sebaliknya apa yang dikecam selama ini diterima dan diteruskan. Sebagai contoh seperti:
Penerusan cukai yang diubah dari GST kepada SST.
Penerusan projek Jalan Keretapi ke Pantai Timur
Bandar Malaysia, projek  yang tertangguh pada masa BN.
Penerusan tol yang dijanjikan mau dihapuskan.
Penerusan PTPTN dan banyak lagi
Secara dangkal bagi menunjukkan pembaharuan dengan sengaja, bukan secara kebetulan diubah nama-nama lebih dari 16 agensi  bagi menunjukkan pembaharuan. Contoh:
Klinik Malaysia menjadi  Klinik Komuniti
Pusat Transformasi Luar Bandar kepada Pusat Komuniti Desa
Bantuan Rakyat Malaysia (BRIM) menjadi Bantuan Sara Hidup
KLIA dicadang menjadi Sepang International Airport (SIA).
TVET masih dalam carian istilah untuk digantai. Dan banyak lagi
Apa perlu ditukar jika fungsinya sama dan memakan kos akibat dari pertukaran ?
Malaysia Baru harus menonjolkan idea yang bernas-segar, kreatif dan inovatif. Ada perubahan, jika perlu kepada sesuatu yang lebih bermakna dari segi kandungan bukan setakat perubahan nama.
PH seharusnya membawa falsafah, idea, dasar, prinsip kepada konsep barunya yang jelas dari segi visi dan misi. Perlu pencerahan !
Sekian.

No comments:

Post a Comment