ZAKAT BERPOTENSI MENJADI INSTITUSI EKONOMI
UMAT
(Fikrah Bangi: 238),
BBB: 22 Ramadhan 1440H. = 27 Mei 2019M.
(Isnin).
Di dalam bulan Ramadhan, selain dari
terdapat fardhu puasa dan solat, iaiah terdapat satu lagi fardhu, iaitu zakat
fitrah yang wajib dikeluarkan bagi setiap muslim yang mempunyai kelebihan
dapatan pada akhir Ramadhan. Dinilai dari
segi kewangan, nilai zakat yang dikenali dengan `Zakat Fitrah` ditentukan oleh
pemerintah. Misalnya di negeri Selangor, nilai yang didasarkan pada makanan
beras, iailah RM7.00. Nilai ini juga dikenakan oleh kebanyakan negeri-negeri
yang lain di Malaysia.
Untuk membayar zakat sejumlah sedemikian
adalah melalui peraturan-peraturan ditentukan. Misalnya setengah tahun dari
tibanya Ramadhan, Jabatan Agama Islam negeri (JAIS) dan Majlis Agama Islam
Negeri (MAIS) Selangor, mengarahkan pihak Pejabat Agama Daerah (PAID), melalui
mesyuaratnya agar masjid-masjid mengenalpasti amil-amil yang berkelayakan untuk
memungut zakat fitrah. Nama yang dipilih dari Masjid dan Surau dihantar kepada
pihak PAID, Selepas dipilih mereka dipanggil untuk kursus . Selain dari dikenalpasti
amil, pada masa yang sama dikenalpasti pula
mereka yang layak menerima zakat (asnaf) yang diagihkan kepada mereka ,
biasanya pada hujung Ramadhan melalui daerah-daerah atau pilihan masjid-masjid
yang zakat disampaikan kepada mereka yang berkelayakan yang diatur oleh PAID. Penyampai biasanya dilakukan oleh wakil-wakil
rakyat bagi kawasan-kawasan yang disampaikan zakat.
Pada tahun ini kaedah penerimaan zakat
adalah menggunakan kaedah yang lebih canggih, iaitu menggunakan kaedah e-zakat.
Bagi yang tidak memahami komputer mungkin sedikit bermasalah, lantaran itu ada
orang lama yang tidak mahir dengan komputer terpaksa menolak perlantikan.
Kaedah baru ini dilihat lebih teratur dan canggih dan lebih mudah dari segi
pengurusan Zakat Zakat mempunyai hikmah tersendiri, kerana melalui pengeluaran
zakat, maka sebahagian besar pendapatan ini diagih kepada faqir dan miskin.
Dengan demikian mereka yang susah berpeluang mendapat bantuan dan dengan
bantuan dapat digunakanm untuk perbelanjaan hariraya dan sebagainya,
Selain dari mengeluarkan zakat Fitrah, umat
Islam juga diwajibkan mengeluarkan zakat harta sama ada zakat pendapatan,
perniagaan, simpanan dan sebagainya. Syarat dan keperluan adalah bergantung kepada jumlahj yang wajib dikeluarkan zakat
dan zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2%.
Walaupun zakat ini tidak mempunyai kaitan dengan fardhu Ramadhan,
tetapi ada pihak melihat Ramadhan adalah bulan berkat dan beramal pada bulan
ini mendapat pahala yang berganda, maka ada pihak-pihak yang mau memgeluarkan
zakat mereka memilih bulan Ramadhan sebagai bulan tahunan bagi mereka
mengeluarkan zakat.
Urusan zakat seperti ini dapat dilakukan
bila-bila masa sepanjang tahun. Bagi yang mau memgeluarkan zakat boleh saja
berurusan dengan pergi ke prjabat-pejabat zakat yang sememangnya diadakan pada
setiap daerah. Zakat harta sama ada pendapatan dari hasil perniagaan,
pertanian, perniagaan dan simpanan, biasanya dikeluarkan oleh pemiliknya pada
akhir tahun Masihi. Resit bayaran tahunan ini dapat digunakan untuk potongan
Cukai Pendapatan
Namun pembayaran pada masa berlainan
ini memberi peluang pejabat berterusan
menerima zakat dengan beban kerja berterusan. Sudah tentulah jumlah zakat biasa
lebih banyak dipugut. Ianya menjadi sumber harta umat Islam. Cara pengagihan
jua disusun oleh pihak berkuasa. Melalui
zakat banyak peluang bagi asnaf mendapat zakat darinya, mendapat zakat dan
mendapat bantuan bimbingan bagi menjalankan perusahaan perniagaanm dan sebagainya.,
Dengan ini para asnaf dapat memperbaiki nasib mereka dan mereka pula
kemudiannya menjadi orang yang mengeluarkan zakat yangh dapat membantu para
asnaf yang lain.
Zakat sebenarnya dapat dijana dan menjadi sumber kewangan umat
seperti Tabung Haji dan sebagainya. Kita harap satu masa zakat dapat dijana dan
menjadi institusi ekonomi umat. Kita menunggu pimpinan kreatif dan inovatif yang
dapat meningkatkan ekonomi umat melalui institusi zakat – muisalnya Bank Zakat
dan sebagainya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment